Bisikan Suruh Campak Anak Chiwan Kongsi Detik Cemas Isteri Kemurungan Ketika Dalam Pantang


Kelahiran cahaya mata pertama selalunya menjadi detik paling membahagiakan buat pasangan suami isteri. Tapi bagi pelawak dan penyampai radio Suria FM, Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri, 39, kenangan selepas kelahiran anak sulungnya sangat mencabar dan sukar dilupakan.
Baru sahaja enam bulan bergelar bapa, Chiwan berkongsi bahawa isterinya, Amira Ayuni Hashim, pernah melalui pengalaman gangguan emosi ketika berpantang yang ramai kenal sebagai meroyan.

“Dia Dengar Bisikan Aneh Dua Minggu Lepas Bersalin…” Chiwan mendedahkan, sekitar dua minggu selepas melahirkan bayi perempuan mereka, Canteq Kesuma, Amira mula menunjukkan perubahan emosi yang sangat ketara.
“Dia cakap ada bisikan… bisikan tu suruh campak anak. Masa tu dia nampak serabut dan ketakutan. Memang dia tak buat, tapi dia risau kalau satu hari dia tak boleh kawal diri,” cerita Chiwan dengan nada serius.
Sebagai suami, pada mulanya Chiwan sukar untuk percaya sepenuhnya, tapi naluri sebagai bapa dan pasangan membuatkan dia terus mengambil berat dan tak memandang remeh.
“Saya ni jenis susah nak percaya benda-benda macam ni. Tapi saya tak abaikan. Kalau benda tu betul-betul jadi, saya juga yang salah.”
“Apa-apa berlaku, telefon saya…” Chiwan mengambil pendekatan paling wajar – sentiasa ada di sisi, dan memberi ruang untuk isterinya meluahkan segala yang terbuku di hati.
“Saya pesan pada dia, jangan ikut sangat bisikan tu. Saya kata Allah ada, saya pun ada. Apa saja yang dia rasa, boleh cerita. Semua boleh bincang.”
Walaupun perlu keluar bekerja, Chiwan tetap risau memandangkan Amira dan bayi tinggal berdua di rumah, tanpa ahli keluarga lain bersama.
“Kami tak ada adik-beradik dekat. Mak ayah dia pula di Klang. Jadi memang risau kalau tinggal dia seorang.”

Nasib menyebelahi mereka apabila Amira dijaga oleh seorang kakak confinement lady (CL) sepanjang tempoh berpantang. Menurut Chiwan, dialah satu-satunya individu yang dia benar-benar harapkan untuk pantau dan bantu isterinya waktu itu.
Jangan Pandang Ringan Masalah Emosi Ibu Berpantang Kata Chiwan, walaupun keadaan ketika itu menakutkan, gangguan yang dialami isterinya tidak sampai ke tahap terlalu serius, dan mereka bersyukur Amira kini kembali stabil.
Namun, pengalaman itu membuka mata Chiwan tentang betapa pentingnya kesihatan mental ibu selepas bersalin.
“Ramai tak tahu, meroyan ni bukan sekadar ibu murung atau marah-marah. Kadang-kadang sampai dengar suara halus, ada yang rasa nak cederakan diri sendiri dan bayi. Tapi semua tu boleh dibantu, kalau cepat bertindak.”
“Isteri saya kuat, dan saya bersyukur sebab saya tak ambil mudah. Harap lebih ramai suami buka mata.”
Meroyan BUKAN Mitos! 😟 Ibu termenung lama-lama?
😢 Tiba-tiba menangis tak tentu arah?
🤯 Mengadu dengar suara pelik atau rasa takut nak dekat dengan anak?
Tolong jangan anggap itu perkara biasa. Itu mungkin tanda Psikosis Postpartum, sejenis gangguan mental selepas bersalin yang sangat serius – tapi boleh dirawat dengan bantuan pakar.
Semoga kisah ini jadi pedoman buat ibu bapa lain di luar sana.
The post “Bisikan Suruh Campak Anak…” – Chiwan Kongsi Detik Cemas Isteri Kemurungan Ketika Dalam Pantang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bisikan-suruh-campak-anak-chiwan-kongsi-detik-cemas-isteri-kemurungan-ketika-dalam-pantang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bibir Bertukar Warna Ibu Sebak Kongsi Detik Cemas Anak Sakit Dalam Pesawat Tindakan Kru Airasia Dipuji

Bibir Bertukar Warna Ibu Sebak Kongsi Detik Cemas Anak Sakit Dalam Pesawat Tindakan Kru Airasia Dipuji

