Jangan Terpengaruh Ahli Politik Keluar Hukum Sewenang Wenangnya








 Hukum 'haram' menyokong atau mengundi sesuatu pihak yang dikeluarkan oleh seorang ahli politik dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Johor mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, hukum hakam berkaitan syarak perlu mempunyai disiplin fiqh yang sepatutnya dan tidak boleh dikeluarkan secara sewenang wenangnya.

"Saya ingin merujuk berita yang tular di media sosial berkaitan kenyataan seorang pemimpin politik yang menyatakan hukum haram memberikan undi kepada seorang calon yang bertanding di PRK Parlimen Pulai.

"Saya menzahirkan rasa bimbang terhadap kecenderungan pihak yang mengeluarkan hukum berkaitan syarak secara sewenang-wenang tanpa disiplin yang sepatutnya. Perkara ini boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam," katanya.

Meskipun, menurut Dr Naim, penggunaaan istilah haram mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka boleh didefinisikan kepada enam maksud, namun katanya, masyarakat di Malaysia sering mengaitkan istilah haram dengan hukum syarak iaitu "hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan dosa bagi orang yang meng-ingkarinya".

Oleh itu, kata beliau, selaku badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam di negara ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat khuatir dengan tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum pihak yang tidak sealiran secara bermudah mudah.

"Situasi ini akan mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang lebih serius dan mengancam keselamatan negara.

"Negara kita mempunyai pihak berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara.

"Saya berharap kita semua menghormati pihak berautoriti dan tidak terpengaruh dengan hukum-hukum yang dikeluarkan untuk tujuan kepentingan politik," katanya lagi.

Dr Na'im juga menasihatkan pihak yang terlibat dalam PRK kali ini bersaing secara sihat dengan mengemukakan buah fikiran serta idea idea membangunkan rakyat tanpa menyentuh sentimen keagamaan atau perkauman.

Kelmarin sewaktu berceramah di Kempas, Pengerusi PN, Mahiaddin Yassin meletakkan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/jangan-terpengaruh-ahli-politik-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Kelantan Tegur Ahli Politik Jangan Sewenangnya Keluar Fatwa Haram

Mufti Kelantan Tegur Ahli Politik Jangan Sewenangnya Keluar Fatwa Haram

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 285 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan sesetengah ahli politik yang kurang tertib dalam berkata kata hingga mengeluarkan fatwa haram kepada pihak tertentu dengan sewenang wenangnya Shukri yang tida...
Dari Mana Datangnya Khayalan Ahli Politik Melayu Dap Sudah Berubah

Dari Mana Datangnya Khayalan Ahli Politik Melayu Dap Sudah Berubah

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 198 hits
ismaweb net 2 9 2023DAP mahu Malaysia jadi negara sekular sepenuhnya takkan terima langkah perkukuh institusi IslamBANGI 16 Safar 1445H Sabtu Hasrat pemimpin Melayu yang mengharapkan DAP mengubah dasar Malaysian Malaysia boleh dianggap khay...
Menag Yaqut Jangan Pilih Pemimpin Yang Gunakan Agama Sebagai Alat Politik

Menag Yaqut Jangan Pilih Pemimpin Yang Gunakan Agama Sebagai Alat Politik

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 192 hits
Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas mengimbau masyarakat agar tidak memilih pemimpin yang memecah belah umat
Pemanggilan Cak Imin Nasdem Jangan Salahkan Publik Berpikir Kpk Alat Politik

Pemanggilan Cak Imin Nasdem Jangan Salahkan Publik Berpikir Kpk Alat Politik

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 163 hits
Masyarakat menginginkan KPK menjadi lembaga hukum pemberantasan korupsi yang independen dan profesional
Jangan Risau Dap Gerakan Lagi Teruk Zahid Beritahu Ahli Umno

Jangan Risau Dap Gerakan Lagi Teruk Zahid Beritahu Ahli Umno

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 356 hits
freemalaysiatoday com 26 Aug 2023Presiden Umno itu juga mengingatkan jentera parti Simpang Jeram tidak terpengaruh dengan sentimen negatif yang dimainkan pembangkang Zahid Hamidi menggesa ahli Umno untuk menyokong calon Pakatan Harapan di S...
Amah Dakwa Disiksa Kejam Polis Rakam Kenyataan Ahli Politik

Amah Dakwa Disiksa Kejam Polis Rakam Kenyataan Ahli Politik

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 417 hits
Hariz MohdPolis telah merekodkan kenyataan bekas ketua pemuda PKR bahagian yang didakwa mendera pembantu rumah warga Indonesianya dengan kejam Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata ahli politik itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kan...
Ahli Umno Jangan Undi Ph Elak Dap Tegakkan Dasarnya

Ahli Umno Jangan Undi Ph Elak Dap Tegakkan Dasarnya

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 220 hits
harakahdaily netSeptember 5 2023Malaysian Malaysia dan Negara SekularDI PRK Pulai dan PRK Simpang Jeram Umno tidak terlibat meletak calon Umno dan BN tidak menganggotai PH Umno dan BN cuma anggota Kerajaan Dato Seri Anwar Ibrahim Justeru ti...
Bukan Ahli Politik Saja Tapi Siasat Juga Ngo Orang Awam Yang Sentuh Isu 3r Berita Harian 29 08 2023

Bukan Ahli Politik Saja Tapi Siasat Juga Ngo Orang Awam Yang Sentuh Isu 3r Berita Harian 29 08 2023

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR Siasatan yang dijalankan terhadap pihak yang menyentuh isu kaum agama dan institusi raja yang boleh menggugat keharmonian negara perlu dilakukan bukan hanya membabitkan ahli politik tetapi juga pihak lain termasuk badan bukan k...
Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi 7 Perusahaan Sosial Ayuh Malaysia Mula Operasi September

Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati

Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory