Bukan Senang Nak Tinggalkan Kesenangan


 

Memang tepat saranan Tengku Razaleigh Hamzah semua menteri dan timbalan menteri Umno mesti letak jawatan dengan segera berikutan pendirian parti memutuskan kerjasama dengan PPBM .
“Jika tidak, dia (menteri dan timbalan menteri) tidak bersama kita kerana ini keputusan parti,“ kata Ku Li ketika ditemui media di Perhimpunan Agung Umno tempoh hari. Ini soal kesetiaan maka memang lojik, kata beliau, kerana orang parti kenalah patuh keputusan parti.
Lantas wartawan veteran A Kadir Jasin membuat hantaran Facebook berbunyi: “Kita tengok yang mana menteri dan timbalan menteri Umno utamakan – keputusan PAU keluar PN atau kerusi empuk dan gaji lumayan.”
Benar. Ramai antara kita yang memerhati apa yang akan mereka lakukan. Kita tahu bukan senang nak lepaskan pelbagai kenikmatan yang dikecapi sejak setahun lalu setelah kempunan akibat kekalahan pilihan raya 2018.
Apakah yang menteri dan timbalan menteri Umno sudah lakukan setelah Tengku Razaleigh membuat saranannya? Tidak lakukan apa-apa. Mereka kekal di kerusi empuk dan bergaji lumayan, meminjam istilah Kadir.
Bagi Nazri Aziz, pemimpin Umno yang pernah jadi menteri zaman pemerintahan BN dulu, “mereka yang tak berani letak jawatan pengecut dan tak setia.”
Rasanya ramai yang sependapat dengan Nazri.
Tetapi menteri dan timbalan menteri Umno yang tidak letak jawatan tampil dengan alasan. Bahawa mereka sedang fokus kepada tugas, mahu bantu pulihkan ekonomi, tidak mahu pentadbiran negara terjejas, mereka berkorban demi rakyat.
Ramai termasuk saya tersenyum lebar mendengar alasan itu. Tidak berhasrat saya mengulas. Cuma menegaskan pentadbiran kerajaan boleh bergerak seperti biasa tanpa menteri kerana ia dijalankan perkhidmatan awam. Menteri baru boleh dilantik segera untuk menggantikan mana-mana menteri yang letak jawatan.
Akan tetapi ada alasan lain yang diberi mereka yang ada lojiknya. Kata mereka, Umno sendiri menegaskan tidak akan bekerjasama dengan PPBM hanya pada PRU15 dan putusnya hubungan dengan PPBM ialah apabila Parlimen dibubarkan. Mereka merujuk keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno sebelum ini.
Ketetapan MKT itu dilihat masih terpakai manakala PAU memberi mandat kepada picuk pimpinan menetapkan tarikh atau “timeline” hubungan dengan PPBM dihentikan. Sehingga garis masa ditetapkan menteri dan timbalan menteri, kata mereka, kekal di kedudukan masing-masing. Hujah yang susah untuk Umno menidakkan.
Menteri serta timbalan menteri Umno akan hanya letak jawatan sekarang jika diarah kepimpinan parti. Jelas semuanya cakap pada aspek “hitam putih”. Soal hati nurani atau “conscience” diketepikan.
Nazri yang pernah mencabar mereka letak jawatan berang terhadap Ahmad Zahid Hamidi, presiden Umno, yang kata beliau “tidak ada kepimpinan untuk mengarahkan mereka berbuat demikian” yakni letak jawatan.
Adakah Zahid akan mengeluarkan arahan itu sekarang? Apa tah lagi setelah menteri Umno menemui perdana menteri sehari selepas PAU. Seorang bekas aktivis Umno menyifatkan langkah menteri Umno pergi “mengadap PM satu tamparan buat Zahid”.
Apa pun, menurut Muhyiddin Yassin, mereka datang “meminta nasihat saya mengenai kedudukan mereka dalam Jemaah Menteri berikutan keputusan PAU bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan PPBM dalam PRU15.”
Menerusi kenyataannya yang dikeluarkan selepas pertemuan itu, Muhyiddin berkata “atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri Umno akan terus kekal berada di dalam Jemaah Menteri.”
Dalam erti kata lain, tiada siapa yang akan atau perlu letak jawatan. Bagaimanapun perdana menteri tidak memberitahu sampai bila pak menteri Umno boleh “terus kekal” dalam Jemaah Menteri.
Tindakan beliau boleh dilihat sebagai sesuatu yang dibuat untuk menjaga air muka menteri Umno. Mereka kini boleh beritahu khalayak bahawa mereka kekal atas “nasihat” perdana menteri. “Nasihat” boleh juga ditafsir sebagai “permintaan”.
Mungkin juga kenyataan Muhyiddin boleh diterjemah sebagai langkah “memecah belah” Umno yang semenangnya sudah retak. Mungkinkah ia akan memaksa Zahid mengambil tindakan drastik ke atas menteri dan timbalan menteri Umno?
Mungkinkah antara langkah drastik itu ialah memecat golongan berkenaan? Ini akan membolehkan mereka menyertai PPBM sambil berkata bukan mereka yag mahu tinggalkan Umno tetapi dipaksa Zahid untuk keluar Umno.
Beliau akan dituduh sebagai pendendam dan bertindak memecahbelahkan parti serta tidak peduli perpaduan Melayu.
Bagaimanapun perlu diingat, presiden Umno punyai banyak pilihan dan kelebihan. Mungkinkah beliau akan memerap atau peti sejukkan semua menteri dan timbalan menteri Umno dalam parti sehingga PRU15, dan apabila PRU menjelma mereka tidak dijadikan calon?
Lalu terbantutlah karier politik masing masing. Sekurang-kurangnya buat seketika. Sebelum gerakan lain direncana. Waullahualam. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/04/bukan-senang-nak-tinggalkan-kesenangan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingat Senang Ka Nak Tumbangkan Zahid

Ingat Senang Ka Nak Tumbangkan Zahid

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 285 hits
Ramai yang menyangka selepas selesainya Perhimpunan Agung UMNO Ahad lalu segala galanya kembali normal dan kehangatan politik dalam parti itu reda tetapi hakikat menunjukkan sebaliknya Telah ada cadangan yang mendesak agar pemilihan pucuk p...
Resipi Ayam Rica Rica Pedas Menyengat Nak Buat Pun Senang

Resipi Ayam Rica Rica Pedas Menyengat Nak Buat Pun Senang

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 325 hits
Bosan dengan menu yang sama setiap hari apa kata kita cuba resipi Ayam Rica Rica ni pula untuk keluarga Bagi yang sukakan pedas pasti tidak keruan saat menikmati Ayam Rica Rica ini bersama sepinggan nasi panas Resipi perkongsian ini cukup m...
Sebelum Ni Fobia Nak Tengok Upt Air Mata Gembira Isteri Selepas 9 Tahun Tunggu

Sebelum Ni Fobia Nak Tengok Upt Air Mata Gembira Isteri Selepas 9 Tahun Tunggu

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 381 hits
Penantian selama 9 tahun untuk menimang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga berakhir dengan air mata kegembiraan buat seorang isteri selepas melihat sendiri alat ujian kehamilan yang menunjukkan dua garis Ucapan syukur dan air ma...
Susah Sangat Nak Sendawakan Bayi Fokuskan Pada Bahagian Kiri Belakang Badan Bayi Antara Petuanya

Susah Sangat Nak Sendawakan Bayi Fokuskan Pada Bahagian Kiri Belakang Badan Bayi Antara Petuanya

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 368 hits
Selalu kalau selepas menyusukan si manja ibu ada cuba sendawakan bayi tak Jika tidak ini cara mudah sendawakan bayi yang boleh dicuba Percayalah pasti mereka takkan meragam Ketahui cara mudah sendawakan bayi Bahagian penting dalam sesi peny...
Nasib Kau La Lokman Dengan Anwar Kau Belah Dengan Najib Tunggu Nak Masuk Dalam Dengan Zahid Kau Tak Setuju Kah

Nasib Kau La Lokman Dengan Anwar Kau Belah Dengan Najib Tunggu Nak Masuk Dalam Dengan Zahid Kau Tak Setuju Kah

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 276 hits
Panas Bekas MT UMNO bagi amaran pada peguam MuhyiddinMarch 25 2021 BEKAS ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam memberi amaran kepada Rosli Dahlan agar tidak bermain dengan api selepas peguam itu membuat laporan polis terhadapnya...
Lepas Kena Saman Nak Kena Lagi Rasana Ni

Lepas Kena Saman Nak Kena Lagi Rasana Ni

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 291 hits
ROSHIDAH MOHD DAUDSia sia Jika di turutkan hatimu Yang terleka Dibuai kata kata palsu Mcm nk kena saman lg je ni Tin melo pulop
Hbo Max Berminat Nak Teruskan Snyderverse Tapi Warner Bros Tidak

Hbo Max Berminat Nak Teruskan Snyderverse Tapi Warner Bros Tidak

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 328 hits
Laman penstriman HBO Max dan Warner Bros berada di bawah AT T s WarnerMedia Jadi kedua duanya memang saling berkait dan hal ini sekaligus menjawab kenapa Zack Snyder s Juctice League berjaya dihasilkan hasil daripada kerjasama dua syarikat ...
Ada Tak Cara Nak Turunkan Kolestrol Selain Dari Kena Makan Ubat Kolestrol Setiap Hari

Ada Tak Cara Nak Turunkan Kolestrol Selain Dari Kena Makan Ubat Kolestrol Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 349 hits
You punya bacaan darah semuanya ok Gula ok kolestrol ok Teruskan maintain macam ini ya kata doktor pada saya baru baru ini Saya duduk di kerusi sebelah sambil doktor wanita berbangsa India membaca laporan makmal ketika bertemu buat pemeriks...
Aku Nak Balik Raya Lah Dikecam Netizen Acara Fesyen Jenama Pakaian Tempatan Dituduh Tak Ikut Sop

Aku Nak Balik Raya Lah Dikecam Netizen Acara Fesyen Jenama Pakaian Tempatan Dituduh Tak Ikut Sop

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 419 hits
Dalam pada prosedur operasi standard yang kian dilonggarkan oleh kerajaan sudah pasti ramai yang cuba meneruskan kelangsungan hidup serta aktiviti yang sekian lama tertangguh Sama juga seperti jenama busana popular tempatan yang mengambil k...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan