Bukan Uturn Yb Kuala Nerus Tak Faham Sistem Cukai




Saya sedia maklum satu ciapan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, yang mengutuk saya kononnya semasa kempen PRU14, saya menghentam cadangan PAS untuk memperkenalkan cukai ke atas keuntungan saham.

Semasa ada perbincangan mengenai cukai baru yang mungkin diperkenalkan semasa Belanjawan 2019 yang lepas, saya ditanya mengenai jenis-jenis cukai yang boleh dipertimbangkan.

Dari dahulu lagi saya menyebut mengenai keadaan sekarang yang mana keuntungan atas urusniaga saham tidak dicukai, jadi saya beri pandangan saya bahawa jika hendak diperkenalkan saham baru, cukai atas keuntungan urusniaga saham (“capital gains tax” dalam bahasa Inggeris) wajar dipertimbangkan.

Ini mengundang sindiran Ahli Parlimen, yang mengaku PAS (dan beliau) turut sama mencadangkan satu cukai ke atas keuntungan urusniaga saham sebagai sebahagian dari manifesto PAS dalam PRU14.

Saya simpan tulisan beliau (Ahli Parlimen Kuala Nerus) sendiri mengenai cadangan cukai pegangan saham yang dibawa oleh PAS ini.

Rujuk tulisan beliau ini di laman web Berita PAS sendiri, di capaian:
https://berita.pas.org.my/manifesto-pas-hapus-gst-ganti-dengan-cukai-orang-kaya-ikut-model-zakat/

Keseluruhan teks tulisan beliau itu saya sertakan untuk penelitian warga maya sekalian:

----------------------------------------------------------------------

MANIFESTO PAS : Hapus GST Ganti dengan Cukai Orang Kaya Ikut Model Zakat

Rabu, 11 April 2018 | 24 Rejab 1439H

Oleh :
Ustaz Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
AJK Kerja PAS Pusat

1. GST yang dikenakan berdasarkan perbelanjaan adalah cukai zalim yang mesti dihapuskan. Ia menambah pendapatan negara dengan cara yang salah, mengcekik 6% pemilikan dari poket rakyat termasuk golongan miskin dan menyebabkan kenaikan harga barang.

2. Alternatif yang dikemukakan oleh PAS ialah cukai terhadap pemilikan orang kaya sebagaimana model zakat Islam terhadap pegangan saham di Bursa Malaysia dan simpanan korporat dengan dikenakan cukai 2.5% apabila cukup tempoh setahun pemilikan dan melepasi nisab nilai harta RM17,500. Cukai ini adalah hak milik rakyat miskin pada pemilikan golongan kaya.

3. Nilai pegangan saham di Bursa Malaysia ialah RM1.9 trilion untuk Disember 2017. Pada kadar cukai serendah 2.5% ini sahaja pun, Kerajaan boleh mendapat hasil sebanyak RM47.5 bilion; melepasi jumlah kutipan GST pada tahun 2017 yang hanya berjumlah RM44 bilion sahaja.

4. Simpanan rakyat Malaysia di bank pula untuk 2017 ialah RM1.7 trilion berbanding 2015 sebanyak RM1.66 trilion. Dengan anggaran RM500 bilion dimiliki oleh korporat, jika dikenakan cukai 2.5% mengikut model zakat Islam terhadap wang simpanan apabila cukup tempoh setahun dan melepasi nisab RM17,500, maka Kerajaan boleh mendapat hasil sebanyak RM12.5 bilion. Menjadikan jumlah keseluruhan pendapatan negara dari kedua-dua sistem cukai alternatif ini ialah RM60 bilion bagi 2017.

5. Sebenarnya, inilah nilai pendapatan yang hilang akibat Kerajaan gagal mengenakan cukai kepada pemilikan harta orang kaya menurut model zakat dan sistem ekonomi Islam yang menjadi hak milik rakyat marhaen.

6. PAS mengemukakan manifesto yang sangat praktikal menurut kaedah ekonomi Islam. Apabila sistem ekonomi Islam diterima pakai, rakyat dan negara mendapat manfaat dan keadilan.

