Rahsia Cinta Si Dia Di Sebalik Cara Makan



Bagaimana cara makan, begitulah cintanya " Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya." Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.
Makan dengan tenang
Wah! Skema habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!
Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!
Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!
Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!
Makan sambil kerap tengok jam
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.
Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://apasajacerita.blogspot.com/2021/09/rahsia-cinta-si-dia-di-sebalik-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Lelaki Meluahkan Cinta Pada Orang Yang Di Sukai

Cara Lelaki Meluahkan Cinta Pada Orang Yang Di Sukai

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 331 hits
Berbanding wanita terdapat sesetengah golongan lelaki yang memang dikenali sebagai insan yang sukar untuk meluahkan kata kata cinta kepada pasangan mereka selagi mereka bukan lelaki kasanova Biarpun bagi wanita apalagi setelah menjadi ister...
Pengalaman Pembikinan Video Galaxy Buds2 Bersama Charli Xcx Dan Rahsia Di Sebalik Fine Tuned Equalizer

Pengalaman Pembikinan Video Galaxy Buds2 Bersama Charli Xcx Dan Rahsia Di Sebalik Fine Tuned Equalizer

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 359 hits
Bunyi adalah pilihan peribadi yang bermaksud bahawa walaupun pengalaman mendengar lagu yang sama dapat memberikan kepuasan kepada orang yang berbeza beza Walaupun tujuannya adalah untuk mencerminkan ketepatan sesuatu melodi fitur equalizer ...
Cara Masak Kuih Seri Muka Panda Yang Mudah Sedap Buat Makan Petang Untuk Anak Anak

Cara Masak Kuih Seri Muka Panda Yang Mudah Sedap Buat Makan Petang Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 388 hits
Kuih seri muka antara kuih tradisi yang sangat sedap Lapisan bawah terdapat pulut yang sangat lembut dan lapisan santanya lemak lemak manis Ramai yang nak belajar buat kuih ini tapi tak yakin kerana takut tak menjadi Jangan risau lagi keran...
Bukan Sekadar Makan Angin Di Sebalik Peningkatan Pelancong Ke Langkawi

Bukan Sekadar Makan Angin Di Sebalik Peningkatan Pelancong Ke Langkawi

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 234 hits
Menuruk pakar psikologi ramai yang menghadapi tekanan sejak pandemik melanda negara dan memerlukan sesuatu untuk meredakan stres Pelancong bersiar dan beriadah bersama keluarga di sekitar Pantai Cenang di Langkawi selepas kerajaan membenark...
8 Cara Nak Buat Bekas Kekasih Anda Menyesal

8 Cara Nak Buat Bekas Kekasih Anda Menyesal

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 228 hits
1 Untuk menyakitkan hati bila pakwe atau makwe anda minta break anda cakap kat dia camne Dah lama saya tunggu peluang ne Terima kasih banyak banyak la memudahkan kerja saya Lepas tu lompat lompat la sikit nak tunjuk anda gembira 2 Pulangkan...
Cara Mudah Buat Website Sendiri

Cara Mudah Buat Website Sendiri

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 305 hits
Hi Dah banyak artikel cara buat website sendiri Tetapi kadang kadang terlalu panjang untuk dihadam Jadi untuk artikel pertama saya di sini saya akan kongsikan cara buat website sendiri yang lebih mudah dan ringkas Supaya lebih mudah faham 2...
Cara Ubah Had Transaksi Maybank2u

Cara Ubah Had Transaksi Maybank2u

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 325 hits
Artikel di bawah menunjukkan cara ubah had transaksi Maybank2u melalui browser versi desktop yang menggunakan antaramuka lama Sekiranya anda mencari tutorial yang menggunakan interface baru rujuk artikel ini Cara Ubah Had Transaksi Maybank2...
Cara Mengatasi Ruam Popok Pada Bayi

Cara Mengatasi Ruam Popok Pada Bayi

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 226 hits
Ruam popok pada bayi biasanya akan hilang dalam beberapa hari namun ruam tetap dapat muncul kembali Gara gara ruam ini bayi Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation