Buffet Ramadan Ancasa Royale Pekan Pahang Tawar Menu Poh Paleh Wey


Ramadan dan buffet berpisah tiada. Setelah penat berlapar di siang hari, tentulah kita mengharapkan menu yang lazat dan istimewa untuk dinikmati saat berbuka puasa. Begitu juga dengan saya. Jadi sebab itulah saya ke AnCasa Royale Pekan Pahang pada hujung minggu yang lalu untuk menikmat hidangan buffet ramadan yang ditawarkan di hotel tersebut.



Ramadan Buffet Poh Paleh Wey Dengan tagline 'Poh Paleh Wey' yang membawa maksud 'hebatlah awak!', memang kebanyakan menu yang disajikan di AnCasa Royale Hotel ini memang hebat dalam erti kata sedappp sangat! Ada pelbagai menu menarik dan istimewa yang disajikan dan paling penting, ada banyak pilihan desserts untuk  saya cuba.


Harga buffet bagi seorang dewasa adalah RM98 manakala bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan golongan veteran berumur 60 tahun ke atas pula pada harga RM58 seorang. Percuma untuk Ameera yang berumur di bawah usia 6 tahun dan ke bawah.


Sedap menjamu selera punya pasal, tak perasan yang kami dah berada di sana sehingga hampir masuk waktu Isyak. Tapi tak mengapalah, kami kan tengah bermusafir..jadi boleh jamak dan qasar sahaja solat. Sebelum terlupa, waktu buffet bermula jam 6.30 petang sehingga jam 9.30 malam. Jadi, awak boleh makan sampai kenyang ya! 


AnCasa Royale Pekan Tawar Menu Lazat dan MenyelerakanBertemakan hidangan Poh Paleh Wey, terdapat beberapa bahagian seperti Poh Paleh Wey Sambal, Poh Paleh Wey Pembuka Selera, Poh Paleh Wey Hidangan Utama, Poh Paleh Wey Minuman, Poh Paleh Wey BBQ Malaysia, Poh Paleh Wey Kerabu, Poh Paleh Wey Air Batu, Poh Paleh Wey Kuali Panas, Poh Paleh Wey Pondok Gulai, Poh Paleh Wey Goreng&Sup dan Poh Paleh Wey Manisan.


Sebaik masuk sahaja, mata saya terusan tertumpu ke bahagian Poh Paleh Wey Manisan. Bagi peminat pencuci mulut macam saya, kaunter manisan dan desserts adalah kaunter yang paling menggembirakan. Saat membayangkan suasana berbuka puasa dengan hidangan lembut dan manis sahaja sudah cukup mengecurkan liur apatah lagi bila lihat terdapat hampir 30 jenis pencuci mulut beraneka rupa terletak di ruangan Poh Paleh Wey Manisan, memang tak duduk diam saya dibuatnya.





Saat terlihat deretan balang air di Poh Paleh Wey Minuman, terasa kering pula tekak setelah menjamu mata dengan aneka warna dan pelbagai bentuk desserts yang tersedia. Mahu rasanya saya ke kaunter dan mengambil gelas tersedia untuk menyejukkan tekak tapi apakan daya, saya sedang berpuasa. 

Bagi peminat sambal dan makanan pedas, wajib ke Poh Paleh Wey Sambal kerana terdapat beberapa jenis pilihan sambal untuk dinikmati seperti sambal kicap pedas, sambal belacan, sambal tempoyak, sambal cencalok dan sambal terkenal AnCasa iaitu sambal mangga


Tak selera nak buka puasa di hotel sebab tak ada hidangan ala kampung? Eh, siapa kata takde? Saya boleh dapatkan ulam-ulaman kampung, tapai ubi kayu, ikan masin talang, jeruk gelama dan jantung pisang di Poh Paleh Wey Pembuka Selera. Nak makan ulam-ulaman sambil cicah sambal tempoyak? Di buffet Ramadan Ancasa Royale Pekan Pahang ini pun boleh dapat tau


Kalau masih rasa takde selera nak makan, apa kata ke Poh Paleh Wey Kerabu. Seleksi kerabu yang selalu disediakan oleh orang lama dahulu kala seperti kerabu kaki ayam, kerabu daging pedas berserai dan kerabu kerang ada tersedia di sini


Tak sah kalau tak pekena murtabak dan roti john di bulan puasa kan? Saya dapatkan keduanya di Poh Paleh Wey Kuali Panas dan tak lupa juga saya dapatkan hidangan kambing golek di Poh Paleh Wey Pondok Gulai. Nak makan goreng-goreng pun boleh, ambil sahaja juadah pilihan di Poh Paleh Wey Goreng&Sup. 

Tak lepaskan peluang untuk dapatkan juadah bakar, saya ke Poh Paleh Wey BBQ Malaysia yang menyediakan hidangan berasaskan bakar seperti kerang dan talapia bakar. Semua kaunter ini terletak di ruangan luar yang mana saya boleh lihat secara live kebanyakan chef sedang beraksi untuk menyediakan menu hidangan berbuka puasa kami nanti




Tak complete berbuka puasa tanpa hidangan nasi. Saya ke Poh Paleh Wey Hidangan Utama untuk dapatkan hidangan nasi beriani dan nasi putih. Dengan seleksi lauk yang pelbagai, rambang pula mata nak buat pilihan. Tak fikir panjang, saya ambil nasi beriani dengan lauk kari kambing kentang, tempe sambal jawa dan puyuh goreng berserai untuk juadah berbuka saya





Tersandar kekenyangan kami setelah berbuka puasa, tak mampu nak bangun awal memandangkan terlalu banyak yang masuk ke dalam perut dan kami masih lagi tak mahu berhenti makan. Daripada juadah kegemaran saya iaitu desserts sehinggalah kepada hidangan utama nasi beriani, semuanya sedap dan kena dengan tekak saya


Paling saya suka tentulah panna cotta, lemon cheesecake, blueberry cheesecake dan tiramisu cake. Semuanya sedap dan tak terlalu manis. Juadah paling laju masuk ke dalam mulut saya saat berbuka puasa adalah panna cotta, memang sedap. Kari kambing kentang dan puyuh goreng juga amat menyelerakan. Cukup perapan dan cukup rasa serta lembut dagingnya. Tak lupa juga roti john dan murtabak yang kaya inti. 

Saya juga dapatkan air batu campur daripada Poh Paleh Wey Air Batu. Tak sangka ABC yang saya buat sedap rasanya (ehem, angkat bakul sendiri ni). Sayangnya saya tak sempat nak cuba patin masak tempoyak dan makan aiskrim macam selalu saya buat jika makan buffet sebegini. 

Kalau diberi pilihan, saya pasti akan datang lagi untuk berbuka di buffet ramadan AnCasa Royale Pekan Pahang dan mencuba semua menu yang tak sempat saya makan. Lagi pun saya masih nak makan nasi beriani yang sedap dan cuba semua jenis desserts yang ada. Berbaloi tau berbuka di buffet ramadan Poh Paleh Wey AnCasa Royale Pekan Pahang ni! Semua sedap! 

Nak booking? Awak boleh terus call ke talian ni 018-916 1462. Book cepat kalau tak fullhouse nanti, tak dapat nak tolonglah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/04/buffet-ramadan-ancasa-royale-pekan-pahang-pelbagai-menu-poh-paleh-wey.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey Di Ancasa Royale Hotel Pekan Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey Di Ancasa Royale Hotel Pekan Pahang

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 297 hits
Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan Pahang Assalamualaikum Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan ramadan yang mulia ini Dah lama rasanya tidak berbuka puasa ...
Pengalaman Menginap Di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang Selama 3 Hari 2 Malam

Pengalaman Menginap Di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang Selama 3 Hari 2 Malam

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 324 hits
Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam Assalamualaikum dan hai Selamat menikmati hujung minggu yang dah hampir ke penghujung Ke ada yang sambung cuti Isnin sebab Selasa kita kan cuti Hari Nuzul Al qura...
Majlis Syukuri Ramadan Di Ancasa Royale Pekan Rai Anak Yatim Dan Asnaf

Majlis Syukuri Ramadan Di Ancasa Royale Pekan Rai Anak Yatim Dan Asnaf

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 255 hits
Melihat anak yatim yang kehilangan samada ibu atau bapa atau kedua duanya terutama pada bulan yang mulia ini membangkitkan rasa syukur dalam diri saya dengan kenikmatan yang masih dikecapi dianugerahkan ibu bapa yang masih sihat dan bertena...
Cari Hotel Best Area Pekan Pahang Menginap Di Ancasa Royale Hotel

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang Menginap Di Ancasa Royale Hotel

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 233 hits
Saya belum pernah sampai ke Pekan Pahang dan pada minggu lepas saya buat pertama kalinya berjaya menjejakkan kaki ke daerah yang menjadi tanah tumpah kelahiran Perdana Menteri ke 5 kita iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak Kalau ikut plan ...
Meriah Berbuka Hari Kedua Ramadan Dengan Menu Buffet Citarasa Keluarga Malaysia Gbw Hotel Jb

Meriah Berbuka Hari Kedua Ramadan Dengan Menu Buffet Citarasa Keluarga Malaysia Gbw Hotel Jb

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 331 hits
Meriah Berbuka Hari Kedua Ramadan dengan Menu Buffet Citarasa Keluarga Malaysia GBW Hotel JB Bertemakan Citarasa Keluarga Malaysia GBW kalini menyediakan banyak menu buffet yang sedap belaka dengan harga yang berbaloi Yang penting ada duria...
Nikmati Buffet Dan Menu Istimewa Ramadan Dan Raya 2022 Di Ikea

Nikmati Buffet Dan Menu Istimewa Ramadan Dan Raya 2022 Di Ikea

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 381 hits
Nikmati Buffet Dan Menu Istimewa Ramadan Dan Raya 2022 Di IKEA Assalamualaikum semua Baru je bermula Buffet Ramadan di IKEA dah kecoh sana sini Ni gara gara tular satu video tiktok yang menayangkan bahawa di IKEA ada menu meatball dalam buf...
Restoran Secret Garden By Sacc Tampilkan Tema Selera Nusantara Untuk Buffet Ramadan 2022

Restoran Secret Garden By Sacc Tampilkan Tema Selera Nusantara Untuk Buffet Ramadan 2022

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 498 hits
Dah ada idea nak berbuka puasa di mana sepanjang bulan Ramadan nie Jangan lupa masukkan Restoran Secret Garden by SACC dalam list korang tau Bagi yang tinggal di sekitar Shah Alam mahukan tempat makan yang relaks damai menu yang sedap serta...
Buffet Ramadan The Venue Shah Alam Di Plaza Alam Sentral

Buffet Ramadan The Venue Shah Alam Di Plaza Alam Sentral

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 241 hits
Nampaknya masing masing dah standby nak menyambut bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba beberapa hari sahaja lagi Setelah 2 tahun kita tak dapat berbuka puasa beramai ramai bersama keluarga dan sahabat handai kerana pandemik alhamdulillah u...
Ramadan Buffet Selera Nusantara 2022 Di Persada Johor

Ramadan Buffet Selera Nusantara 2022 Di Persada Johor

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 486 hits
Ramadan Buffet Selera Nusantara 2022 di Persada Johor Ramadhan Buffet by M N Koll menyediakan pelbagai juadah untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan Nikmati lebih kurang The post appeared first on
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan