Bukan Saja Saja Rupanya Ini Sebab Bola Tenis Berwarna Kuning


Bukan Saja-Saja, Rupanya Ini Sebab Bola Tenis Berwarna Kuning
Bersukan merupakan satu aktiviti berfaedah yang boleh membantu seseorang menjadi lebih sihat. Selain itu, bersukan juga mampu mengeratkan hubungan antara ahli keluarga dan kawan-kawan.
Terdapat banyak sukan yang boleh dimainkan seperti badminton, ping pong, bola sepak, tenis dan sebagainya.
Tenis merupakan salah satu sukan yang kelihatan seolah sama dengan sukan badminton. Ia juga menggunakan raket dan bola khas yang berbentuk bulat serta berwarna kuning kehijauan.
Namun, adakah anda tahu mengapa bola tenis itu berwarna kuning kehijauan? Apa maksud di sebalik pemilihan warna itu? Baca perkongsian di bawah ini untuk tahu dengan lebih lanjut.
Sukan tenis wujud sejak bila? Sukan tenis merupakan salah satu sukan yang sering dimainkan pada abad ke-12 di negara Eropah seperti Perancis.
Awalnya, sukan ini diberi nama “jeu de paume” ataupun “permainan tapak tangan”. Hal ini kerana, pada awal abad sukan ini dimainkan, mereka memukul bola tenis tersebut menggunakan tangan.
Bukan itu sahaja, bahkan dahulu, raket tenis juga tidak digunakan sehingga akhir tahun 1800-an yang memperlihatkan tenis padang mula diperkenalkan.
Warna bola tenis sebelum warna kuning Untuk pengetahuan, pelbagai bahan telah digunakan untuk menghasilkan sebiji bola tenis.
Menurut perkongsian dari portal CNN Style, sebelum bola tenis berwarna kuning yang dimainkan hari ini digunakan, bola tenis sebelumnya diperbuat daripada kulit, kapur, lumut, bulu manusia, logam, bulu dan perut biri-biri.
Pada waktu itu juga, bola tenis merupakan buatan tangan. Namun, setelah akhir tahun 1800-an, bola tenis telah diseragamkan dengan teras getah yang dilitupi flanel. Maka, pada waktu itu, kebanyakan bola hanya berwarna hitam atau putih sahaja.
Kenapa kini bola tenis berwarna kuning? Bola berwarna putih berfungsi secara baik pada zaman  skrin TV berwarna hitam dan putih. Namun, setelah skrin TV berwarna dijadikan standard, bola tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas di kaca TV.
“Kajian mendapati warna kuning kehijauan yang terang merupakan warna yang lebih mudah dikesan oleh manusia. Warna itu juga warna yang lebih terang berbanding warna-warna yang lain terutamanya di skrin TV,” ujar Gill yang merupakan salah seorang jurulatih tenis profesional untuk TeachMe.To.
Individu pertama yang mendapati bahawa bola tenis berwarna putih tidak dapat dilihat dengan jelas di skrin TV berwarna ialah Davin Attenbourgh yang merupakan seorang eksekutif di BBC pada tahun 1960-an.
Menurut Gill lagi, ini bukan hanya berkenaan TV, tetapi otak kita tidak dapat melihat warna secara berasingan, jadi kita membezakan warna tersebut dengan latar belakang. Bola berwarna putih juga tidak dapat dilihat dengan jelas jika diletakkan dekat dengan baju berwarna putih atau awan di langit.
Bola berwarna hitam juga akan ditenggelamkan dengan bayang-bayang. Namun, warna kuning kehijauan atau neon akan lebih menyerlah di sebalik rumput, tanah liat, gelanggang dan macam-macam lagi.
“Kuning optik membuatkan pemain lebih mudah mengesan bola tersebut dengan lebih jelas dan dapat mengurangkan keletihan mata dan kesilapan,” ujar Gill lagi.
Namun, pada beberapa gelanggang yang mempunyai kontras warna yang lebih terang menjadikan ia sukar untuk dilihat oleh pemain.
BACA: Kisah Sebenar Di Sebalik Nama Stesen MRT “Kalantan Station” Di Thailand Peraturan rasmi ITF Menurut Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), bola tenis mestilah berwarna kuning atau putih. Tetapi, kebanyakan perlawanan menggunakan bola berwarna kuning sahaja sekarang ini. Bola berwarna merah, oren dan hijau pula boleh digunakan bagi tujuan latihan untuk pemula.
Justeru, warna kuning menjadi salah satu peraturan rasmi yang  perlu diikuti oleh semua pemain.
Untuk memenuhi kriteria permainan, bola mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ini tidak merangkumi warna sahaja, namun turut merangkumi saiz, berat, bentuk dan lantunan.
Biasanya, saiz yang sering digunakan adalah 6.54cm hingga 6.86cm. Untuk berat pula, 56g hingga 59.4g.
Bagi lantunan dari tempat tinggi pula adalah 135cm hingga 147cm apabila dijatuhkan dari jarak 254cm. Namun, keadaan ini boleh berubah sekiranya gelanggang yang digunakan berlainan jenis.
Bola tenis sebenarnya kuning atau hijau? Sebenarnya, persoalan ini masih belum mempunyai jawapan yang tepat. Menurut Bill lagi, biasanya ia dipanggil sebagai kuning optik. Namun, warnanya berada di tengah-tengah antara hijau dan kuning. Mata kita akan mentafsir warna tersebut berdasarkan cahaya dan konteks.
Tetapi, jika anda ingin lebih spesifik, Pantone Matching System juga menjelaskan rona tersebut sebagai safety yellow. Warna tersebut berada di dalam kategori warna kuning kehijauan.
Bolehkah warna kuning digantikan dengan warna lain? Walaupun ada beberapa ujikaji telah dijalankan dengan warna lain, tidak ada satu pun warna yang boleh mengantikan warna kuning asalnya. Ujar Gill lagi, warna kuning tersebut merupakan warna yang boleh dilihat oleh semua orang dan telah diketahui sebagai identiti sukan ini.
“Mungkin warna neon lain seperti oren dan merah jambu boleh menggantikan warna ini, namun ia perlu dipersetujui oleh ITF terlebih dahulu,” tambah Gill.
BACA: Perjuangan Rakyat Kesultanan Melayu Melaka & Palestin, Dua Zaman Satu Persamaan Sumber: Reader’s Digest, CNN Style
The post Bukan Saja-Saja, Rupanya Ini Sebab Bola Tenis Berwarna Kuning appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/24/bukan-saja-saja-rupanya-ini-sebab-bola-tenis-berwarna-kuning/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakam Lelaki Random Saja Saja 4 Tahun Lepas Tak Sangka Rupanya Jodoh

Rakam Lelaki Random Saja Saja 4 Tahun Lepas Tak Sangka Rupanya Jodoh

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 166 hits
Rakam Lelaki Random Saja saja 4 Tahun Lepas Tak Sangka Rupanya Jodoh Betullah orang cakap jodoh itu memang rahsia Tuhan Kadang kadang tanpa kita sedar seseorang yang cuma lalu sekejap dalam hidup kita rupanya itulah insan yang tertulis menj...
Akademi Bola Sepak Fk Sarajevo Kini Akademi Bolasepak Fk Sarajevo Tunku Mahkota Ismail

Akademi Bola Sepak Fk Sarajevo Kini Akademi Bolasepak Fk Sarajevo Tunku Mahkota Ismail

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 169 hits
Akademi Bola Sepak FK Sarajevo Kini Akademi Bolasepak FK Sarajevo Tunku Mahkota Ismail Kelab Bola Sepak Sarajevo mengumumkan bahawa akademi bola sepaknya kini secara rasmi dinamakan sebagai Akademi Bola Sepak FK Sarajevo Tunku Mahkota Ismai...
Dari Formula 1 Ke Bola Sepak Kalendar Acara 2025 2026 Jeddah Yang Penuh Sesak

Dari Formula 1 Ke Bola Sepak Kalendar Acara 2025 2026 Jeddah Yang Penuh Sesak

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 218 hits
Jeddah semakin menjadi bandar hiburan dan sukan bertaraf dunia Ia menawarkan kalendar acara yang pelbagai sepanjang tahun termasuk sukan permotoran bola sepak dan tenis menjadikannya destinasi wajib dikunjungi bagi mereka yang mahukan penge...
Debut Gemilang Malayan Tigress Era Baru Bola Sepak Wanita Malaysia

Debut Gemilang Malayan Tigress Era Baru Bola Sepak Wanita Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 157 hits
Menyambut Debut Malayan Tigress Pemain pertahanan Malayan Tigress Tegen Butler telah mencatatkan dua penampilan dengan pasukan kebangsaan dalam dua perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong yang berlangsung di Pusat Latihan Bola Se...
Nampak Alim Macam Cerdik Tapi Bengong Juga Rupanya Patut Yang Bawah Bawah Ni Pun Tak Paham

Nampak Alim Macam Cerdik Tapi Bengong Juga Rupanya Patut Yang Bawah Bawah Ni Pun Tak Paham

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 137 hits
Pemimpin Pas rupanya masih tak faham BUDI95 tapi sembang pasal ghararHarapandailyOctober 15 2025Pemimpin Pas dilihat masih tidak memahami pelaksanaan subsidi petrol RON95 walaupun inisiatif BUDI MADANI RON95 telah lama bermula sejak 30 Sept...
Fifa Arena Malaysia Menandakan Era Baru Untuk Sepak Bola Tanah Air

Fifa Arena Malaysia Menandakan Era Baru Untuk Sepak Bola Tanah Air

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 185 hits
Presiden FIFA Merasmikan FIFA Arena Pertama di Malaysia Hari ini Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa Gianni Infantino telah merasmikan FIFA Arena yang pertama di Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana Kelana Jaya Selangor Majlis ...
Ingat Ketua Pemuda Berilmu Rupanya Tak Dak Ilmi Ilmi Bukan Sekadar Lulusan Universti Tapi Pengetahuan Lain Ilmiah

Ingat Ketua Pemuda Berilmu Rupanya Tak Dak Ilmi Ilmi Bukan Sekadar Lulusan Universti Tapi Pengetahuan Lain Ilmiah

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 155 hits
Gunalah akal yang waras bila mengomen bukan dengan kebencian dan permusuhan 1 Pelaku baru di peringkat suspek masih dalam siasatan polis belum didakwa atau disabitkan kesalahan merogol 2 Siapa saja yang telah mendaftar untuk menduduki SPM t...
Pm Anwar Bincang Usaha Perkukuh Ekosistem Bola Sepak Dengan Presiden Fifa

Pm Anwar Bincang Usaha Perkukuh Ekosistem Bola Sepak Dengan Presiden Fifa

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 254 hits
PM Anwar Bincang Usaha Perkukuh Ekosistem Bola Sepak Dengan Presiden FIFA KUALA LUMPUR 25 Okt Dalam kesibukan jadual menerima kunjungan pemimpin antarabangsa di Putrajaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa ber...
Mcmc Siasat Aduan Liputan Di Sibu Sahkan Rangkaian Stabil Kecuali Gangguan Sementara Akibat Insiden Bekalan Elektrik

Drama Bad Cop

Tiada Syarat 80 Peratus Kandungan Tempatan Dalam Lesen Penyiaran Mcmc

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

Anwar Makes High Stakes Bid To Boost Pkr S Fortunes In Sabah

Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Sukar Bernafas Punca Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital

Selangor Beri Rebat Cukai Pbt Untuk Rumah Dengan Fasiliti Mesra Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Udeng Dan Kain Raya

Abadikan Gambar Beramai Ramai Dalam Wall Blog

Semalam Si Kakak Exam Amali Fizik

Irresistible Lutong Pinoy Beef Mechado Recipe

Genap Sebulan Aiza Menemani

Tiada Perkara Yang Mudah Tanpa Usaha