Bukan Ahli Politik Saja Tapi Siasat Juga Ngo Orang Awam Yang Sentuh Isu 3r Berita Harian 29 08 2023


 

KUALA LUMPUR: Siasatan yang dijalankan terhadap pihak yang menyentuh isu kaum, agama dan institusi raja (3R) yang boleh menggugat keharmonian negara perlu dilakukan bukan hanya membabitkan ahli politik, tetapi juga pihak lain termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.
Langkah itu bagi membuktikan penguatkuasaan undang-undang dilakukan secara adil dan bebas tanpa memihak kepada sesiapa, pangkat atau status.
Susulan itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata tindakan diambil pihak berkuasa menyiasat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar pada minggu lalu, wajar dilakukan.
Beliau berkata, sebagai pemimpin parti yang lama dalam arena politik, Abdul Hadi sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti kaum, agama dan isu membabitkan institusi raja.
"Kita menyokong siasatan dibuat terhadap Abdul Hadi untuk dijadikan pengajaran kerana tindakannya menggunakan isu 3R dalam ceramah seperti ini tidak boleh dijadikan amalan.

"Bagaimanapun, kita berharap siasatan terhadap pihak lain yang turut menyentuh isu 3R ini turut dijalankan kerana perkara itu bukan hanya dilakukan ahli politik, malah NGO dan orang awam juga," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Abdul Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri, dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai mengikut ajaran Islam.
Semalam, polis mengesahkan menyiasat kenyataan Abdul Hadi mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman yang sabit kesalahan, boleh didenda maksimum hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan dijalankan polis susulan kenyataan Abdul Hadi dalam ceramah di Markas PAS, Bakri, Muar, Johor, pada Sabtu lalu, didapati mempunyai unsur 3R kerana mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan yang mempunyai kaitan dengan institusi raja.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kenyataan dalam ceramah Ahli Parlimen Marang itu, malah sudah menghubungi Abdul Hadi untuk proses rakaman percakapan bagi melengkapkan siasatan.
Nadzim berkata, pihak berkuasa juga harus menjelaskan had bagi setiap rakyat Malaysia dalam menyuarakan pendapat mengenai isu 3R.
Beliau berkata, langkah itu perlu bagi mengetahui sama ada orang awam dan NGO yang mempertahankan bangsa dan agamanya dikatakan menyentuh isu 3R atau hanya dalam kes tertentu saja.
"Jika tidak boleh sebut langsung, apa pula peranan NGO yang berasaskan agama Islam atau bukan Islam, bukankah NGO seperti kami sering menyentuh isu agama dan bangsa, jadi adakah itu satu kesalahan.
"Kita akui undang-undang yang ada memang baik untuk menjamin keharmonian negara, namun kami berharap tidak timbul masalah berat sebelah atau hanya menyasarkan golongan tertentu apabila banyak pihak membuat kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan bangsa.
"Contohnya isu pengajian 40 hadis di sekolah agama baru-baru ini apabila banyak pihak membuat ulasan termasuk mengugut mahu mengambil tindakan mahkamah jika kerajaan meneruskan program itu sedangkan mereka bukan beragama Islam dan tiada kaitan dengan isu berkenaan.
"Adakah itu juga dikategorikan sebagai isu 3R kerana tindakan segelintir ahli politik dan NGO bukan Islam yang menyentuh isu pengajian 40 hadis itu turut mengganggu keharmonian kami sebagai rakyat yang mahu hidup aman di negara ini," katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
'BUKAN AHLI POLITIK SAJA, TAPI SIASAT JUGA NGO, ORANG AWAM YANG SENTUH ISU 3R'
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1146141/bukan-ahli-politik-saja-tapi-siasat-juga-ngo-orang-awam-yang-sentuh



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/08/bukan-ahli-politik-saja-tapi-siasat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngo Orang Awam Sentuh Isu 3r Juga Perlu Disiasat The Merdeka Times 29 08 2023

Ngo Orang Awam Sentuh Isu 3r Juga Perlu Disiasat The Merdeka Times 29 08 2023

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 200 hits
Siasatan dijalankan terhadap pihak yang menyentuh isu kaum agama dan institusi raja yang boleh menggugat keharmonian negara perlu dilakukan bukan hanya membabitkan ahli politik tetapi juga pihak lain termasuk badan bukan kerajaan dan orang ...
Bukan Islam Campuri Isu Pengajian 40 Hadi Melampau Ppim Sinar Harian 29 08 2023

Bukan Islam Campuri Isu Pengajian 40 Hadi Melampau Ppim Sinar Harian 29 08 2023

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 278 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa menyiasat semua kenyataan media dibuat mengenai isu pengajian 40 hadis yang disifatkan semakin melampau Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sehubungan itu pihakny...
Jangan Terpengaruh Ahli Politik Keluar Hukum Sewenang Wenangnya

Jangan Terpengaruh Ahli Politik Keluar Hukum Sewenang Wenangnya

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 150 hits
Hukum haram menyokong atau mengundi sesuatu pihak yang dikeluarkan oleh seorang ahli politik dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai Johor mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar dalam satu ken...
Ppim Nafi Aniaya Mangsa Ceti Haram Harian Metro 31 08 2023

Ppim Nafi Aniaya Mangsa Ceti Haram Harian Metro 31 08 2023

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 414 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka terbabit menjadi antara perunding yang menganiaya mangsa ceti haram Setiausaha Kerja PPIM Muhammad Zharif Johor berkata video yang tular berkaitan...
Pastikan Pekerja Sektor Gig Ekonomi Carum Perkeso Ppim Sinar Harian 19 08 2023

Pastikan Pekerja Sektor Gig Ekonomi Carum Perkeso Ppim Sinar Harian 19 08 2023

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 409 hits
SHAH ALAM Sudah tiba masanya semua pekerja dalam sektor gig ekonomi mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan ...
Isu Pengajian 40 Hadis Ppim Gesa Siasatan 3r Kenyataan Media Ppim 29 08 2023

Isu Pengajian 40 Hadis Ppim Gesa Siasatan 3r Kenyataan Media Ppim 29 08 2023

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 245 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa menyiasat semua kenyataan media dibuat mengenai isu pengajian 40 hadis yang semakin melampau Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berkata pihaknya akan membuat laporan ...
Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam