Pedas Kerajaan Pn Kata Nak Jaga Melayu Islam Tapi Judi Bertambah Sany


 



April 18, 2021 Kemunculan dua klip video iklan judi raya yang tersebar ketika pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah sesuatu yang mengejutkan, kata Adun Taman Templer, Mohd Sany Hamzan.
Menurut ketua Biro Mobilisasi Amanah itu, ketika kerajaan PN sering mencanangkan mereka mahu membela Islam di negara ini, video judi raya itu timbul dan tersebar pada Ramadan untuk mengajak penganutnya berjudi.
“Sekarang ini negara kita diperintah oleh kerajaan PN […] tiada parti DAP dalam kerajaan ini. Yang ada adalah PAS.
“Ini sangat merisaukan dan mendukacitakan kita sebagai orang Islam-Melayu dalam negara kita ini, sebab kerajaan yang ada pada hari ini, dia menyatakan bahawa mereka adalah kerajaan Melayu-Islam yang nak jaga Islam, nak jaga Melayu,” katanya.
Selepas kecoh dengan kemunculan satu klip video perjudian semalam, kata Mohd Sany, hari ini muncul pula klip video kedua dengan matlamat sama – mengajak orang ramai berjudi.
Mohd Sany berkata demikian kepada media selepas keluar dari bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul tengah hari tadi. Sebelum itu dia mengiringi Naib Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi untuk membuat laporan polis berhubung penularan dua video berkenaan.
Dalam laporan itu, Ahmad Zamri menyifatkan dua video terbabit bukan sahaja mencemarkan kesucian Ramadan serta biadab, malah melanggar peruntukan undang-undang negara khususnya Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Perlu ambil tindakan segera
Bahkan, katanya video yang mempromosi judi secara terbuka itu juga boleh dianggap sebagai hasutan kepada orang awam khususnya umat Islam untuk terlibat dalam perjudian dalam talian.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis, Ahmad Zamri berkata, video kedua syarikat judi itu juga dihasilkan dengan latar belakang hari raya dan tular di media sosial.
Sebelum ini, klip video lagu raya pertama oleh sebuah syarikat judi dalam talian tular sejak semalam mengajak umat Islam berjudi pada bulan Ramadan bagi memenuhi keperluan hari raya.
Video berdurasi 2.48 minit itu memaparkan pelakon lelaki berbaju Melayu dan perempuan berbaju kurung, dan ada yang bertudung dengan lagu berkisar sambutan Aidilfitri.
Video kedua berdurasi 2.42 minit pula mula tersebar pagi ini dipercayai dihasilkan syarikat yang berbeza namun tampil dengan tema sama iaitu suasana menjelang hari raya.
Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi
 
Menurut Mohd Sany, orang ramai kini dapat melihat bagaimana sebuah “kerajaan tebuk atap” mahu membela orang Melayu dan Islam tapi gagal mengekang promosi judi.
“Seluruh rakyat Malaysia, lihatlah – inilah kerajaan tebuk atap, kerajaan PN yang dikatakan nak bela Melayu, nak bela Islam tapi judi terus bertambah,” kata Sany lagi.
Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia semalam memaklumkan mereka sudah telah berkomunikasi dengan penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube untuk menurunkan video pertama itu.
Pun begitu, kata Ahmad Zamri setakat pagi tadi video-video berkenaan masih lagi boleh diakses.
“SKMM perlu mengambil tindakan dengan segera kerana ini melibatkan sensitiviti kaum dan agama.
“Bukan hanya (terhadap) politik pembangkang saja mereka perlu ambil tindakan dengan segera, tapi ini isu yang besar yang perlu mereka ambil tindakan segera untuk menyekat penularan video ini,” kata Ahmad Zamri.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/pedas-kerajaan-pn-kata-nak-jaga-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Kata Kerajaan Dah Tak Banyak Duit Tapi Timbalan Menteri Pelancongan Baru Tetap Akan Dilantik Hari Ini

