Bukan Sekadar Makan Angin Di Sebalik Peningkatan Pelancong Ke Langkawi


 Azzman Abdul Jamal
Menuruk pakar psikologi ramai yang menghadapi tekanan sejak pandemik melanda negara dan memerlukan sesuatu untuk meredakan stres.

Pelancong bersiar dan beriadah bersama keluarga di sekitar Pantai Cenang di Langkawi selepas kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan di bawah program rintis gelembung pelancongan di pulau itu. Gambar: AFP Tindakan orang ramai “berlumba-lumba” bercuti ke Langkawi selepas kerajaan mengumumkan pulau itu sebagai projek rintis gelembung pelancongan domestik bulan ini menunjukkan mereka bukan hanya sekadar hendak bercuti, kata pakar
Fauziah Sa’ad dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata mereka pergi ke Langkawi sebagai salah satu cara mereka melepaskan “tekanan” selepas lama “terkurung”, kata pakar.
Menurutnya, secara fitrahnya, manusia perlu hidup bebas namun pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk mengekang Covid-19 telah menyekatnya.
“Kita adalah makhluk yang bersosial,” kata pakar psikologi dan kaunseling itu kepada MalaysiaNow.
“Pada pandangan saya, ramai ingin pergi ke Langkawi bukan sekadar ‘makan angin’ tetapi mereka ingin lepaskan stres. Berkurung dalam rumah untuk tempoh masa yang lama memang agak tertekan.”
Fauziah berkata, kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa langkah mengurung rakyat tidak lagi sesuai, adalah tepat kerana ia boleh menjejaskan kesihatan mental masyarakat.
Sebelum ini Langkawi Tourism Association (LTA) memberitahu MalaysiaNow hotel dan resort yang berdaftar di bawahnya menerima 6,000 tempahan, menganggarkan pendapatan hampir RM24 juta bagi tiga hari pembukaannya bermula 16 September.
Walaupun kes Covid-19 dalam negara masih lagi tinggi dan masih melebihi 10,000 sehari, ini tidak menyebabkan ketakutan kepada orang ramai untuk ke Langkawi sehingga dilaporkan pengendali pelancongan terpaksa menolak tempahan berlebihan kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kapasiti 50%.
Fauziah berkata, antara isu yang terus menghantui masyarakat dan menyebabkan gangguan emosi adalah masalah kewangan apabila ramai yang terjejas dari segi sumber pendapatan.
“Selain itu, kehidupan kita dari segi aspek sosial, keluarga, kerja dan peribadi akan bertindih.
“Contohnya, semasa sedang bekerja, kita juga perlu memastikan anak mengikuti pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR),” katanya.
Tambah beliau, perkara itu akan menambah tekanan individu sekali gus menyukarkan untuk memberi tumpuan dan akhirnya menjejaskan prestasi kerja.
Keganasan rumah tangga, bunuh diri
Menurut Fauziah, tekanan akibat berkurung di rumah juga adalah antara faktor peningkatan kes keganasan rumah tangga dan bunuh diri sejak kebelakangan ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun memberitahu Dewan Rakyat pada Khamis sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga direkodkan dalam kalangan masyarakat sepanjang PKP dilaksanakan bagi tempoh Mac 2020 hingga Ogos.
Sementara itu, kementerian kesihatan mendedahkan sebanyak 638 kes bunuh diri dilaporkan di Malaysia antara Januari hingga Julai tahun ini, menunjukkan peningkatan 143 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Mengulas mengenai perkara ini, Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Mohamed Fadzil Che Din berkata kegagalan untuk mengawal emosi boleh menyebabkan individu bertindak agresif.
“Peranan emosi adalah untuk memastikan kita berfungsi sebagai manusia. Apabila berinteraksi, kita perlukan emosi yang stabil.
“Sebab itu bahaya jika seseorang itu mempunyai gangguan emosi. Dia boleh bertindak agresif dan tidak lagi ‘berfungsi’ sebagai manusia,” katanya kepada MalaysiaNow.
Fadzil berkata ramai yang masih tidak begitu arif mengenai masalah gangguan emosi dan cara untuk menanganinya.
Katanya, Malaysia tidak mempunyai kurikulum yang berstruktur untuk menguruskan masalah gangguan sosial dan ia sering disalah anggap sebagai penyakit mental.
“Cara terbaik untuk berdepan dengan gangguan emosi adalah menerusi pendekatan psikososial iaitu menggunakan elemen psikologi dalam masyarakat. Gunakan cara perbincangan dan kaunseling cukup untuk bantu, bukan pendekatan psikiatri.
“PKP adalah isu sosial. Ramai keliru dan anggap ia sebagai masalah mental,” katanya.
Menurut Fadzil kes gangguan emosi sepatutnya diuruskan oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dan bukannya kementerian kesihatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/bukan-sekadar-makan-angin-di-sebalik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Pahang Akan Jadikan Langkawi Panduan Terima Kehadiran Pelancong Mulai Oktober Ini

Polis Pahang Akan Jadikan Langkawi Panduan Terima Kehadiran Pelancong Mulai Oktober Ini

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 217 hits
KUANTAN Polis Pahang akan menjadikan Langkawi sebagai panduan dalam menerima kehadiran pelancong susulan gelembung pelancongan di Pulau Tioman dan Genting Highlands mulai 1 Oktober Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihak...
Rahsia Cinta Si Dia Di Sebalik Cara Makan

Rahsia Cinta Si Dia Di Sebalik Cara Makan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 294 hits
Bagaimana cara makan begitulah cintanya Ish Pelahapnya dia makan Cancel nak buat pak we Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya Eiii teruknya Perhatikan gaya teman kamu makan Masing masing ada gaya yang tersendiri Ada yang makan pe...
Pelancong Ke Langkawi Dari Kuala Perlis Wajib Patuh Sop Adun

Pelancong Ke Langkawi Dari Kuala Perlis Wajib Patuh Sop Adun

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 288 hits
Pelancong yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi menggunakan perkhidmatan feri di Terminal Feri Kuala Perlis diminta agar terus menitikberatkan pematuhan prosedur operasi standard COVID 19 yang telah ditetapkan kerajaan Ahli Dewan Undangan N...
Kerajaan Negeri Pahang Mewujudkan Pasukan Petugas Tioman Persediaan Terima Pelancong

Kerajaan Negeri Pahang Mewujudkan Pasukan Petugas Tioman Persediaan Terima Pelancong

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 365 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang mewujudkan Pasukan Petugas Tioman yang dianggotai pelbagai agensi dan jabatan bagi tujuan pematuhan dan pemantauan prosedur operasi standard apabila sektor pelancongan Pulau Tioman kembali dibuka 1 Okt ini Pen...
Genting Highlands Pulau Tioman Dan Melaka Bakal Dibuka Kepada Pelancong

Genting Highlands Pulau Tioman Dan Melaka Bakal Dibuka Kepada Pelancong

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya mencadangkan tiga lagi destinasi yang akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata destinasi itu ialah Genting Highlands...
Pelancong Perlu Jalani Saringan Untuk Ke Pulau Tioman Sebelum Di Benarkan Menaiki Feri

Pelancong Perlu Jalani Saringan Untuk Ke Pulau Tioman Sebelum Di Benarkan Menaiki Feri

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 289 hits
KUANTAN Seramai 600 pelancong domestik yang bakal bercuti ke Pulau Tioman mulai Selasa ini perlu menjalani ujian saringan COVID 19 di jeti Teluk Gading Rompin sebelum dibenarkan menaiki feri Pengurus Besar Tourism Pahang Kamaruddin Ibrahim ...
Kl Staycation Cuti Tanpa Perlu Bersesak Di Langkawi

Kl Staycation Cuti Tanpa Perlu Bersesak Di Langkawi

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 420 hits
KL Staycation Cuti Tanpa Perlu Bersesak Di Langkawi Entah tak tahu kenapa masa PKP 3 0 ni memang terasa sangat bosan dan buntu walhal tidak ketat seperti PKP yang lalu Pergerakan terasa amat terhad apatah lagi rentas daerah dan negeri tidak...
Kebenaran Rentas Negeri Tidak Cet0s Peningkatan Kes Ini Penjelasan Menteri Kesihatan

Kebenaran Rentas Negeri Tidak Cet0s Peningkatan Kes Ini Penjelasan Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 238 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pada sidang dewan parlimen hari ini sebarang Ionjakan kes penuIaran jngkitan dalam kalangan masyarakat adalah berpunca daripada perkumpulan atau perhimpunan Justeru itu kebenaran pergerakan re
Pasaran Saham Eropah Ditutup Dengan Peningkatan

Pasaran Saham Eropah Ditutup Dengan Peningkatan

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 211 hits
FTSE 100 Britain dan DAX Jerman meningkat sebanyak 0 2 sementara CAC 40 Perancis melonjak sebanyak 0 6 IBEX 35 Sepanyol dan FTSE MIB Itali masing masing menambah sebanyak 1 1 dan 0 8 Pendahulu bagi pertumbuhan di antara komponen Stoxx 600 a...
Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Pulanglah Wahai Sahabat

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Explore The Advantages Unlimited Postpaid Plans Offer

Desak Kawal Harga Tambang Bas Sekolah Sinar Harian 11 01 2025

Filem Limbungan Tragedi Hitam 1975

Emakan Awaran Emasukan E Ingkatan An Ahun

Januari 11 2025 01

Bantuan Ketua Isi Rumah Sarawak Syarat Cara Permohonan