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 130 hits
Tiada apa yang lebih mendebarkan hati seorang ibu selain melihat anak kecil kesayangan tiba tiba jatuh sakit lebih lebih lagi ketika berada ribuan kaki di udara Itulah detik cemas yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu apabila bayi perempua...
Kalau Nak Tarik Tolonglah Lepas Anak Besar Ngeri Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dalam Kapal Terbang Batik Air

Kalau Nak Tarik Tolonglah Lepas Anak Besar Ngeri Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dalam Kapal Terbang Batik Air

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 141 hits
Sebuah pesawat Batik Air nyaris mengalami nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta pada Sabtu selepas cuaca buruk melanda kawasan tersebut Pesawat jenis Boeing 737 dengan nombor pendaftaran PK LDJ itu dilaporkan...
Serba Tak Kena Jadi Sakit Kepala Jangkitan Di Luka C Zer Elisya Sandha Kongsi Kisah Pantang Anak Kedua

Serba Tak Kena Jadi Sakit Kepala Jangkitan Di Luka C Zer Elisya Sandha Kongsi Kisah Pantang Anak Kedua

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 131 hits
Elisya Sandha pelakon dan menantu kepada Sheila Rusly berkongsi pengalaman getir selepas melahirkan anak keduanya Bahtera ElHaq Hasil perkahwinannya bersama Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021 pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Bunga...
Bukan Hfmd Bukan Demam Biasa Ibu Kongsi Detik Cemas Bayi Kena Penyakit Kawasaki Biji Mata Merah

Bukan Hfmd Bukan Demam Biasa Ibu Kongsi Detik Cemas Bayi Kena Penyakit Kawasaki Biji Mata Merah

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 152 hits
Apa perasaan ibu ayah bila si kecil demam tak kebah kebah Panik Risau Itu normal Tapi bayangkan kalau demam itu rupa rupanya petanda kepada penyakit misteri yang boleh serang jantung anak Seram kan Inilah yang berlaku kepada si kecil comel ...
Lakukan Amang Seksual Terhadap Adik Ipar Ketika Isteri Sarat Mengandung

Lakukan Amang Seksual Terhadap Adik Ipar Ketika Isteri Sarat Mengandung

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 136 hits
MOHD SHARKAWI LONDINGBAPA dua anak didakwa mencabul kehormatan adik iparnya di Mahkamah Muar hari ini MUAR Seorang pekerja kedai buah yang bakal menimang cahaya mata ketiga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas per...
Hampir 24 Jam Isteri Lawan Sakit Ade Govinda Syukur Anak Lelaki Selamat Dilahirkan

Hampir 24 Jam Isteri Lawan Sakit Ade Govinda Syukur Anak Lelaki Selamat Dilahirkan

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 126 hits
Komposer dan penyanyi terkenal Indonesia Ade Govinda tidak mampu menyembunyikan rasa sebak dan syukur selepas isterinya Indi Arisa selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka seorang bayi lelaki yang diberi nama Karel Berkongsi pengalaman ...
Biar Sederhana Asalkan Anak Hidup Dalam Kalam Allah 13 Anak Hafaz Al Quran Suami Isteri Luar Biasa

Biar Sederhana Asalkan Anak Hidup Dalam Kalam Allah 13 Anak Hafaz Al Quran Suami Isteri Luar Biasa

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 173 hits
Pasangan yang cukup luar biasa Pasangan suami isteri Mohd Rizuhan Jaafar dan Hasnah Salleh yang dikurniakan 13 cahaya mata memberi inspirasi kepada ramai bila mana lapan daripada anaknya berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al Quran Manakala...
Suami Isteri 4 Anak Termasuk Bayi 6 Bulan Tak Balik Rumah Gagal Dikesan

Suami Isteri 4 Anak Termasuk Bayi 6 Bulan Tak Balik Rumah Gagal Dikesan

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 159 hits
Zuliaty ZulkiffliMohd Azim Ezzat bersama isteri dan empat anak mereka yang dilaporkan hilang sejak semalam Foto ihsan Nur Adliah ShuhadaJITRA Sepasang suami isteri bersama empat anak mereka berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun di...
Isteri Amy Search Kongsi Momen Menarik Di Ibu Pejabat Polis Shah Alam

Isteri Amy Search Kongsi Momen Menarik Di Ibu Pejabat Polis Shah Alam

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 134 hits
Amy Search dan Isteri Lawat Ibu Pejabat Polis Shah Alam PETALING JAYA Terdapat tanda tanya mengenai kunjungan isteri kepada penyanyi terkenal Datuk Amy Search Datin Norhasniza Hassan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada pagi Rabu 16 J...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video

Where Would You Be Having Your Next Meal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Tabarakallah Kelebihan Cara Penggunaan

Cara Memasak Telur Separuh Masak

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Validating Startups Market Research

Rindu Yang Tak Bertepi Setahun Tanpa Tokwan

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin