Buffet Ramadhan 2020 Oleh Noranom Katering Julung Kali Di Galeri Mufors
Ramadhan menjelang tiba. Masa nilah nak celebrate dengan kawan-kawan nak makan-makan kat luar kan. Dan bagi yang mencari-cari lokasi nak berbuka, ni salah satunya adalah buffet ramadhan 2020 di Galeri Mufors oleh Noranom Katering. Ini first time Noranom Catering anjurkan buffet ramadhan tau. And…kualiti makanan yang ditawarkan pun sangatlah terbaik! Buffet ramadhan 2020 di Galeri Mufors oleh Noranom Katering. Kalau dari segi menu, asam pedas dan daging tetel terbaik! Kuah dia sangat pekat, meresap ke jiwa. Pekat tu boleh terasa di tekak. Sangat-sangatlah buatkan orang yang merasa rasa rindu masakan mak tau. kambing grill live ikan bakar live kuewteaw | mee goreng live mee | soto | bihun | laksa | kuewteaw berkuah dan pelbagai lempeng live air pelbagai jenis kacang pool mushroom soup sup tulang cendol abc asam pedas ikan dan daging tetel pelbagai dessert aiskrim potong makanan ringan bergoreng pelbagai jenis ulam dan sambal makanan untuk kanak² dan pelbagai lagi yang menarik *menu lauk akan berubah² Selain itu, ada pelbagai masakan kampung inspirasi daripada masakan mak. Ada masak lemak ketam dan udang galah. Ada juga ikan masak kencur dan pelbagai lagilah. Kalau nak makan nasi lemak, di tambah dengan paru goreng sangatlah mengancam. Sedap!. Menu sampingan di buffet ramadhan oleh Noranom Katering. Kalau korang jenis kurang makan nasi, boleh cuba mee sup, kambing bakar, cucur, bubur kacang dan ada juga mushroom soup. Semua ni terhidang. Dan ada juga kuih muih yang sedap-sedap. Memang terbaik sangat! Owh ya..pencuci mulut ada juga abc dan untuk anak-anak ada ice cream.Memang mengancamlah, anak-anak suka sangat. Surau yang selesa : Kalau kesini nanti, jangan risau surau sangat selesa. Boleh solat dengan aman. Bilik solat wanita yang disediakan sangat selesa, siap ada sofa dan kerusi untuk ibu-ibu yang nak privacy bf anak. Keseluruhannya, berbuka kat sini takkan menyesal. Dah la makanan sedap, selesa pula tu..malah harga yang ditawarkan pun berbaloi. Harga Buffet Ramadhan – Noranom Katering Harga : Rm63.00 adult/perpaxHarga Early bird : Rm53.00 sahaja.Tapi kalau datang dengan kumpulan 10 orang hanya Rm510.00 sahaja. Jom jom, pilih yang mana sesuai. Pilih yang mana terbaik dengan bajet ya. Selamat berpuasa dan beribadah dengan sebaiknya sepanjang ramadhan ini. Selamat mencuba Buffet ramadhan 2020 oleh Noranom Katering yang julung kali diadakan bertempat di Galeri Mufors . Facebook : Noranom Catering Untuk pertanyaan : WANI : 017-6770237 BELLA :017-6722548 FATIN :010-3624711 WAN : 0111-1206562 Salam Ramadhan 2020.
The post Buffet ramadhan 2020 oleh Noranom Katering julung kali di Galeri Mufors appeared first on Ummi Nani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2020/03/buffet-ramadhan-2020-noranom-katering/