Wanita Dedah Warga Asing Dah Lima Hari Tak Makan Minta Nak Pinjam Duit Beli Makanan
Ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai pekerja yang kehilangan sumber rezeki akibat virus yang melanda. Jika sebelum ini tular kisah seorang lelaki yang berjalan kaki pulang ke Kelantan setelah hilang pekerjaan, kali ini kisah lelaki Pakistan yang terpaksa berlapar lima hari pula menarik perhatian.
Dalam perkongsian seorang aktivis dan pengasas Happy Bank Crew, Nurainie Haziqah, seorang lelaki warga asing telah menghubunginya berkali-kali bagi meminta bantuan.
“Beberapa hari lepas, ada seorang Pakistan hubungi saya. Tapi sebab sibuk sangat haritu, (anda boleh tengok saya ada 435 mesej belum dibaca), jadi kadangkala saya terlepas pandang mana-mana mesej macam ni, atau tak sempat arkib kadang tu. Tapi dia terus misscall saya,” tulisnya.
I have a story to share. Few days ago, ada on Pakistani ni contacted me. But I was so busy that day, you can see i have 435 unread messages. So i sometimes terlepas pandang mana-mana message macam ni, or tak sempat Archive kadang tu. But he keeps on miscalling me. pic.twitter.com/No8TEetOFw
— nurainie haziqah (@AinieHaziqa) April 28, 2020
Menurut Haziqah, lelaki itu menghubunginya berulang kali bagi meminta pertolongan. Dia dikatakan terkandas bersama rakannya dan tidak mempunyai makanan selama lima hari.
Walaubagaimanapun, mereka tetap berpuasa dan hanya berkongsi roti kosong.
“Lepas Asar, saya telefon dia. Dia menangis. Dia kata, dia cuba meminta (bantuan) tapi tiada sesiapa boleh tolong,” kongsi Haziqah.
He called many times to ask if I can help him. He is stranded with his friend, no food for 5 days. They were just sharing roti kosong that’s all. But they still puasa.
Lepas Asar, I called him. He was crying I called him. He said, he tried to ask around, but nobody can help.
— nurainie haziqah (@AinieHaziqa) April 28, 2020
Tanya jika boleh pinjam RM30
“Dia tanya jika boleh pinjam RM30. Saya tanya dia kerja apa, buat apa sekarang dan sewa macam mana. Katanya, dia langsung tak ada duit dan tuan rumah cukup baik tak ambil bayaran rumah. Kalau ada duit, bayar. Tapi tak ada duit untuk diberi supaya dia boleh beli makanan. Dia cuma potong rumput.”
He asked if he can borrow RM30. I asked him dia kerja apa, now buat apa and sewa semua macam mana. He said, he has no money at all, and his landlord was kind enough tak payah bayar dulu the house. If ada duit, bayar. But tak ada cash to give him for food. Dia cuma potong rumput.
— nurainie haziqah (@AinieHaziqa) April 28, 2020
Beri RM50
Haziqah kemudiannya memindahkan RM50 kepada lelaki tersebut. Tanpa membuang masa, lelaki itu keluar membeli makanan untuk berbuka puasa.
Then I transferred RM50 to him. He was so fast, went out and buy food for buka puasa.
He sent me some photos. Thanking me. 😩 I was extremely sad sebab berapa ramai i tak sempat reply messages and they end up no food at all. 😭 pic.twitter.com/onKm2QVy2C
— nurainie haziqah (@AinieHaziqa) April 28, 2020
“Selama ni dia hanya makan roti selama lima hari tak makan.”
See, he’s been eating only roti for the whole 5 days tak makan. I know the RM50 is not enough, but he will surely make do with whatever he has.
People like this, would live on day by day basis. May Allah protect him, grant him strength and perseverance. Allahumaamin. pic.twitter.com/DHu54ieSjk
— nurainie haziqah (@AinieHaziqa) April 28, 2020
Ini sebabnya saya tak suka cakap makanan tak sedap, tak suka bazir makanan
Kisah dikongsikan Haziqah telah menjentik hati orang ramai agar sentiasa bersyukur dan tidak lupa kepada orang lain yang lebih sukar, tidak kira siapapun mereka.
Sama dengan jiran Bangladesh di rumah, seminggu tak makan
Prihatin dengan warga asing sekitar rumah
Sementara itu, ada juga netizen yang secara aktif membantu golongan tersebut.
Hi Ainie. Mohon kongsikan maklumat lebih lanjut seperti nama, no telefon dan alamat beliau via DM. Kami akan slot untuk tajaan makanan berbuka dalam masa terdekat. In the meantime anyone can go to our pinned tweet dan tag sesiapa yg memerlukan. #NakMakan #KitaShare 🙏🏼
— NAK MAKAN #KitaShare (@nak_makan) April 28, 2020
Di samping itu, bagi anda yang ingin menyumbang, anda boleh salurkan dana ke Happy Bank Crew bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Here’s their account number! if you want the donation to go directly to this man; please use the reference: Pakistan 🙏🏼 pic.twitter.com/ocBHSlKRsY
— Cheska.t (@CTRidzuan) April 28, 2020
Sumber: Nurainie Haziqah
The post Wanita Dedah Warga Asing Dah Lima Hari Tak Makan Minta Nak Pinjam Duit Beli Makanan appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/04/29/wanita-dedah-warga-asing-dah-lima-hari-tak-makan-minta-nak-pinjam-duit-beli-makanan/