Cari Hotel Best Area Pekan Pahang Menginap Di Ancasa Royale Hotel


Saya belum pernah sampai ke Pekan Pahang dan pada minggu lepas, saya buat pertama kalinya berjaya menjejakkan kaki ke daerah yang menjadi tanah tumpah kelahiran Perdana Menteri ke-5 kita, iaitu Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kalau ikut plan asal, kami nak ke Pekan pada awal bulan Februari yang lepas tapi siapa sangka yang rumah ma dan abah akan dinaiki air. Jadi terpaksa kami cancel percutian pada musim cuti sekolah itu untuk tolong mengemas apa yang patut di rumah


Tiga Hari Dua Malam di AnCasa Royale Hotel
Menginap di AnCasa Royale Hotel yang terletak di bandar Pekan Pahang, kami pilih untuk menginap di hotel empat bintang ini kerana ia tidak terlalu sibuk dan agak jauh daripada pusat bandar namun lokasinya tetap strategik kerana berhampiran dengan kebanyakan kedai dan tempat tumpuan pelancong seperti Muzium Sultan Abu Bakar dan The Tun Razak Memorial Hall


Sampai sahaja di depan pintu masuk hotel, kami disambut dengan senyuman mesra oleh kakitangan yang menyapa sebaik menurunkan bag daripada kenderaan. Terasa kelegaan saat kaki menjejak ruang lobby bagi proses check in bilik selepas beberapa jam menghabiskan masa di dalam perjalanan. Tak perlu tunggu lama, akses kad bernombor 507 kini di genggaman saya yang membawa maksud bilik kami di aras lima sedia untuk diduduki


Deluxe Room Berlatar Belakang Sungai Pahang
Saat menjejakkan kaki ke dalam bilik, hati menjerit 'besarnya bilik!'. Berkeluasan 45m² bagi setiap bilik jenis deluxe, ia sangat selesa bagi kami yang mempunyai dua orang anak kecil untuk menginap bersama. Dua buah katil single yang disediakan juga cukup empuk dengan berlatar belakangkan pemandangan luas Sungai Pahang yang menghiasi tabir jendela kami




Sambil berbaring menonton TV, saya tak lepaskan peluang untuk mengisi tab mandi dengan air separa panas ditambah mandian bagi anak-anak yang mula excited sebaik menyedari kehadiran bathtub di dalam bilik mandi. Almaklumlah kami tak dapat menemani mereka untuk mandi di swimming pool kerana berpuasa, jadi dapat mandi di bathtub pun dah cukup menggembirakan



Tiada plan pada hari itu kerana saya akan ke Majlis Syukuri Ramadan pada petang harinya, jadi kami cuma menikmati hari yang kian berlalu dengan berbaring dalam sejuknya penghawa dingin dibaluti selimut gebu sambil menonton TV sementara anak-anak pula seronok bermain buih di dalam bathtub di bilik air


Hotel TourKeesokkan harinya, saya mula tour hotel bagi melihat tempat menarik yang ada di sekitarnya. Saya ke tingkat dua yang menjadi lokasi di mana hampir kesemua amenities seperti bilik mesyuarat, gymnasium, spa dan mini studio berada. Walau bagaimana pun, spa tidak lagi beroperasi pada masa saya ke sana. Menurut kakitangan hotel, spa tidak akan diguna pakai mungkin buat selamanya dan saya tak pasti mengapa



Apa yang menariknya, di aras ini juga terdapat suatu ruangan khas yang mampamerkan tentang salah silah kehidupan dan sejarah penglibatan Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tun Abdul Razak dalam menerajui negara suatu ketika dahulu. Ruang yang diberi nama sebagai Tun Abdul Razak Gallery ini diabadikan sebagai tanda penghargaan kepada beliau selaku anak jati Pekan, Pahang. 

Saya turut tak lepaskan peluang untuk turun ke swimming pool yang terdapat di tingkat bawah bahagian luar hotel. Terletak bersebelahan Sungai Pahang, dua buah swimming pool dengan kedalaman berbeza menarik perhatian saya. Swimming pool dewasa yang bersaiz besar seolah menggamit saya untuk menyelam di dalamnya sementelah pula saya dalam keadaan berpuasa. Mencabar betul! Di sebelahnya pula terdapat mini playground untuk anak-anak bermain



Selain swimming pool dan taman permainan kanak-kanak, di aras satu juga terletaknya ballroom dan ruang makan. AnCasa Royale Hotel turut menganjurkan majlis perkahwinan yang dikenali sebagai The Garden Wedding kepada orang awam yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Dengan suasana hotel yang kemas dan teratur serta mewah, saya pasti majlis perkahwinan yang dianjurkan di The Garden Wedding tentu bukan biasa-biasa. Mesti cantik


Room TourSaya kemudiannya membuat room tour dengan bantuan salah seorang kakitangan hotel. Bilik pertama yang saya lawati adalah Suite Room yang berharga RM850/malam. Bilik berkeluasan 69m² ini mempunyai kemudahan hampir sama dengan bilik deluxe namun kelebihannya terletak pada saiz bilik yang lebih besar. Begitu juga dengan bilik Junior Suite yang berharga RM1050/malam dengan keluasan 81m². Dengan saiz bilik yang lebih besar, Junior Suite turut dilengkapi dengan ruang tamu untuk keselesan penginapnya


Bilik seterusnya memang buat saya kagum dan terkesima. Sangat besar dan cantik dengan kemudahan yang hampir sempurna. Dengan harga RM5000/malam, memang saya cuma mampu menumpang duduk sahaja dalam bilik yang diberi nama Executive Suite. Dengan saiz mencapai sehingga 261m², suite ini turut dilengkapi dengan ruang makan, ruang tamu dan pantry. Hanya sebuah sahaja Executive Suite yang terdapat di sini



Manakala bilik yang paling besar dan mewah adalah Premier Suite yang berharga RM7000/semalam dengan keluasan 326m². Saat memasuki suite ini memang saya sangat excited melihat dekorasi dalaman dan kemewahan perabot yang digunakan. Jadi saya apa lagi, tak lepaskan peluang untuk bergambar di bilik yang menjadi pilihan VIP dan golongan diraja menginap ini


Banyak lagi gambar menarik yang saya nak kongsikan namun apakan daya ruang storage blog juga ada maksimum simpanannya yang tersendiri, jadi terpaksa saya kongsikan mana yang tertentu sahaja. Kalau awak nak tengok lebih banyak gambar AnCasa Royale Hotel yang cun kebabom, boleh ke laman web mereka di AnCasa Royale Hotel


Saya gembira menghabiskan masa selama 3 hari 2 malam di AnCasa Royale Hotel dan pasti akan menginap lagi di hotel ini jika berkelapangan untuk bercuti lagi ke Pekan, Pahang. Hotel best, staff ramah dan yang paling penting, kami enjoy sepanjang berada di sini! Pasti akan datang lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/04/menginap-hotel-best-pekan-pahang-ancasa-royale.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang Selama 3 Hari 2 Malam

Pengalaman Menginap Di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang Selama 3 Hari 2 Malam

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 324 hits
Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam Assalamualaikum dan hai Selamat menikmati hujung minggu yang dah hampir ke penghujung Ke ada yang sambung cuti Isnin sebab Selasa kita kan cuti Hari Nuzul Al qura...
Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey Di Ancasa Royale Hotel Pekan Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey Di Ancasa Royale Hotel Pekan Pahang

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 297 hits
Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan Pahang Assalamualaikum Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan ramadan yang mulia ini Dah lama rasanya tidak berbuka puasa ...
Buffet Ramadan Ancasa Royale Pekan Pahang Tawar Menu Poh Paleh Wey

Buffet Ramadan Ancasa Royale Pekan Pahang Tawar Menu Poh Paleh Wey

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 286 hits
Ramadan dan buffet berpisah tiada Setelah penat berlapar di siang hari tentulah kita mengharapkan menu yang lazat dan istimewa untuk dinikmati saat berbuka puasa Begitu juga dengan saya Jadi sebab itulah saya ke AnCasa Royale Pekan Pahang p...
Majlis Syukuri Ramadan Di Ancasa Royale Pekan Rai Anak Yatim Dan Asnaf

Majlis Syukuri Ramadan Di Ancasa Royale Pekan Rai Anak Yatim Dan Asnaf

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 256 hits
Melihat anak yatim yang kehilangan samada ibu atau bapa atau kedua duanya terutama pada bulan yang mulia ini membangkitkan rasa syukur dalam diri saya dengan kenikmatan yang masih dikecapi dianugerahkan ibu bapa yang masih sihat dan bertena...
Menginap Di Hotel Arissa

Menginap Di Hotel Arissa

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 137 hits
Malam sebelum pergi Melaka baru booking Arissa Hotel melalui Agoda Last minit plan baru jadi Serik dah nak menginap hotel yang berbintang bintang tapi indah khabar dari rupa Bayar mahal tapi sakit hati buat apa Lagipun sekadar untuk bermala...
Senarai Hotel Pahang Yang Memegang Sijil Halal Malaysia Tahun 2022

Senarai Hotel Pahang Yang Memegang Sijil Halal Malaysia Tahun 2022

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 307 hits
Mencari halal itu fardu kepada umat Islam lagi lagi kepada makanan yang kita ambil Disebabkan itu bahagian Pengurusan Halal JAIP telah menyenaraikan senarai hotel di Pahang yang masih memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk kemaskini...
The Best Nasi Lemak Seafood Spread In Town Di Just Seafood Sunway Giza

The Best Nasi Lemak Seafood Spread In Town Di Just Seafood Sunway Giza

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 333 hits
The Best Nasi Lemak Seafood Spread In Town Di Just Seafood Sunway Giza Assalamualaikum semua Sis ni ada satu perangai yang kalau teringin makan sesuatu tu dia punya perasaan macam orang mengandung tengah mengidam Tapi sis tak mengandung cum...
Best Mp4 Decoder Software To Easily Decode Mp4 Video

Best Mp4 Decoder Software To Easily Decode Mp4 Video

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 234 hits
Do you want to download the app Vidmate on your PC but you can t because the app is only available for android users Click Here Well if that s the problem
Best 5 Trending Healthcare Business

Best 5 Trending Healthcare Business

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 296 hits
2021 has provided us with enough information to start our own enterprises without relying solely on any one source It has taught us how to smartly conquer the most difficult obstacles It has shown us how to turn a challenge into an opportun...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa