Meriah Berbuka Hari Kedua Ramadan Dengan Menu Buffet Citarasa Keluarga Malaysia Gbw Hotel Jb
Meriah Berbuka Hari Kedua Ramadan dengan Menu Buffet Citarasa Keluarga Malaysia, GBW Hotel, JB || Bertemakan 'Citarasa Keluarga Malaysia', GBW kalini menyediakan banyak menu buffet yang sedap belaka dengan harga yang berbaloi. Yang penting, ada durian goreng! Haha~ Dari makanan western, lauk kampung dan manis-manisan memang complete! Gantung kuali sekejap, tak perlu fikir fikir cuci periuk belanga atau pinggan mangkuk, booking je buffet Ramadan ni..Hehee~ Pilih apa mau makan kat sini. Jom Nona highlight antara menu menarik kat sini:
1. Daging Salai Lemak Rebung
2. Kambing Beryani
3. Kambing Golek Panggang Bkt Meldrum
4. Nasi Baryani Kambus
5. Kambing Masak Hitam Berkentang Muar
6. Daging Dendeng Berlado Seri Menanti
7. Laksa Johor dan Mee rebus
Kambing Golek Panggang Bkt Meldrum
Ini lembutnya sedap. Kena dengan citarasa kami semua
Sayur Lemak Nenas Ikan Masin Parit Sulong
Ayam Golek
Sayur Lemak Pucuk Paku Keledek Parit Jabar
Daging Dendeng Berlado Seri Menanti
Kambing Masak Hitam Berkentang Muar
Ulam-ulaman
Siput Sedut Masak Lemak
Tulang Asam Pedas
Seafood Shellout
Aneka Sup
Lasagna
Roti John dan Roti Jala
Pisang Guring Cheese, Keledek dan Durian GorengSANGAT MENGGIURKAN! Kalau tak fikir diet sedang berlangsung, dah berketul ketul aku ngapp tanpa peduli orang belakang! Bahahahahah~
Pelbagai kuih ada.
Bubur Pulut Hitam, Cendol Durian, dan Pulut Serawa Durian pun ada
Again, Salam Ramadan guys
Overall, aku suka semua yang aku telan. Rambang mata tengok banyak makanan dan minuman. Dari makanan berat sampai lah ke dessert, semuanya aku puas hati! Berbaloi sangat dnegan harganya. Tak perlu fikir nak cuci periuk belanga, pinggan mangkuk, boleh gantung sekali sekala...Pilihan banyak dan tidak membosankan. Cuba lah tulang asam pedas tu! Dendeng belado pun sedap, tak liat..Kalau nak beli kat luar, agak pricey ya..Saya pernah membelinya... Berbelas untuk sekeping saiz jenis bersalai punya.
Kalau perasan, ada beberapa nama menu pun unik dan pelbagai. Menggamit memori tempat dalam negeri Johor.. Hehe.. Terbaik!!! Betul-betul Citarasa Keluarga Malaysia tau
Jom cepat cepat book korang punya meja, pilih je apa apa tarikh sepanjang Ramadan ni tapi bayar sebelum 7 April 2022, jimat RM20 seorang tau. Kalau beli lepas 7 April, dah jadi harga RM98 untuk dewasa. Aduiii! Oh ya, gamabr lain aku dah letak kat Facebook ye....Punyalah meriah dan boleh tahan sedap! Jujur dari hati dan tekak Nona okayh
Info seperti di bawah:
📍Lobby GBW Hotel
Tarikh: 4 April 2022 ~ 1 May 2022
Masa : 6.30pm ~ 9.30pm
🟣EARLY BIRD PROMO (sehingga 7 April 2022)
RM78.00 per nett
🟡NORMAL PRICE
1. RM98.00 nett Dewasa
2. RM48.00 nett Kanak² (6 - 12 tahun)
3. RM48.00 nett Warga Emas (60 tahun ke atas)
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan :
📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
📞 Ms. Urfa : +6016 710 0073
📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558
*T&C APPLY
#citarasakeluargamalaysia #gbwhotel #buffetramadanjohor
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2022/04/meriah-berbuka-hari-kedua-ramadan.html