Ingat Senang Ka Nak Tumbangkan Zahid



Ramai yang menyangka selepas selesainya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Ahad lalu, segala-galanya kembali normal dan kehangatan politik dalam parti itu reda tetapi hakikat menunjukkan sebaliknya.
Telah ada cadangan yang mendesak agar pemilihan pucuk pimpinan parti itu disegerakan sepertimana yang disuarakan Ahli Parlimen Rembau dan bekas calon presiden dalam pemilihan lalu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Khairy berpandangan, UMNO perlu menuju ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan kepimpinan yang jelas, padu dan mendapat mandat akar umbi.
Beliau malah menegaskan yang semua pihak termasuk mereka dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tahu yang UMNO tidak boleh berterusan seperti ini (tanpa kepimpinan yang jelas dan kukuh).
Pandangan Khairy itu dengan segera ditempelak bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berpandangan, mengadakan pemilihan parti sekarang akan melemahkan UMNO dan memecahbelahkan perpaduan parti, namun Khairy pantas menjawab dengan berkata, keputusan UMNO menunda pemilihan parti agar diadakan selepas PRU14 tidak juga membantu Barisan Nasional (BN), malah mereka tewas dan hilang kuasa buat pertama kali di peringkat pusat dan sebahagian besar negeri.
Sementara itu, sudah ada pemimpin dari akar umbi yang secara berterus terang mahukan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi segera berundur. Ini semua memberi gambaran ‘perang saudara’ dalam UMNO atau UMNO berada dalam situasi ‘berantakan’ hanya menunggu masa untuk berlaku.
Yang terkini datang daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang yang menegaskan, Ahmad Zahid perlu menerima hakikat apa yang berlaku pada pasca PAU tidak menampakkan beliau dihormati majoriti kepimpinan tertinggi parti. Jelasnya, hal itu terbukti menerusi usul penggulungan Ahmad Zahid yang mahukan semua pemimpin UMNO yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) meletakkan jawatan, tidak diendahkan.
“Lebih malang, bila Ahmad Zahid menegaskan BN akan bergerak solo dalam PRU15 tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan parti komponen utama yang lain seperti MCA dan MIC,” ujarnya.
Bahkan Ahmad Zahid ‘memberi amaran’ kepada Pas, yang Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang hadir pada pembukaan PAU. Hadi kemudian dilihat dengan tergesa-gesa keluar meninggalkan PAU selepas partinya dikritik oleh Ahmad Zahid.
Oleh itu, tegas Mohd Helmi, Pemuda UMNO Bahagian Pontian mengulangi gesaan supaya Ahmad Zahid berundur dan ‘berehat’ dari dunia politik secara terhormat bagi memberi laluan kepada muka baharu.
“Bagi saya, PAU 2020 seolah-olah dijadikan medan mempertahankan individu dan menyerlahkan ketidaktentuan hala tuju politik yang cuba dibawa kepimpinan tertinggi UMNO yang diketuai oleh Ahmad Zahid sendiri.
“Proses merawat atau mengubati parti adalah lebih baik daripada menyokong tanpa arah,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Berpecah dua
Kemelut dalaman UMNO amat jelas kelihatan menerusi fraksi yang menyokong Ahmad Zahid serta fraksi pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan PN dan tidak menyokong presiden parti secara jelas. Ada juga yang menyatakan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berpotensi untuk membentuk satu lagi fraksi.
Hal itu berpunca daripada tindakan Ahmad Zahid yang mencabar mana-mana pemimpin UMNO supaya meletakkan jawatan dalam kerajaan PN dengan segera.
Bagaimanapun para perwakilan pada PAU akhirnya menyerahkan soal itu kepada Ahmad Zahid dan MKT parti untuk menentukan bilakah tarikh yang sesuai untuk melepaskan jawatan.
Pada Isnin, kesemua menteri dan beberapa timbalan menteri UMNO telah berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hasil pertemuan itu, mereka bersetuju menerima nasihat perdana menteri agar terus kekal dalam kabinet dan kerajaan.
“Mereka lebih mendengar nasihat perdana menteri daripada mendengar nasihat presiden UMNO, itulah situasinya sekarang dan sudah tentu ini tidak baik untuk imej Zahid,” ujar seorang pemimpin UMNO.
Dalam pada itu, Khairy dalam kenyataan terbarunya menegaskan, segala-galanya bergantung kepada keputusan MKT untuk menentukan tarikh muktamad pemilihan dalam parti tetapi seorang lagi pemimpin parti menyatakan jika menunggu keputusan MKT, sampai bila pun tidak akan dapat jawapannya.
Sumber: SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/ingat-senang-ka-nak-tumbangkan-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Bila Nak Diam Tentang Surat Zahid Sokong Anwar Jadi Pm Soal Annuar

Sampai Bila Nak Diam Tentang Surat Zahid Sokong Anwar Jadi Pm Soal Annuar

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 178 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa terpaksa terima Perhimpunan Agung Umno 2020 tidak membincangkan surat sokongan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk Yang di Pertuan Agong melantik Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ...
Nasib Kau La Lokman Dengan Anwar Kau Belah Dengan Najib Tunggu Nak Masuk Dalam Dengan Zahid Kau Tak Setuju Kah

Nasib Kau La Lokman Dengan Anwar Kau Belah Dengan Najib Tunggu Nak Masuk Dalam Dengan Zahid Kau Tak Setuju Kah

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 276 hits
Panas Bekas MT UMNO bagi amaran pada peguam MuhyiddinMarch 25 2021 BEKAS ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam memberi amaran kepada Rosli Dahlan agar tidak bermain dengan api selepas peguam itu membuat laporan polis terhadapnya...
Patutlah Ramai Share Kek Oren Sunquick Moist Paling Senang Nak Sedia

Patutlah Ramai Share Kek Oren Sunquick Moist Paling Senang Nak Sedia

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 347 hits
Bagi yang pernah merasa keenakkan kek oren pasti terasa ingin mencuba membuatnya lagi dan lagi Rasa manis dan masamnya cukup berlemak setiap kali suapan ke mulut Apa lagi kala dimakan ketika panas panas Anak anak pastinya cukup teruja menik...
Bukan Senang Nak Tinggalkan Kesenangan

Bukan Senang Nak Tinggalkan Kesenangan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 182 hits
Memang tepat saranan Tengku Razaleigh Hamzah semua menteri dan timbalan menteri Umno mesti letak jawatan dengan segera berikutan pendirian parti memutuskan kerjasama dengan PPBM Jika tidak dia tidak bersama kita kerana ini keputusan parti k...
Resipi Ayam Rica Rica Pedas Menyengat Nak Buat Pun Senang

Resipi Ayam Rica Rica Pedas Menyengat Nak Buat Pun Senang

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 325 hits
Bosan dengan menu yang sama setiap hari apa kata kita cuba resipi Ayam Rica Rica ni pula untuk keluarga Bagi yang sukakan pedas pasti tidak keruan saat menikmati Ayam Rica Rica ini bersama sepinggan nasi panas Resipi perkongsian ini cukup m...
Bukan Mudah Tumbangkan Zahid

Bukan Mudah Tumbangkan Zahid

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 346 hits
SHAH ALAM Ramai yang menyangka selepas selesainya Perhimpunan Agung UMNO Ahad lalu segala galanya kembali normal dan kehangatan politik dalam parti itu reda tetapi hakikat menunjukkan sebaliknya Telah ada cadangan yang mendesak agar pemilih...
Hati Hati Zahid Pas Nak Buat Onar Tu

Hati Hati Zahid Pas Nak Buat Onar Tu

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 285 hits
Penyokong Pas berdiri teguh di belakang Annuar MusaMarch 29 2021 Mempertahankan prinsip perjuangan dalam sebuah parti politik bukan perkara yang mudah Parti sifatnya pragmatik Walaupun dasarnya jelas seringkali dasar itu dikompromi demi kep...
Nak Raya Ingat Kuih Batang Buruk

Nak Raya Ingat Kuih Batang Buruk

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 241 hits
Bukan orang lama je ye suka Kuih Batang Buruk yang muda pun ramai suka Harga pun setiap tahun naik seiringan dengan harga barang barang yang terus naik Apa kata kita cuba buat sendiri Nampak mudah cara membuat dan bahan yang digunakan pun t...
Nak Jadi Ayah Yang Hebat Tak Perlu Pun Berhabis Ribu Ringgit Cukup Bawa Bersiar Siar Selamanya Anak Akan Ingat

Nak Jadi Ayah Yang Hebat Tak Perlu Pun Berhabis Ribu Ringgit Cukup Bawa Bersiar Siar Selamanya Anak Akan Ingat

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 234 hits
Tanyalah mana mana anak sekalipun siapakah idola mereka Pasti jawapan mereka Ayah saya Nak jadi macam ayah Ayah ibarat super hero buat anak anak ayahlah pelindung keluarga sebab itulah tugas sebagai ayah sangat berat Ayah perlu menunjukkan ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan