Cara Solat Di Atas Bot Yang Betul



Bagaimanakah cara solat di atas bot?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat di atas bot secara lengkap, mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.
Apa yang istimewa:
Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.
Gambar pelaksanaan solat dalam situasi ini juga disertakan untuk membantu anda memahami dengan lebih jelas..

Isi Kandungan: Pengenalan Kaedah berwuduk di atas bot Penentuan arah kiblat Ruang solat di atas bot Pergerakan bot Cara bersolat di atas bot  
Pengenalan Satu keadaan yang agak berbeza di atas bot berbanding di dalam kenderaan darat adalah ayunan bot di atas air.
Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan ketidakseimbangan malah seringkali menyebabkan mabuk laut.
Daripada Abdullah Ibnu Umar RA, beliau telah bertanya seorang sahabat kepada Rasulullah SAW:
“Bagaimana cara solat di dalam perahu? Rasulullah SAW menjawab: Bersolatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam”
— Riwayat al-Bazzar dan Daruqutni
Hadis di atas adalah sebagai dalil bolehnya bersolat di atas kenderaan tidak kira apa jenis kenderaan itu sekalipun kerana pelajaran hadis (illat) bukanlah berkenaan hukum perahu, tetapi berkenaan kebolehan pelaksanaan solat di atas kenderaan.
Diambil daripada perbuatan Rasulullah SAW dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas kenderaan tunggangan mereka.
Hadis berikut menerangkan Rasulullah SAW dan sahabat Baginda pernah solat di atas tunggangan mereka bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam cuaca hujan lebat.
Ya’la bin Murrah RA menerangkan bahawa para sahabat pernah menyertai Rasulullah SAW dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah, sedang beliau berada di atas kenderaannya dan langit pula sangat mendung dan dibawahnya sangat basah.
Kemudian datang waktu solat lalu beliau memanggil tukang azan lalu dia azan dan iqamat.
Lantas, Rasulullah SAW terus maju dengan kenderaannya dan solat berjemaah bersama mereka (para sahabat). Beliau memberi isyarat yang sujudnya lebih rendah daripada rukuknya.
Dua hadis di atas jelas membolehkan solat-solat fardu dilaksanakan di atas kenderaan dan jikalau seseorang itu menghadapi kesukaran, maka solat dilaksanakan secara duduk.
Demikianlah teladan yang diriwayatkan daripada para sahabat seperti Anas bin Malik, Jabir, Tawus, Zaid dan lain-lain.
Solat sebegini adalah tetap sah jikalau kesulitan itu adalah benar-benar ikhlas dan tidak perlu diulangi.
Akan tetapi, jikalau tidak menghadapi kesukaran dan dia bersolat secara duduk di atas kenderaan, maka solatnya itu adalah tidak sah kerana dianggap sengaja mengabaikan serta meremehkan rukun kewajipan solat.
Demikian menurut ijmak para fuqaha mazhab asy-syafie, Maliki, Hanbali dan lain-lain.
Imam an-Nawawi mensyarahkan,
Menurut pendapat mazhab kami (mazhab asy-syafie), apabila seseorang bersolat fardu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dengan duduk  selama sanggup berdiri. Diserupakan orang itu dengan keadaan di darat.”
Demikian juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, boleh dikerjakan dengan duduk kalau kapal itu sedang bergerak.
Menurut pendapat ulama-ulama mazhab asy-Syafie, jika orang yang sedang solat itu mabuk laut, maka dibolehkan dia mengerjakan solat fardunya sambil duduk kerana dia dipandang sebagai tidak berupaya berdiri.
Dan jika angin bertiup dan beralih haluan kapal, lalu beralih juga mukanya dari kiblat, wajiblah dia memutarkan badannya ke arah kiblat itu dan terus mengerjakan solat.
 
Kaedah Berwuduk Di Atas Bot Di atas bot, wuduk boleh dilaksanakan menggunakan air bersih, air sungai atau air kolam di sekeliling bot.
Abu Hurairah RA berkata, seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, kami berada di atas kapal, kami hanya membawa sedikit air yang jikalau kami gunakan untuk berwuduk, nescaya kami akan mati kehausan. Bolehkah kami berwuduk dengan air laut?” Rasulullah SAW menjawab, “Air laut itu suci airnya dan halal bangkainya”.
— Riwayat an-Nasa’i
 
Penentuan Arah Kiblat di Atas Bot Untuk solat di atas bot, penumpang hendaklah yakin dengan kedudukan arah kiblat dan sekurang-kurangnya mereka hendaklah solat mengadap kiblat ketika takbiratul ihram.
 
Ruang Solat di Atas Bot Ruang di atas bot berkait dengan saiznya.
Biasanya, ruang di atas sampan dan bot fiber lebih sempit dan lebih kecil berbanding dengan ruang di atas kapal.
Ruang untuk solat lebih luas dengan adanya dek dan bilik.
Solatlah dalam keadaan yang selesa sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau baring, bergantung pada keadaan.
Utamakan keselamatan diri dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.
 
Pergerakan Bot Sebaik-baiknya solatlah dalam keadaan duduk (boleh memegang bot dengan satu tangan) untuk mengelakkan kemudaratan sekiranya hilang keseimbangan badan ketika bersolat.
Boleh juga solat secara baring sekiranya mengalami mabuk laut yang teruk dan tidak dapat duduk.
 
Kaedah Cara Solat di Atas Bot 1. Berdiri dengan betul sekiranya berupaya. 2. Jika tidak berupaya, laksanakan dengan duduk seperti tahiyat awal atau tahiyat akhir. 3. Jika tidak mampu juga, hendaklah duduk dengan apa cara duduk yang boleh, sekalipun duduk di tepi bot. 4. Ketika berniat dan bertakbiratul ihram, hendaklah mengadap kiblat. 5. Selepas itu, teruskanlah solat dalam keadaan berdiri ataupun duduk. 6. jika tidak boleh, maka berniat dan bertakbirlah mengikut arah mana seseorang itu sedang duduk. 7. Dalam keadaan duduk, rukuk dilakukan dengan menurunkan anggota mulai kepala hingga pinggang, separuh daripada keadaan sujud, sementara dua tapak tangan di atas bahagian lutut. 8. Sujud dilakukan seperti biasa jika boleh. Jika sujud tidak dapat dilakukan seperti biasa kerana tidak boleh bergerak daripada tempat duduk atau tiada ruang yang membolehkan sujud, maka turunkan anggota kepala hingga ke pinggang ke arah lantai di paras semaksima yang boleh, sementara dua tapak tangan diletakkan di mana-mana tempat yang boleh. 9. Dalam keadaan kepala tidak dapat digerakkan, gantikan perbuatan rukuk dengan memejamkan mata pada kadar separuh pejam manakala untuk sujud, pejamkan mata sepenuhnya. 10. Duduk tahiyat sama ada awal atau akhir, hendaklah duduk dengan apa sahaja cara yang boleh. 11. Memberi salam di akhir solat.  
Penutup Bersolatlah walau dimana sahaja.
Hatta dibelakang unta sekalipun.
Solat menjadi penghubung secara langsung antara manusia dengan Allah SWT.
Tidak ada ibadah lain yang lebih utama daripada solat dalam menghubungkan hamba dengan Tuhannya.
Yang pertama dihisab dari amalan hamba pada hari kiamat adalah solatnya
– Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah
Sumber rujukan saya untuk panduan ini adalah buku praktik solat waktu kritikal, yang ditulis Dr. Haji Ahmad Nasir Mohd Yusoff.
Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.
InsyaAllah.
The post Cara Solat Di Atas Bot Yang Betul (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-di-atas-bot/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Minum Madu Lebah Dengan Betul

Cara Minum Madu Lebah Dengan Betul

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 437 hits
Cara minum madu lebah dengan betul Dr Hisham bin Hashim seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu dulu Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW Mengamalkan pem...
Ini Cara Yang Betul Nak Dapatkan Kebaikan Dari Bawang Putih

Ini Cara Yang Betul Nak Dapatkan Kebaikan Dari Bawang Putih

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 647 hits
Ini cara yang betul nak dapatkan kebaikan dari bawang putih Kita tau bawang putih dan bawang merah banyak khasiat selain penyedap dalam masakan Tapi mungkin tak ramai yang tahu cara yang betul nak dapatkan khasiat bawang ini sepenuhnya Jadi...
Cara Mudah Solat Jenazah Panduan Ringkas

Cara Mudah Solat Jenazah Panduan Ringkas

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 516 hits
Cara Solat JenazahApabila ada kematian akan dilakukan solat jenazah untuk si mati Solat jenazah ni adalah fardhu kifayah Maknanya apabila ada kematian di sesuatu kawasan sepatutnya kita sama sama mengerjakan solat jenazah bagi si mati untuk...
Jodoh Jika Kita Membawakan Cinta Kita Dengan Cara Betul Insha Allah Dipermudahkan

Jodoh Jika Kita Membawakan Cinta Kita Dengan Cara Betul Insha Allah Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 734 hits
AssalamualaikumAwan berarak seolah mengikuti kita hati selalu sepi Otak ligat memikirkan soal kehidupan Hati ini penat untuk mengawal semua perasaan yang ada Nak cari jodoh jom daftar di sini Kita sering memilih mengikut emosi kita apa yang...
Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 472 hits
Apa yang kita tanam itulah yang anak akan tuai Kelembutan kasih sayang tidak bermaksud tidak boleh memarahi Kita sebagai ibu bapa perlu mempelajari bagaimana memarahi mendisiplin dan menghukum anak anak dengan kelembutan kasih sayang Ini ad...
7 Cara Mudah Menunaikan Solat Di Awal Waktu

7 Cara Mudah Menunaikan Solat Di Awal Waktu

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 397 hits
Muslim praying in Sujud posture Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam Walaupun sakit dan masih sedar serta waras solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa gerakan asal ...
Solat Jenazah Atas Bayi Yang Gugur

Solat Jenazah Atas Bayi Yang Gugur

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 453 hits
SOALAN Adakah wajib melakukan solat jenazah atas bayi yang gugur JAWAPAN Apabila adalah yang gugur itu zahir atasnya tanda tanda hidup seperti bersuara ketika keluarnya atau bergerak gerak maka wajiblah solat atasnya Ada pun apabila tidak a...
Susah Betul Nak Hancur Rupanya Macam Ni Cara Buat Bulu Tangkis Untuk Match Taraf Antarabangsa

Susah Betul Nak Hancur Rupanya Macam Ni Cara Buat Bulu Tangkis Untuk Match Taraf Antarabangsa

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 438 hits
Jika menonton perlawanan badminton apa yang menjadi perhatian adalah bulu tangkis yang bergerak dari satu arah gelanggang ke gelanggang yang bertentangan Perkara ini kerana bulu tangkis merupakan elemen terpenting dalam sukan bertaraf dunia...
Farah Atas Bot Di Sungai Sentuh Air Tiba Tiba Isteri Arwah Pitt Hanif Kongsi Saat Cemas Pertemuan Terakhir

Farah Atas Bot Di Sungai Sentuh Air Tiba Tiba Isteri Arwah Pitt Hanif Kongsi Saat Cemas Pertemuan Terakhir

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 434 hits
Genap lima hari pemergian Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif isteri beliau Farah Ahmad menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang usaha pencarian suaminya itu Kenyataan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba