Pernah Kena Ekzema Wanita Ni Makan Lobak Putih Untuk Pulih
Ekzema, umum mengetahui keadaan di mana berlakunya radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan yang melampau hingga tidak tertahan dibuatnya.
Bercerita tentang tip untuk memulihkannya, ada pelbagai cara dan petua yang diamalkan selain kekal berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Pun begitu, puan Mizhana Padzi ada berkongsi cara yang dipraktikkan untuk pulihkan masalah ekzema yang dialami dan terbukti berkesan dengan mengamalkan pengambilan lobak putih.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsiannya ini.
“Selepas pulih dari ekzema beberapa tahun yang lalu, saya selalu ingatkan diri saya untuk beli lobak putih, masak, dan makan sebanyak yang mungkin”
Ya lobak putih antara sayur yang tak terkenal dalam masakan Melayu apatah lagi diet masyarakat Melayu.
Ibu berpantang je akan makan lobak putih untuk khasiat banyakkan susu. Habis je pantang, tiada siapa layan.
Tapi dalam program ekzema saya, saya akan wajibkan klien ekzema saya makan.
Lobak putih adalah penawar utama ekzema. Kerap makan lobak putih, kulit boleh bebas dari ekzema
Kalau kulit masih ada ekzema, mungkin petanda badan anda tak cukup lobak putih lagi tu, gurau je.
“Lobak putih tak sedap. Anak saya tak suka! ”
Ini antara rungutan anak Melayu yang saya terima. Al maklumlah lobak putih ni pahit
Kalau masyarakat Jepun, Cina dan Korea, lobak putih ni mereka makan hampir setiap hari sebagai bahan wajib dalam sup harian, dalam steamboat atau hot pot mereka, ia juga dibuat kimchi serta digoreng seperti fries.
Kalau mat salleh, orang Eropah dan orang Rusia pula, mereka kuat makan lobak pink dengan butter dan garam macam kita cicah mangga muda dengan garam belacan (lobak pink adalah adik beradik lobak putih juga tapi kulitnya warna pink di luar, putih di dalam dan kecil seperti size ubi kentang)
Saya pula pilih menu paling mudah saja yang saya pelajari dari ayah saya yang pernah jadi chef di PWTC.
Ayah saya ajar, lobak putih harus dimasukkan dalam sup nasi ayam untuk naikkan rasa asli sup ayam.
Jadi, saya akan masukkan lobak putih yang dihiris nipis dalam sup ayam atau sup ikan merah.
Sup ayam dan sup ikan merah yang dicampur lobak putih dan direneh hingga lobak putih lembut memang sangat sedap sebenarnya, anda wajib cuba di rumah (sebab masakan ni tiada di kedai, al maklumlah menu orang sihat)
Kenapa lobak putih berkhasiat untuk pulihkan ekzema terutamanya radang Topical Steroid Withdrawal (TSW) ekzema?
Perubatan tradisional Cina mengatakan,
” Eat radish during winter and eat ginger during summer will keep your doctor away”
Berbeza dengan pepatah mat salleh “eat an apple a day will keep your doctor away”, maka sebab itulah masyarakat Cina dan sepupu mereka seperti masyarakat Korea dan Jepun makan lobak putih setiap hari macam. mat salleh makan epal setiap hari sebagai lambang kesihatan.
Ini kerana mereka percaya lobak putih mampu menguatkan sistem pertahanan tubuh secara semulajadi, menguatkan tulang, menguatkan buah pinggang serta melancarkan aliran darah di samping ia terkenal sebagai penawar segala penyakit kulit jika diamalkan.
ps : saya harap semakin ramai ibu ibu di rumah mula ajar anak-anak makan lobak putih memandangkan masalah kulit di kalangan anak-anak sekarang kian meruncing.
Sup kaki ayam campur lobak putih kaya natural glutamine, tinggi protein serta sumber hyaluronic acid dan kolagen yang penting untuk kesihatan dan keanjalan kulit.
Sumber : mizhana.padzi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
The post Pernah Kena Ekzema, Wanita Ni Makan Lobak Putih Untuk Pulih! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/pernah-kena-ekzema-wanita-ni-makan-lobak-putih-untuk-pulih/