Bukan Sekadar Daging Bahagian Organ Lain Gerenti Laris Dibuat Lauk
Daging lembu bila dilapah, bukan dagingnya sahaja sedap dimasak. Malahan bahagian lain termasuk organ dalamannya turut jadi kesukaan.
Limpa, babat atau perut, daging tetel dan daging tulang rusuk memang terlajak sedap bila dihidangkan , tak payah tunggu Raya dah. Cubalah resipi ini nanti
DAGING TETEL DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI
.
BAHAN-BAHAN :
600 gm daging tetel lembu4 batang serai | dititik1 liter santan200 gm rebung buluh | dibasuh bersih dan rebus separa empuk3 asam keping2 helai daun kunyit5 helai daun limau purut2 cawan airGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menumisBahan dikisar :
300 gm bawang merah100 gm kunyit hidup200 gm cili padiCARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air sehinga mendidih.
3. Setelah itu masukkan kunyit hidup, cili padi, serai, bersama daging tetel dan juga rebung.
4. Selepas itu masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan santan.
5. Biarkan ia betul-betul masak dan empuk hingga mendidih.
6. Setelah kuah menjadi pekat, kecilkan api dan biarkan mereneh dengan api yang kecil seketika, kacau kuah dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Lauk sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Rebung atau tunas buluh ini tinggi kandungan fiber dan enak
Anggaran kos :RM 23
INFO CHEF : Masak lemak cili padi biasa juga dimasak tanpa menumis bahan kisar. Masukkan terus dalam santan.
2. DALCA TULANG RUSUK
.
BAHAN-BAHAN :
1 kg tulang rusuk lembu | direbus dahulu300 gm kacang dhall | direndam dahulu30 gm halba campur5 gm daun kari500 ml santan200 gm serbuk kari ikan | tambah sedikit air jadikan pes200 gm serbuk kari daging | jadikan pesGaram dan gula secukupnyaMinyak untuk menumisBahan dikisar :
200 gm bawang merah100 gm bawang putih200 gm haliaBahan sayur-sayuran :
300 gm lobak merah | dipotong kecil200 gm kacang panjang | dipotong5 biji ubi kentang | dibelah baji300 gm kubis bungaCARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali/periuk. Tumiskan bahan -bahan dikisar bersama daun kari, halba campur hingga naik bau.
2. Masukkan pes kari ayam dan ikan dan tumis sekali hingga pecah minyak.
3. Masukkan kacang dhall yang telah direndam, tulang rusuk dan juga sedikit air.
4. Biarkan seketika dengan api sederhana dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, kacang panjang. Kemudian masukkan kubis bunga. Biar mereneh dengan api kecil.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan pula santan. Kacau sekali sekala
7. Sajian sedia dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Tulang rusuk memberikan rasa kuah yang lebih sedap
Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat dan juga nasi.
3. ASAM PEDAS EKOR
.
BAHAN-BAHAN:
300 gm Ekor Lembu|rebus dahulu100 gm bawang merah |kisar100 m kunyit Hidup |kisar100 gm cili kering |kisar50 gm bawang putih |kisar50 gm lengkuas |kisar2 batang serai |kisar1 batang Bunga Kantan4 tangkai Daun kesum5 biji tomato200 ml Asam Jawa50 gm Belacan |Dibakar30 gm Serbuk Jintan Putih30 gm Serbuk Jintan ManisGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Tumiskan bahan ikisar sehingga naik bau wangi
2. Kemudian masukkan cili kering dan serai
3. Masukkan ekor dan masak sampai lembut
4. Masukkan asam jawa,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,belacan
5. Akhir sekali masukkan garam,tomato,bunga kantan dan tomato
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 20 minit.
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi
Anggaran Kos : RM20
GULAI BABAT DAN REBUNG
.
BAHAN-BAHAN :
500gm babat lembu atau perut | cuci dan toskan, rebus hingga empuk5 batang serai, | dititik2 keping asam gelugor1 cawan rebung jeruk | cuci dan toskan500ml pati santanAir secukupnyaGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR HALUS :
20 biji cili padi kampung1.5 sm inci kunyit hidup5 biji bawang merah2 ulas bawang putih1 inci haliaCARA MEMASAK :
Babat dimasukkan ke dalam periuk, bersama bahan kisar halus, serai dan asam gelugor, gaul rata dan masak sekejap.Masukkan air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga babat sedikit lembut . Masukkan rebung, gaul rata dan masak lagi.Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu. Masak hingga babat lembut.Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 hingga 20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Babat yang kenyal memang sedap berganda dimakan dengan rebung
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Basuh babat dengan air kapur untuk hilangkan lagi bau hanyir.
Kredit resipi : Chef Asmar, UNITAR
KERUTUK LIMPA
BAHAN-BAHAN :
500gm limpaSantan pekat dari 1 biji kelapa2 sudu makan kerisikGaram dan gula secukup rasaBahan dikisar :
2.5sm halia2.5sm lengkuas10-15 biji bawang merh3 ulas bawang putih1 peket kecil rempah kerutukBahan ditumis :
5 kuntum bunga cengkih2 kuntum bunga lawing1.5sm kulit kayu manis3 biji buah pelaga4 sudu makan cili kisar1 biji bawang besar | dihiris halus1.5sm halia | dihiris halusCARA MEMASAK :
Panaskan minyak tumiskan bahan tumis hingga naik bau.Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.Masukkan limpa dan biarkan limpa itu separuh masak.Kemudian masukkan santan, kacau sebati dan perasakan dengan garam dan gula.Perlahankan api dan biarkan mereneh hingga pekat.Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 20 – 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa limpa seakan hati lembu tetapi teksurnya lebih lembut
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Memandangkan rasanya sedikit kenyal. Ia sesuai dimasak rendang, kerutuk atau masak hitam yang mengambil masa panjang dan api perlahan.
Kredit resipi : Chef Asma, UNITAR
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/bukan-sekadar-daging-bahagian-organ.html