Bukan Sembang Je Tapi Kena Pandai Interaksi Baru Anak Makin Rancak Bercakap Ni Tipnya


Bukan sekadar bersembang kosong, berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap.
Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa berkongsi tip untuk ibu bapa membantu anak-anak yang lambat bercakap.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.

Bertentang Mata Dan Main Bersama
Kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi bertentang mata. Ini memudahkan kanak-kanak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.

Galakkan Giliran
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.

Gunakan Isyarat Tangan (gesture)
Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik.
Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
Haluan Dan Minat Anak
Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.

Ceritakan Perasaan & Pengalaman
Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh.
Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
Pelbagaikan Perkataan & Ayat
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.

Panjangkan Ujaran Anak
Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat.
Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:

Anak : Miau..
Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing
Ibu : Aah, kucing comel
Kuncinya di sini adalah ibubapa menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang. Tapi ingat, ibubapa tidak perlu memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.

Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Artikel berkaitan: Nak Bantu Anak Bercakap Guna Makanan Pun Boleh, Pakar Ini Jelaskan Caranya

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Bukan Sembang Je Tapi Kena Pandai Interaksi, Baru Anak Makin Rancak Bercakap, Ni Tipnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-sembang-je-tapi-kena-pandai-interaksi-baru-anak-makin-rancak-bercakap-ni-tipnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Setakat Tampal Banyak Kelebihan Main Sticker Pelbagaikan Kreativiti Macam Ni Baru Anak Makin Bijak

Bukan Setakat Tampal Banyak Kelebihan Main Sticker Pelbagaikan Kreativiti Macam Ni Baru Anak Makin Bijak

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 518 hits
Selain membelikan anak mainan jangan lupa memberikan anak mainan yang dapat menguji minda mereka Salah satu aktviti yang dapat menguji kemahiran motor halus anak adalah bermain dengan sticker Bukan hanya menampal bahkan aktiviti semacam ini...
No Don T Touch Tapi Tak Explain Kenapa Anak Bawah 3 Tahun Tak Akan Faham Tanpa Alasan

No Don T Touch Tapi Tak Explain Kenapa Anak Bawah 3 Tahun Tak Akan Faham Tanpa Alasan

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 291 hits
Bila melarang anak anak kecil usia 3 tahun ke bawah perlu untuk kita terangkan mengapa tidak boleh Kita perlu terangkan dengan baik tak cukup kerana Nanti Allah Marah saja Contoh senario anak nak ambil pisau Perlu kita kata NO sayang namun ...
Pandainya Anak Abah Ayat Simple Pada Kita Tapi Tak Pada Anak Anak Rasa Di Hargai

Pandainya Anak Abah Ayat Simple Pada Kita Tapi Tak Pada Anak Anak Rasa Di Hargai

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 334 hits
Tak susah pun untuk memuji anak Hanya ayat ringkas Pandainya anak abah sudah membuatkan hati anak gembira malah rasa disayangi Bukan material yang anak mahukan sebaliknya perhatian walau hanya memperuntukkan masa hanya 15 minit sahaja Walau...
Anak Usik Mak Kuat Melatah Sian Mak Penat Tapi Mak Tetap Comel

Anak Usik Mak Kuat Melatah Sian Mak Penat Tapi Mak Tetap Comel

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 199 hits
Setiap dari kita pasti ada yang cepat melatah apabila diusik dan ia bukanya sesuatu yang baru ia seolah memberi hiburan kepada mereka yang melihatnya walaupun keadaan itu memenatkan kepada mereka yang melatah Sakan Dua Beradik ini Usik mak ...
Anak Cakap Banyak Tapi Pelat Biasakan Dua Latihan Asas Ni Dulu Lama Lama Ok

Anak Cakap Banyak Tapi Pelat Biasakan Dua Latihan Asas Ni Dulu Lama Lama Ok

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 458 hits
Anak 3 tahun ke atas biasanya dah boleh menuturkan perkataan mengikut usianya Tapi yang menjadi kerisauan sesetengah ibu bapa anak boleh sebut macam macam tapi masih pelat setelah usia 5 tahun Kenapa anak saya pelat Seringkali ibu bapa data...
Masuk Usia 3 Tahun Anak Tak Berhenti Tanya Soalan Pelik Mak Ayah Pun Bertambah Pandai

Masuk Usia 3 Tahun Anak Tak Berhenti Tanya Soalan Pelik Mak Ayah Pun Bertambah Pandai

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 377 hits
Kenapa api tu panas Kenapa burung boleh terbang macam mana kicap dibuat dan banyak lagi soalan yang kadang kala diluar kemampuan kita sebagai ibu bapa untuk menjawab persoalan anak anak Anak anak kecil minda mereka sangat pesat berhubung Pe...
Telur Ikan Antara Makanan Terbaik Buat Anak Makin Bijak Pakar Kongsikan Jenis Makanan Untuk Otak Anak

Telur Ikan Antara Makanan Terbaik Buat Anak Makin Bijak Pakar Kongsikan Jenis Makanan Untuk Otak Anak

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 263 hits
Makanan sememangnya memainkan peranan yang cukup penting buat anak anak kita yang sedang membesar Memilih makanan yang sihat dan penuh nutrisi adalah satu tanggungjawab besar bagi semua ibu bapa Makanan sebenarnya bukan hanya untuk membekal...
Ibu Kucing Ini Menangis Kerana Anak Baru Lahir Mati Sedih Tengok

Ibu Kucing Ini Menangis Kerana Anak Baru Lahir Mati Sedih Tengok

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 382 hits
Perkara ini dapat digambarkan menerusi sebuah rakaman yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu milik SinstuffCo apabila terdapat seekor kucing betina yang baru sahaja melahirkan anaknya Kucing itu dilihat telah berjaya melahirkan k...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan