Anak Cakap Banyak Tapi Pelat Biasakan Dua Latihan Asas Ni Dulu Lama Lama Ok


Anak 3 tahun ke atas biasanya dah boleh menuturkan perkataan mengikut usianya. Tapi yang menjadi kerisauan sesetengah ibu bapa anak boleh sebut macam-macam tapi masih pelat setelah usia 5 tahun.
Kenapa anak saya pelat? Seringkali ibu bapa datang dengan komplen macam ni – “Anak saya dah cakap banyak, tapi masih pelat. Apa maksud ibu bapa anak PELAT?
Menurut Terapis Pertuturan Bahasa, Nor Azizah Nordin ada tiga kategori anak pelat yang perlu ibu bapa tahu si kecil anda di peringkat mana.

Cakap hujung-hujung atau tak lengkap…. contohnya “BAJU” ditukar ke “AJU” @ “JU” sahaja. Contoh ayat “AJU ADIK OTO” (Baju adik kotor) Salah sebutan huruf/bunyi… contohnya /K/ ditukar ke /T/ seperti “KAKAK” ditukar ke “TATAK”. Tertukar kedudukan huruf/bunyi… contohnya “BAJU” ditukar ke “JABU” – kedudukan bunyi /B/ dan /J/ bertukar.
Sebenarnya proses ini adalah NORMAL bagi anak-anak di bawah umur 5 tahun. Selepas umur 5 TAHUN, jika anak-anak masih lagi tidak menyebut bunyi dengan betul, berjumpalah dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk membuat penilaian. 5 tahun bukan mengikut Umur anak… TETAPI mengikut UMUR BAHASA anak.
Macamana nak tau UMUR BAHASA anak?
Pada Usia 5-6 tahun,
– Anak telah menghasilkan ujaran 5-6 perkataan
– Dapat menamakan 6 warna asas dan 3 bentuk asas
– Dapat menamakan hari dalam seminggu mengikut turutan
– Dapat mengira 1-30 dengan hafalan
– Menceritakan sesuatu perkara dengan tepat
– Kerap bertanya maksud perkataan yang abstrak
– Bahasa dan pertuturan menyamai orang dewasa
(* dipetik dari penanda buku Persatuan Speak)

Jika anak anda masih belum mencapai peringkat bahasa seperti di atas, dia mungkin masih belum mencapai UMUR BAHASA 5 tahun. DAN PELAT masih lagi merupakan Proses NORMAL nya.
TERAPI BAGI ANAK PELAT
Sebelum membuat Latihan, perlu dipastikan:-
1. Anak mendengar bunyi yang betul – Telinga
2. Anak memproses bunyi yang didengar – Otak
3. Anak bersedia untuk menyebut bunyi yang betul – Mulut
Dalam sesetengah kes, pendengaran yang perlu difokuskan dahulu (seperti bagi masalah anak kurang pendengaran).
Sesetengah kes yang lain, struktur mulut yang perlu dilihat. Dalam kes terpinggir pula, mungkin 0tak yang tidak memproses bunyi dengan baik. Kesemuanya memerlukan terapi.
Oleh itu, biasanya latihan akan dimulakan dengan
1. Latihan Mendengar Perbezaan Bunyi
2. Latihan Sebutan bagi bunyi yang salah (pelat)

Bagaimana menjalankan latihan?
1. Latihan Mendengar Perbezaan Bunyi (Rujuk Buku Coklat)
Contoh: Anak sebut “TATAK” untuk “KAKAK” – bunyi /K/ ditukar ke bunyi /T/.
i. Cari gambar “Perbezaan /T/ dan /K/”. (Buat Carian dari Kandungan buku)
ii. Buka mukasurat yang berkenaan. Letakkan di hadapan anak. (Contohnya saTu Vs saKu)
iii. Ibu sebut setiap gambar “Satu” dan “Saku” sambil tunjukkan gambar satu persatu kepada anak.
iv. Ibu minta anak tunjuk kepada gambar apabila ibu sebut setiap satu gambar secara rawak.
v. Perhatikan. Adakah anak dapat tunjukkan gambar “SATU” dan “SAKU” dengan betul?
Jika TIDAK, ulang latihan ini sehingga anak dapat membezakan “SAKU” dan “SATU”
Jika YA, latihan peringkat ke2 boleh diteruskan.

Latihan Sebutan (Rujuk Buku Oren)
Contoh yang sama: Anak sebut “TATAK” untuk “KAKAK” – bunyi /K/ ditukar ke bunyi /T/.
TARGET: membetulkan Bunyi /K/
i. Cari “Cara Sebutan Bunyi /K/” di mukasurat (xi). Praktikkan sebutan bunyi /K/ bersama anak. Bantu anak untuk membetulkan bunyi /K/. (Rujuk Terapis Pertuturan-Bahasa untuk penjelasan yang lebih terperinci). Pastikan anak telah dapat menyebut /K/ dengan betul sebelum meneruskan latihan.
ii. Cari Latihan Bunyi /K/ dari Kandungan Buku
iii. Buka mukasurat yang berkenaan. Letakkan di hadapan anak. Mulakan dengan bunyi /K/ di awal perkataan.
iv. Minta anak sebutkan setiap gambar dengan bunyi /K/ yang betul. Betulkan kedudukan lidah anak jika anak masih tertukar /K/ menjadi /T/.
Latihan untuk anak pelat ini perlu dijalankan secara intensif untuk mendapat hasil yang baik. Sentiasa berhubung rapat dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk memastikan latihan dijalankan dengan betul.
SLT Nor Azizah
Terapis Pertuturan-Bahasa

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Cakap Banyak Tapi Pelat. Biasakan Dua Latihan Asas Ni Dulu, Lama-Lama Ok! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-cakap-banyak-tapi-pelat-biasakan-dua-latihan-asas-ni-dulu-lama-lama-ok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cakap Pun Tak Lut Anak Makin Ringan Tangan Kuat Mengamuk Bukan Saja Saja Tapi Ini Sebabnya

Cakap Pun Tak Lut Anak Makin Ringan Tangan Kuat Mengamuk Bukan Saja Saja Tapi Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 281 hits
Anak degil suka pukul mengamuk tak tentu pasal pasti ada sebabnya Kurang perhatian atau tersalah cara didikan antara penyebab anak berubah tingkah laku sebegini sekali Pun begitu pemakanan anak juga mendorong kepada sikap sebegini Inilah ya...
India Pengetua Sekolah Bunuh Dua Anak Atas Nasihat Pengamal Ilmu Hitam

India Pengetua Sekolah Bunuh Dua Anak Atas Nasihat Pengamal Ilmu Hitam

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 360 hits
Hyderabad Seolah olah dirasuk syaitan seorang ibu sanggup menghentak mati dua anak gadisnya atas nasihat pengamal ilmu hitam Lebih menyayat hati bapa gadis berusia 20 an itu hanya menyaksikan anaknya dibunuh di depan mata Gulf News melapork...
Tengah Main Cakap Apa Pun Anak Takkan Dengar Ada Waktu Paling Tepat Nasihatkan Anak Ni Caranya

Tengah Main Cakap Apa Pun Anak Takkan Dengar Ada Waktu Paling Tepat Nasihatkan Anak Ni Caranya

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 249 hits
Waktu bermain adalah waktu yang sangat menyeronokkan bagi anak anak kita Cakaplah apa sahaja ada waktunya anak langsung tidak mendengar dek terlalu fokus dengan permainan di tangannya Jangan sekali kali memberi pelbagai arahan di waktu ini ...
Pening Banyak Sangat Grup Telegram Kelas Anak Ikut Langkah Ni Baru Tak Serabut Senang Cari

Pening Banyak Sangat Grup Telegram Kelas Anak Ikut Langkah Ni Baru Tak Serabut Senang Cari

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 417 hits
Bukan sahaja pening kepada terpaksa bekerja dari rumah dalam keadaan serba tak mencukupi bahkan setelah sesi persekolahan anak anak dengan sesi pembelajaran dari rumah bertambah memeningkan kepada ibu Mana tidaknya grup whatapps dan grup te...
Bahaya Kalau Anak Yang Dulu Selalu Bising Tiba Tiba Jadi Pendiam Mak Ayah Kena Bertindak

Bahaya Kalau Anak Yang Dulu Selalu Bising Tiba Tiba Jadi Pendiam Mak Ayah Kena Bertindak

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 295 hits
Kadangkala ibu bapa berasa rimas apabila anak mereka terlalu bising dan berharap mereka diam seketika Walaupun begitu apa yang terjadi sekiranya anak anda menjadi terlalu diam Pernahkah anda mendapati anak anda menjadi diam secara tiba tiba...
Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat

Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 565 hits
Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat Semenjak Menteri Pendidikan umumkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dilaksanakan sebagai alternatif pembelajaran norma baharu aku sebagai ibu bapa yang terlibat memang tak lena tidur Penat woi T...
Anak Menangis Ibu Ayah Jangan Mudah Tewas Beri Dulu Ruang Anak Pujuk Dirinya

Anak Menangis Ibu Ayah Jangan Mudah Tewas Beri Dulu Ruang Anak Pujuk Dirinya

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 311 hits
Dengar je anak menangis ibu bapa tewas Anak menangis kerana terjatuh sedikit terus berlari untuk dukung dan pujuk Anak merengek kerana mahukan mainan terus dituruti segala permintaan anak Itu belum lagi anak mengamuk tak nak makan kerana ma...
Ostad Pas Cakap Rela Anak Haram Lagak Lebih Dari Polis

Ostad Pas Cakap Rela Anak Haram Lagak Lebih Dari Polis

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 366 hits
Anonymous Malaysia Beri Amaran Ancam Kerajaan PAS political soul searching contains oppression PAS loves power Don t get me wrong PAS does not love power more than your next politician They are willing to play the game of sacrificing your p...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life