Sekian.

-----------------------------------------------------------------------------

Rujuk perenggan dua dalam penulisan beliau di atas, yang secara jelas menyebut:

1. Cukai ini adalah ke atas pemilikan saham, bukan ke atas keuntungan jual beli saham. Maksudnya, kalau ada saja saham, maka kena bayar cukai 2.5% apabila mencukupi syarat iaitu dipegang selama lebih setahun dan nilai saham melebihi RM17,500

2. Tidak ada mana-mana perenggan pun dari tulisan beliau sendiri yang menyebut mengenai urusan jual beli saham dan keuntungan atas jual beli saham itu

Maknanya – saya bercakap pasal ayam, beliau bercakap pasal itik tetapi beliau terkeliru yang itik beliau itu adalah ayam yang saya gambarkan.

Saya merujuk kepada Capital Gains Tax ke atas saham, iaitu cukai sekiranya saham-saham yang dijual mendatangkan untung. Ada banyak syarat-syarat yang dikenakan termasuk mengambil kira bila saham itu dibeli, nilai kosnya dan lain-lain. Tujuan Capital Gains Tax selalunya untuk mengurangkan spekulasi dan mencukai keuntungan atas angin.

Konsep yang sama digunakan untuk mencukai keuntungan atas jual beli rumah untuk mengelakkan segelintir pihak membeli rumah untuk melonjakkan harga rumah, kemudian dijual dengan cepat untuk mendapat keuntungan atas angin tanpa niat memiliki rumah tersebut.

Itu – ayam.

Itik-nya begini:

Ahli Parlimen Kuala Nerus mencadangkan supaya asalkan ada saham yang dimiliki melebihi setahun, maka terus dikenakan cukai sebanyak 2.5%.

Semasa mereka mencadangkan cukai ini, saya rasa mereka kurang teliti mengenai siapa yang memiliki saham-saham di Bursa Malaysia.

Sekitar 70% saham-saham (yang hendak dicukai itu) di Bursa adalah terdiri dari beberapa institusi simpanan rakyat, iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), PERKESO dan Tabung Haji.

Mereka memegang amanah melaburkan duit rakyat terbanyak.

Sekiranya PAS melaksanakan cukai (itik) seperti yang dicadangkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, bermakna setiap tahun puluhan bilion dicukai dari simpanan rakyat (yang memegang saham itu secara tidak langsung melalui KWSP, PNB, KWAP dan lain-lain).

Maka, setiap tahun tabungan jemaah haji di Tabung Haji juga makin kurang, simpanan pencen pekerja di KWSP juga makin kurang dan lama-lama, samalah seperti mengambil duit simpanan rakyat untuk diberikan kepada kerajaan.

Ini sangat berbeza dengan cukai (ayam) ke atas keuntungan urusniaga saham yang saya cadangkan, kerana cukainya sangat berlainan. Cukai CGT ini boleh disasarkan kepada urusniaga tertentu sahaja yang tidak melibatkan wang pelaburan rakyat melalui institusi-institusi ini dan khusus kepada aktiviti pengambilan keuntungan atas angin.

Saya tidak buat pusingan-U. Saya nampak Ahli Parlimen Kuala Nerus yang terkeliru: sama ada dia tidak faham apa itu CGT sehingga dia terkeliru ia sama seperti cukai (itik) yang dicadangkan PAS dahulu; atas dia pura-pura lupa yang PAS dulu mencadangkan untuk mencukai simpanan rakyat di dalam tabung-tabung seperti KWSP, PNB, KWAP dan lain-lain.

Rafizi Ramli

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/bukan-uturn-yb-kuala-nerus-tak-faham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cimb Ingin Menghalang Plus Daripada Melancarkan Sistem Plus Rfid

Cimb Ingin Menghalang Plus Daripada Melancarkan Sistem Plus Rfid

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 171 hits
Pada bulan lepas kita telah melihat PLUS mengumumkan sistem PLUS RFID iaitu sistem pembayaran tol terbuka yang diuji di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang Plaza Tol Kubang Semang Plaza Tol Lunas dan juga Plaza Tol Jitra Melalui sistem PLUS RFI...
Polda Metro Sepakat Sistem Ganjil Genap Diteruskan

Polda Metro Sepakat Sistem Ganjil Genap Diteruskan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 209 hits
Polisi akan mendiskusikan pemantauan mereka ke Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan sebagai pertimbangan apakah akan melanjutkan sistem ganjil genap atau tidak
Jalur Siantar Parapat Dibuka Kembali Setelah Longsor Sistem Buka Tutup

Jalur Siantar Parapat Dibuka Kembali Setelah Longsor Sistem Buka Tutup

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 197 hits
Jalan yang tertimbun sekitar 1 Km sebelum Parapat dari arah Medan Satu unit truk tronton mobil Toyota Rush dan pikap tertimbun material longsor Tidak ada korban jiwa dalam peristiwa ini
Kemaskini October Update Untuk Sistem Operasi Microsoft Windows 10 Kini Boleh Dimuat Turun Secara Manual

Kemaskini October Update Untuk Sistem Operasi Microsoft Windows 10 Kini Boleh Dimuat Turun Secara Manual

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 289 hits
Kemaskini October Update untuk sistem operasi Windows 10 dilengkapi dengan pelbagai ciri baru tetapi ia juga hadir dengan beberapa masalah yang memaksa Microsoft untuk menurunkan kemaskini tersebut sementara mereka memperbaiki isu isu terse...
Lawatan Persediaan Dan Penilaian Pentauliahan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

Lawatan Persediaan Dan Penilaian Pentauliahan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 188 hits
Lawatan Persediaan Dan Penilaian Pentauliahan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 17 Disember 2018Pada kali ini pihak JPK akan mengadakan lawatan Penilaian Pentauliahan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia bagi program SMM di IKM Johor Bah...
Samsung Galaxy S10 Dilaporkan Menyokong Sistem Mengecas Peranti Lain Secara Nirwayar Seperti Mate 20 Pro

Samsung Galaxy S10 Dilaporkan Menyokong Sistem Mengecas Peranti Lain Secara Nirwayar Seperti Mate 20 Pro

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 320 hits
Menerusi Mate 20 Pro Huawei memperkenalkan sistem pengecasan peranti lain secara nirwayar Ini membolehkannya menjadi powerbank kepada fon telinga nirwayar atau membantu rakan yang sedang kehabisan bateri Menurut laporan Sammobile pagi ini S...
Harga Sawit Malaysia Dijangka Naik Selepas India Kurangkan Cukai Import

Harga Sawit Malaysia Dijangka Naik Selepas India Kurangkan Cukai Import

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 379 hits
HARGA sawit Malaysia dijangka naik selepas Negara India dilapor mengurangkan cukai import ke atas minyak sawit mentah dan bertapis dari negara negara Asia Tenggara susulan permintaan di kalangan pembekal komoditi itu Perkara itu dijangka me...
7 Kontainer Surat Suara Dikabarkan Tercoblos Kpu Cari Info Ke Bea Cukai Tj Priok

7 Kontainer Surat Suara Dikabarkan Tercoblos Kpu Cari Info Ke Bea Cukai Tj Priok

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 172 hits
Ketua KPU RI Arief Budiman bersama dengan rombongan mengecek informasi terkait dengan informasi tujuh kontainer surat suara asal Tiongkok di Kantor Pelayanan Utama Bea dan Cukai Tanjung Priok Jakarta Rabu malam
Aktivis Gesa Naikkan Cukai Jualan Petroleum Sarawak

Aktivis Gesa Naikkan Cukai Jualan Petroleum Sarawak

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 109 hits
Aktivis gesa naikkan cukai jualan petroleum Sarawak Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 4 Jan 2019 6 02PM m
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Negara Paling Banyak Menang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free