Muhyiddin Kata Kerajaan Dah Tak Banyak Duit Tapi Timbalan Menteri Pelancongan Baru Tetap Akan Dilantik Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 272 hits
April 16 2021 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan kesenian dan kebudayaan esok Saya bersyukur atas pelantikan ini tapi semestinya ada banyak kerja yan...
Walaun Pu Salleh Kata Pelakon Ni Melayu Dap Aku Nak Kata Ini Dapat Persetujuan Pas Kah Kah Pu Mesti Bodo Kan

Walaun Pu Salleh Kata Pelakon Ni Melayu Dap Aku Nak Kata Ini Dapat Persetujuan Pas Kah Kah Pu Mesti Bodo Kan

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 397 hits
Iklan judi raya Pelakon akui silap patut ambil tahu isi kandungan penggambaranFaris Danial RaziApril 16 2021 Saifullah Mohd Yunus mendedahkan dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses...
Rakyat Marah Kerajaan Pn Bukan Raja Raja Melayu Kata Ahli Akademik

Rakyat Marah Kerajaan Pn Bukan Raja Raja Melayu Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 352 hits
freemalaysiatoday com April 22 2021 7 30 AMPenganalisis berkata jika perintah darurat tidak lagi efektif mengawal penularan wabak Covid 19 Agong boleh memanggil mesyuarat Majlis Raja raja sama ada mahu menamatkan atau meneruskannya PETALING...
Iklan Judi Raya Sudah Jadi Kerajaan Pas Masih Gagal Pertahankan Islam

Iklan Judi Raya Sudah Jadi Kerajaan Pas Masih Gagal Pertahankan Islam

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 261 hits
MALAYSIA DATELINESetelah kerajaan Perikatan Nasional yang dianggotai Pas menaikkan kembali jumlah cabutan nombor ekor dari 8 kali kepada 22 kali umat Islam di Malaysia kini berdepan penghinaan dengan kewujudan satu video iklan raya yang mem...
Klip Video Lagu Raya Ajak Orang Ramai Main Judi Pelakon Melayu Juga Bersubahat Tak Hirau Sensitiviti Umat Islam

Klip Video Lagu Raya Ajak Orang Ramai Main Judi Pelakon Melayu Juga Bersubahat Tak Hirau Sensitiviti Umat Islam

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 1234 hits
Klip video lagu raya ajak orang ramai main judi pelakon Melayu juga bersubahat Tak hirau sensitiviti umat IslamJTangkapan skrin daripada video iklan raya mempromosikan aktiviti judi yang tular di media sosial KEMUNCULAN sebuah iklan yang me...
Lagi Iklan Judi Raya Dikesan Tular Keh Keh Keh Woiii Kerajaan Melayu Isle Kah Kah Kah

Lagi Iklan Judi Raya Dikesan Tular Keh Keh Keh Woiii Kerajaan Melayu Isle Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 398 hits
Fareez AzmanApril 16 2021 Video tersebut memaparkan dua pelakon masing masing seorang lelaki dan wanita menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri apabila mendapat wang daripada aktiviti perjudian Video tularVideo tersebut memaparkan dua ...
Tak Salah Unsur Melayu Islam Lebih Ditonjolkan Dalam Buku Teks Sejarah Kata Sejarawan

Tak Salah Unsur Melayu Islam Lebih Ditonjolkan Dalam Buku Teks Sejarah Kata Sejarawan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 397 hits
Sejarah adalah fakta yang perlu disampaikan secara telus dan jelas kata ahli sejarah PETALING JAYA Ahli sejarah berpendapat tidak salah jika unsur Melayu dan Islam lebih ditonjolkan berbanding etnik atau kaum lain dalam buku teks sejarah ne...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

Selesai Interview

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Pereka Fesyen Terkenal Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Penyertaan Dua Tokoh Politik Bukan Melayu Jadi Suntikan Moral Perkukuh Bersatu Pahang Menjelang Pru 16

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan