Solat Kunci Kebahagiaan Penentu Kebaikan Amalan Lain


Solat Kunci Kebahagiaan, Penentu Kebaikan Amalan Lain! Solat adalah kunci kebahagiaan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Apabila dapat mencontohi Baginda SAW, sudah pasti kebahagiaan juga akan menjadi milik kita.
BACA: Keistimewaan Doa Setelah Tasyahud Akhir
Solat Kunci Kebahagiaan, Penentu Kebaikan Amalan Lain!
Bukan sahaja tuntutan melaksanakan solat fardu, Nabi SAW sangat menjaga solat sunat termasuk solat malam. Bagaimanapun, Baginda menasihatkan supaya setiap amalan itu dapat dilaksanakan secara berterusan.
Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kerjakanlah suatu amalan itu sesuai dengan kemampuan kalian kerana Allah tidak akan bosan sehingga diri kalian yang bosan, sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah yang dikerjakan secara terusmenerus walaupun sedikit.”
Apabila melakukan sesuatu amalan, Baginda akan mengerjakannya secara istiqamah.
Pada Ramadan lalu, kita sudah mendidik diri bukan sahaja untuk menjaga ibadat wajib semata-mata, tetapi berusaha menambah amalan sunat.
Dengan harapan, amalan itu ada kesinambungannya pada bulan seterusnya. Biarpun mula dengan sedikit, paling penting kita istiqamah melaksanakannya.
Bagi orang Mukmin, solat perlu didirikan dengan penuh khusyuk kerana itulah amalan pertama yang akan disoal pada hari akhirat kelak.
Apabila baik seluruh ibadat solat seseorang itu, maka sudah pasti yang lain juga dianggap baik.
Imam Al-Ghazali menyatakan di dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin, “Apabila solat dilakukan dengan sempurna, ia pasti diterima. Lain-lain amal juga diterima. Tetapi apabila terdapat kekurangan, solat dan lain-lain amalan dikembalikan kepada si pelakunya.”
Sahabat Nabi SAW memiliki kualiti ibadat solat yang sangat baik. Saidina Umar al-Khattab misalnya, pada siang hari beliau akan memanfaatkan masa dengan bekerja sebagai khalifah.
Pada malamnya, beliau bertaubat terhadap kesalahan serta dosa yang dilakukan ketika belum Islam.
Selepas memeluk Islam, beliau benar-benar berubah dan menjadi sahabat Rasulullah SAW.
Begitu juga dengan solat Saidina Ali bin Abi Talib. Apabila masuk waktu solat, badan Ali menggeletar dan wajahnya menjadi pucat.
Sahabat bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, ada apa yang tidak kena?”
Beliau menjawab, “Sudah datang amanah yang pernah ditawarkan Allah kepada langit dan gunung-ganang. Tetapi semuanya menolak daripada memikulnya. Tetapi aku berjaya memikulnya.”
Solat adalah rahmat dan kehormatan diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya. Khusyuk di dalam solat menjadi kenikmatan roh bagi orang yang mencintainya.
Sesiapa sahaja berpeluang dan dapat merasai kemanisan iman. Dalam konteks iman, Islam tidak membezakan umatnya berdasarkan kedudukan, kekayaan atau keturunan.
Contoh terbaik adalah Bilal. Beliau pada mulanya seorang hamba yang dibebaskan oleh Abu Bakar as-Siddiq.
Beliau dijamin syurga dan mendapat kemuliaan kerana sentiasa menjaga kebersihan fizikalnya dengan berwuduk sehingga dipanggil sebagai ahli wuduk.
Malah, setiap kali berwuduk, Bilal akan menunaikan solat sama ada wajib atau solat sunat.
Seperti diceritakan oleh Abu Bakar as-Siddiq, Nabi Muhammad SAW pernah berkata kepada Bilal pada waktu solat Subuh, “Wahai Bilal, cuba ceritakan kepadaku amal apakah yang paling kamu sukai dalam Islam. Ini kerana aku mendengar bunyi terompahmu di hadapanku nanti di syurga.”
Bilal menjawab: “Tiada amalan yang paling aku sukai melainkan apabila aku berwuduk siang atau malam, aku akan bersolat dengan wuduk itu seperti ditetapkan untukku.”
Sumber: Harian Metro
The post Solat Kunci Kebahagiaan, Penentu Kebaikan Amalan Lain! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/solat-kunci-kebahagiaan-penentu-kebaikan-amalan-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baleg Dpr Nilai Jokowi Cepat Terbitkan Surpres Revisi Uu Kpk Tapi Uu Lain Lamban

Baleg Dpr Nilai Jokowi Cepat Terbitkan Surpres Revisi Uu Kpk Tapi Uu Lain Lamban

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 206 hits
Pengesahan UU KPK ditolak masyarakat dan memicu demonstrasi di berbagai daerah dalam dua pekan terakhir Presiden pun didesak segera mengeluarkan Peraturan Pemerintah Pengganti Undang Undang KPK
Asyik Susukan Baby Je Elak Cakap Macam Ni Pada Ibu Menyusu Lain Bayi Lain Kehendaknya

Asyik Susukan Baby Je Elak Cakap Macam Ni Pada Ibu Menyusu Lain Bayi Lain Kehendaknya

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 501 hits
Bayinya merengek rengek menangis kelaparan dan Puan Siti terpaksa mencari lokasi atau bilik tertutup yang sesuai untuk menyusukan bayinya agar tidak lagi merengek rengek Berdasarkan situasi di atas siapa kata bahawa penyusuan bayi adalah se...
Boleh Ke Mengamalkan Mazhab Lain Selain Mazhab Syafiee Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Boleh Ke Mengamalkan Mazhab Lain Selain Mazhab Syafiee Ini Penjelasan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 498 hits
Ramai di antara kita mungkin pernah terfikir tentang beberapa soalan yang menjadi igauan mimpi seseorang Sesetengah orang melihat tukar tukar mazhab itu perkara biasa Tetapi kita sebagai manusia yang lemah munkgin akan mudah terpengaruh Seb...
Mengandung Ramai Bawa Rezeki Bukan Sebab Tak Ada Kerja Lain

Mengandung Ramai Bawa Rezeki Bukan Sebab Tak Ada Kerja Lain

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 496 hits
Sebelum bercakap dan bertanya sesuatu perkara kepada wanita hamil anda kena sentiasa ingat yang dia sedang melalui fasa perubahan hormon bentuk fizikal sehingga menjadikannya mudah menjadi sensitif Ambil tahu dan elakkan soalan soalan seper...
Lepas 60 Hari Bersalin Masih Berdarah Jangan Anggap Itu Nifas Ia Mungkin Masalah Lain

Lepas 60 Hari Bersalin Masih Berdarah Jangan Anggap Itu Nifas Ia Mungkin Masalah Lain

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 515 hits
Sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan darah nifas adalah perkara normal buat ibu bersalin Ia adalah discaj normal yang keluar daripada faraj wanita selepas bersalin yang mengandungi darah mukus tisu rahim Darah nifas boleh berla...
Baru Menikah Ol Cekik Istrinya Hingga Tewas Karena Sering Telepon Lelaki Lain

Baru Menikah Ol Cekik Istrinya Hingga Tewas Karena Sering Telepon Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 253 hits
Lantaran cemburu seorang suami tega menghabisi nyawa istrinya saat tertidur dengan mencekiknya Pasangan tersebut ternyata pengantin baru yang menjalani bahtera rumah tangga selama tujuh bulan Peristiwa itu diketahui pada Kamis setelah OL me...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month