Bantah Jawi Pemimpin Dap Tidak Tamadun Keluar



Bantah jawi: 138 pemimpin DAP patut keluar Malaysia?
PERNGAI DAP yang berterusan menolak dan merendah-rendahkan tulisan jawi bukanlah perkara baharu. 
Kita masih ingat kebiadapan 4 Ahli Parlimen DAP pada tanggal 14 Febuari 2008 yang telah menyerahkan memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada waktu itu, Datuk Abdul Hakim Borhan menggesa agar DBKL menurunkan semula papan tanda jalan yang tertera tulisan jawi bersama dengan tulisan rumi pada simpang simpang jalan. Mereka adalah Tan Seng Giaw, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Teresa Kok.
Antara gesaan biadap dalam memorandum berkenaan berbunyi, “Kuala Lumpur merupakan ibukota yang mempunyai pelbagai kaum, ramai penduduk di Kuala Lumpur langsung tidak faham tulisan jawi, kenapakah DBKL memasukkan tulisan yang kebanyakan orang tidak faham dalam papan tanda jalan di Kuala Lumpur?”.Mereka tidak sedar barangkali, majoriti besar orang Melayu yang bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor sendiri juga tidak faham bahasa Cina, tetapi dalam memorandum berkenaan mereka cadangkan tulisan berkenaan dimasukkan ke papan papan tanda jalan. Ini bukanlah ayat rasis, tetapi ianya dilempar supaya otak DAP mereka sedikit terbuka untuk berfikir dalam asas rasional dan logik.Tulisan jawi bukanlah benda baharu. Ia sudah lama wujud malahan ramai ilmuan dan ahli pakar sejarah menyebut bahawa tulisan ini sudahpun digunakan di Kepulauan Melayu sejak 700 tahun lampau. Seperti mana Kaligrafi Cina dan Tulisan Sanskrit yang mempamerkan kayanya seni serta peradaban sesuatu bangsa, begitu juga dengan tulisan jawi. 
Ia wujud serentak dengan kelahiran kerajaan-kerajaan silam iaitu Pasai, Acheh, Daya, Geresik, Perlak dan juga di Tanah Melayu. Setelah itu, dalam era seterusnya ia menjadi tulisan utama di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Indonesia, Selatan Thai sehinggalah ke Sri Lanka. Ya, di Sri Lanka pernah diterbitkan akhbar Melayu (Jawi) yang dinamakan Alamat Langkapuri sejak tahun 1869 Masihi.Bagi negara Malaysia sendiri yang kita sayangi ini, sehingga abad ke 20 Masihi telah lebih daripada 10,000 naskhah manuskrip Jawi dihasilkan. Ia merangkumi teks bagi undang undang tubuh kerajaan-kerajaan negeri dan antara yang agung adalah Teks Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 2 Ogos 1987. 
Di Sarawak sendiri sewaktu pentadbiran Inggeris, banyak teks teks kerajaan ditulis menggunakan Tulisan Jawi. Ini juga dapat dilihat berlaku di Negeri Negeri Melayu Yang Tidak Bersekutu yang mana mereka menggunakan tulisan ini dalam urusan rasmi harian.Diakui oleh ramai sarjana dalam banyak kajian bahawa masyarakat lampau yang menguasai Tulisan Jawi akan lebih mudah memahami bahasa Arab dan juga mempelajari Al-Quran. Ini yang menjadi asas tunjang kepada akidah orang Melayu di negara ini. Lalu, kenapakah DAP begitu berani menyentuh hal-hal sebegini? Kalaulah orang Melayu yang cuba mencampuri urusan pendidikan kaum lain, sudah pasti akan digelar dengan perkataan rasis serta perkauman. Tetapi bagi pemimpin DAP?Melihat kepada usaha berterusan oleh DAP, adakah boleh dikatakan ia usaha terancang dan secara komited mahu mencabut asas Islam itu sendiri? Kita telah dengar bagaimana Turki Moden yang mana rakyatnya mulai dijauhkan daripada tulisan Arab yang dekat dengan Al Quran serta Hadis, akhirnya fahaman sekularisme dan liberal mudah meresap ke dalam jiwa generasi baru mereka. Terbaru kecoh apabila dikatakan Ahli Parlimen DAP bagi Kepong menyebut ayat yang sangat tidak enak, "Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kita dengan memperkenallan khat. 
Tolonglah." Lim Lip Eng menyamakan tulisan jawi sama dengan tahi lembu? Beliau kemudiannya ada menafikan tulisan ini dan mengugut untuk menyaman Harakah, meskipun merata-rata tular tangkapan skrin yang memaparkan beliau telah menyunting dan membuang perkataan “tahi lembu” berkenaan.Jika benar terbit perkataan hina sebegini oleh seorang ahli Parlimen DAP, dan juga kes kes lama melibatkan tulisan jawi serta tajamnya tekanan oleh pimpinan DAP, diharapkan pimpinan Melayu dalam PH boleh menegur dan memberi amaran. Awal Mei lalu, Anwar Ibrahim menegur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang menggunakan istilah ‘food bank’ dalam beberapa program yang dianjurkannya. Saifudin Nasution ditegur. Baguslah. Tetapi DAP hari ini jauh lebih teruk menekan Tulisan Jawi yang menjadi asas akar umbi Bahasa Melayu sejak zaman berzaman, maka bersuaralah pimpinan Melayu PH. Jangan berdiam diri.Adakah perlu digerakkan himpunan Keranda 152 untuk kali yang keempat? Jika dahulu Keranda 152 ini merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia simbolik kepada kematian Bahasa Melayu atas keputusan kerajaan pada waktu itu. 
Kali kedua diadakan perarakan Keranda 152 adalah pada 7 Mac 2009 apabila puluhan ribu rakyat berhimpun membantah dasar PPSMI yang mana akhirnya kerajaan melalui Menteri Pendidikan, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemansuhan dasar ini pada 8 Julai 2009. Keranda 152 sekali lagi diusung pada 26 Mac 2016 apabila pejuang bahasa yang terdiri daripada GMP, ABIM, PKPIM, MBPK, Gapena dan lain lain berhimpun dan berarak setelah kerajaan mahu meneruskan Program Dwi-Bahasa (DLP). Adakah dengan perkembangan terkini yang jelas dilihat bagaimana DAP dan NGO NGO seperti Dong Jiao Zong cuba merungkai asas Bahasa Melayu iaitu tulisan jawi, maka Himpunan Keranda 152 untuk kali yang ke-4 harus digerakkan segera? Apakah yang mampu dibuat oleh pribumi tanah air ini apabila warisan umat yang tidak ternilai sebegini cuba diremehkan oleh pihak pihak berkenaan? 
Ternyata mereka lupa daratan, buta sejarah, tak tahu diuntung. Nampaknya bukan Kit Siang sahaja yang rakyat sebut boleh keluar dari Malaysia, tetapi ramai lagi yang perlu diajar perkara yang sama!NAZMAN CHE IBRAHIMPresiden Pertahan Kelantan - HARAKAHDAILY 4/8/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tulisan jawi adalah tulisan Al-Quran. Al-Quran terbukti berjaya membangunkan manusia dari lembah kehinaan jahiliah kepada ketamadunan manusia. Bangsa Arab berjaya terkenal di dunia kerana Al-Quran, bangsa Melayu juga terkenal di dunia kerana Al-Quran. Bangsa Cina juga begitu.

Lihat bukti-bukti sejarah Islam membangunkan Cina. Oleh itu bahasa Al-Quran perlu diperjuangkan dalam membangunkan ketamadunan dunia.Tulisan Jawi Meluas Di Urumqi China.

CATATAN PERJALANAN CHINA 16 


Hampir keseluruhan bangunan dan kedai-kedai di Bandar Urumqi terdapat tulisan ‘Jawi Urumqi’.Masjid di Bandar Urumci, yang disinggahi penulis


Penulis depan kelinik di bawah masjid Urumqi.

Lihat, ada tulisan ‘Jawi Urumqi’ di kad pengenalan warganya.

Lihat juga..
E-Buku IH-4: Catatan Perjalanan
Ke China Bersama Datuk Husam

E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat
Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..Dibuka Lagi! Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/bantah-jawi-138-pemimpin-dap-patut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantah Tulisan Jawi Seni Khat Cerminan Wajah Sebenar Dap

Bantah Tulisan Jawi Seni Khat Cerminan Wajah Sebenar Dap

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 841 hits
Menjelang tahun hadapan 2020 seni khat dan tulisan jawi akan diperkenalkan semula oleh kerajaan melalui dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan BN pada tahun 2016 Walau bagaimanapun terdapat bantahan bantahan oleh golongan cauvanis yang s...
Pemimpin Akar Umbi Dap Bantah Tulisan Khat Di Sekolah

Pemimpin Akar Umbi Dap Bantah Tulisan Khat Di Sekolah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 440 hits
Seramai 138 pemimpin akar umbi DAP termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 5 Bahasa Malaysia untuk sekol...
Khat Jawi Tahniah Wan Azizah Pemimpin Dap Ucapsindir Dr Kamarul Zaman

Khat Jawi Tahniah Wan Azizah Pemimpin Dap Ucapsindir Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 395 hits
Isu tulisan khat Jawi DAP sudah menang Oleh DR KAMARUL ZAMAN YUSOFFINILAH persepsi awal yang timbul iaitu DAP sudah menang dalam isu tulisan khat bila para pemimpin tinggi DAP terutama yang paling lantang menentangnya seperti Ronnie Liu dan...
Bukan Hanya Bantah Tulisan Jawi Dap Juga Tolak Identiti Negara

Bukan Hanya Bantah Tulisan Jawi Dap Juga Tolak Identiti Negara

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 453 hits
04 08 2019Orang Islam Melayu bersekongkol dengan parti rasis perlu bertaubatBANGI 3 Zulhijjah 1440H Ahad Apa sahaja usaha untuk meneguhkan identiti negara membabitkan Islam dan Melayu pasti menjadi sasaran tentangan parti tamak haloba DAP s...
Khat Jawi Disamakan Mp Dap Dengan Tahi Lembu

Khat Jawi Disamakan Mp Dap Dengan Tahi Lembu

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 385 hits
ROSLAN SMS03 AUGUST 2019Posting beliau Lim Lip Eng Ahli Parlimen DAP Kepong berbunyi Sedang Menteri Pendidikan di negara negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar pelajar muda jangan kita menyapu tahi lemb...
Siapa Matikan Tulisan Jawi Dulu Umno Atau Dap

Siapa Matikan Tulisan Jawi Dulu Umno Atau Dap

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 681 hits
OLEH W FUDZIN NSSiapa yang menghentikan dan membunuh tulisan jawi dulu tu adalah Umno Yang ingin menghidupkan tulisan jawi di sekolah sekolah itu adalah kerajaan PH Umno yang gunakan kuasa menghentikan tulisan jawi dulu kini adalah rakan se...
Jawi Is Dap Against The Malays

Jawi Is Dap Against The Malays

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 379 hits
FANNING hatred and campaigning against Jawi calligraphy is akin to inciting hatred against the Malays It has been the alphabet among them since hundreds of years similar to the Chinese character introduced during the Sultanate of Malacca in...
Gerakan Sokong Dap Membantah Tulisan Jawi

Gerakan Sokong Dap Membantah Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 562 hits
Parti Gerakan melahirkan rasa syukur atas komitmen ramai pemimpin akar umbi DAP termasuk yang berjawatan Ahli Dewan Undangan Negeri kerana membantah cadangan pengenalan tulisan jawi khususnya di sekolah vernakular Presiden Gerakan Datuk Dr ...
Halau Melayu Keluar Dari M Sia Dap

Halau Melayu Keluar Dari M Sia Dap

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 651 hits
Kenapa Masyarakat Melayu Mesti Tolak Bangsa DAP Posted by SnapShot at Terjemahan Sedang Menteri Pendidikan di negara negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar pelajar muda JANGAN KITA MENYAPU TAHI LEMBU DI...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip