Lima Fokus Utama Ucapan Kenegaraan Pm Di Pbb




Ucapan Kenegaraan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat semalam bukan sahaja yang pertama dilakukan beliau sejak menjadi PM tetapi memperlihatkan keberanian Malaysia mengkritik kuasa besar dunia dalam perkembangan politik antarabangsa.
Malaysia dilihat kembali ke era 1990an dengan keberanian menyuarakan pengunduran Rusia daripada pencerobohannya di Ukraine yang memasuki tahun kedua.
“Kita mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Konflik di Ukraine sebagai contoh, menggariskan keharusan untuk berdamai dan menyelesaikan perbezaan secara baik melalui rundingan.
“Namun begitu, masa tidak menyebelahi kita, dan disebabkan kegagalan yang berpanjangan untuk menangani krisis Rusia-Ukraine ini saya menggesa agar usaha bersepadu pelbagai hala yang diketuai oleh PBB (dilakukan) untuk menyelesaikannya,” kata Anwar.
Selain itu beliau juga menimbulkan kebimbangan akibat langsung konflik tersebut yang menyebabkan harga bahan makanan asasi dunia seperti jagung dan gadum melambung dan terbaharu beras semakin tinggi harganya di peringkat global.
Berkenaan isu Palestin, PM mengulangi ketegasan Malaysia sejak puluhan tahun lalu yang mahu konflik berkenaan diselesaikan secara mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka.
“Di Timur Tengah, politik perampasan berterusan dengan lebih banyak penempatan haram dibina (pendatang Yahudi), melucutkan tanah rakyat Palestin yang menjadi hak milik mereka.
“Ini merupakan pelanggaran berat undang-undang antarabangsa. Ia juga menimbulkan halangan yang tidak dapat diatasi kepada penyelesaian dua negara, apatah lagi pembunuhan berterusan,” katanya.
PM terang terangan mencela kemunafikan negara Barat dalam menangani isu Palestin dan mahu mereka bersuara lebih keras dalam menentang kekejaman yang dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
Isu Afghanistan yang dilupakaan oleh banyak negara ditimbiulkan oleh PM Malaysia lewat kritikannya terhadap regim Taliban yang menindas hak asasi wanita terutama dalam bidang pendidikan, yang tidak sejalan dengan piagam PBB dan malah hukum hakam Islam sekali pun.
“Kami menyeru pihak berkuasa Afghanistan untuk membatalkan dasar pengecualian dan diskriminasi mereka terhadap wanita dan gadis.
“Menafikan hak mereka untuk bersekolah adalah melanggar ajaran Islam, bukan sebutkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan rangka kerja pelbagai hala hak asasi manusia. Mereka juga amat memudaratkan masa depan Afghanistan,” katanya.
Menyentuh isu Asia, PM membangkitkan perkara yang sering ditutupi oleh kuasa besar China dan Rusia mengenai penindasan sekutu mereka, junta tentera Myanmar terhadap orang awam.
Kekerasan itu, kata PM, menyebabkan melimpahnya pelarian ke negara negara jiran Myanmar termasuk Malaysia.
“Kami terkejut dengan keganasan dan ketidakstabilan pasca rampasan kuasa yang berterusan di Myanmar. Ini merupakan antara cabaran strategik dan kemanusiaan terbesar di Asia Tenggara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kebiadaban dan kebejatan yang ditimpakan kepada rakyat Myanmar tidak dapat dipertahankan, dan bertentangan dengan nilai serta prinsip yang dikongsi oleh rakyat di rantau ini dan di peringkat global.
“Sokongan masyarakat antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, adalah penting untuk mendesak secara berterusan dan mengekalkan tekanan yang diperlukan ke atas pihak berkuasa tentera untuk mengubah hala tuju mereka,” katanya.
Anwar juga membangkitkan isu kerosakan iklim global menyebabkan peningkatan suhu, kenaikan paras laut, monsun yang semakin bergelora, dan corak cuaca yang tidak menentu mengganggu mata pencarian serta ekosistem masyarakat dunia.
Beliau menyampaikan usaha Malaysia melalui pelan hala tuju rendah karbon dan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan kesan rumah hijau.
“Kami menggesa negara-negara maju untuk memenuhi komitmen mereka menggerakkan AS$100 bilion setahun untuk menyokong usaha cita-cita iklim negara membangun sambil mengiktiraf bahawa bertrilion dolar setahun akan diperlukan dalam masa terdekat,” katanya.
Namun perkara yang paling besar disentuh oleh PM Malaysia adalah mengenai penindasan terhadap agama Islam dalam arus Islamofobia dengan melabelkannya sebagai “bentuk baru perkauman” yang dicirikan oleh xenofobia, profil negatif dan stereotaip terhadap umat Islam.
“Ini dimanifestasikan dalam trend kebencian, sikap tidak bertoleransi, dan tindakan keganasan yang membimbangkan terhadap umat Islam dan kesucian mereka.
“Kami terkejut dengan pembelaan hak asasi manusia yang lemah. Pembakaran al-Quran tidak lain hanyalah tindakan Islamofobia yang jelas bertujuan untuk menimbulkan kebencian.
“Tidak bertindak dalam menghadapi provokasi terang-terangan terhadap agama adalah tidak bertanggungjawab dan menghantar mesej berbahaya kepada manusia,” katanya.
Justeru, Anwar menyarankan masyarakat dunia agar menerapkan nilai-nilai penerimaan, toleransi dan saling menghormati, menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara budaya, antara tamadun, dan antara agama.
Isu isu besar yang dihujahkan oleh PM Malaysia ini telah mengembalikan negara menjadi pemain aktif di arena antarabangsa.
Malaysia tergolong dalam negara berkecuali tetapi mampu mengkritik kuasa besar serta memperjuangkan pembelaan terhadap negara yang lemah daripada terus dibuli oleh penguasa global.
The post Lima fokus utama ucapan kenegaraan PM di PBB first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36730?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lima-fokus-utama-ucapan-kenegaraan-pm-di-pbb

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Sampaikan Ucapan Di Perhimpunan Agung Pbb

Pm Sampaikan Ucapan Di Perhimpunan Agung Pbb

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 244 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 22 2023 Perdana Menteri Anwar Ibrahim malam ini berucap di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi menyampaikan Pernyataan Negara pada Perhimpunan Agung PBB kali ke 78 di New York Anwar memulakan uc...
Ucapan Pm Di Ibu Pejabat Pbb New York Bakar Al Quran Tindakan Islamofobia Cetus Kebencian

Ucapan Pm Di Ibu Pejabat Pbb New York Bakar Al Quran Tindakan Islamofobia Cetus Kebencian

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 379 hits
BernamaAnwar Ibrahim menyampaikan kenyataan negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu ke 78 di ibu pejabat PBB di New York NEW YORK Perbuatan membakar al Quran di beberapa negara adalah tindakan Islamofobia jelas bertuj...
Dewan Pbb Kosong Ucapan Pmx Selepas Wakil Israel Dr Zaliha

Dewan Pbb Kosong Ucapan Pmx Selepas Wakil Israel Dr Zaliha

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 266 hits
Kekosongan dewan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ke 78 baru baru ini menjadi content baharu kritikan para penyokong PN Kononn...
Ucapan Pmx Di Pbb Disambut Baik Kenapa Mb Sanusi Putar Belit

Ucapan Pmx Di Pbb Disambut Baik Kenapa Mb Sanusi Putar Belit

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 287 hits
Gambaran yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Mohd Nor terhadap ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ke 78 baru baru ini amat terpesong daripada realiti S...
Hiburan Takdir Berkata Berbeda Bcl Sambut Hari Lahir Ashraf Sinclair Di Kubur Ucapan Cinta Buat Netizen Sebak

Hiburan Takdir Berkata Berbeda Bcl Sambut Hari Lahir Ashraf Sinclair Di Kubur Ucapan Cinta Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 180 hits
Penyanyi popular Indonesia menerusi satu hantaran di Instagram ada memuat naik foto sambutan hari lahir suami Allahyarham Ashraf Sinclair yang dilakukan di pusara di Indonesia Dia yang dilihat hadir bersama sama anak lelaki Noah Aiden Sincl...
Ucapan Yang Sesuai Untuk Walaun

Ucapan Yang Sesuai Untuk Walaun

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 186 hits
Semua dilihat untuk kepentingan politik tak nampak langsung peluang dakwahBangkit isu MP DAP petik al Quran Sanusi gesa pengundi Pelangai tolak BNHariz Mohd Seth AkmalPengarah Pilihan Raya PN Sanusi Md Nor menggesa pengundi di Pelangai untu...
Ucapan Dsai Dianggap Terbaik Dalam Unga

Ucapan Dsai Dianggap Terbaik Dalam Unga

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 278 hits
SEJAK lima tahun lalu sudah empat Perdana Menteri berpeluang menyampaikan kenyataan negara ketika sesi debat umum pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu Dua daripada mereka iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Isma...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati