Buffet Ramadan 2019 Selera Ramadan Silka Maytower Kuala Lumpur Hanya Rm85 Nett
Assalamulaikum semua..
Rasanya time bulan puasa nanti mesti ramai antara anda akan ke Jakel Mall & kedai sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman/Masjid India tuk shopping baju raya kan. Ha al maklumlah kan ramai orang datang situ mesti pening nak pikir berbuka kat mana.. Kalu boleh nak tempat selesa terutama yang datang satu family. Well BBL nak suggest datang iftar kat Silka Maytower Kuala Lumpur yang betul-betul depan Jakel Mall KL tu.
Harga Buffet Ramadan @ Silka Maytower Kuala Lumpur
Dewasa RM 85 nett
Kanak-kanak RM 45 nett
Warga emas RM 60 nett
* Buffet bermula 7 Mei - 4 Jun 2019 | La Maison Restaurant
** Masa bermula 6 petang - 10 malam
*** Promosi voucher Early Bird RM 65 nett untuk dewasa
Incase datang shopping belah petang nak dekat magrib tu memang sesuai sangat singgah berbuka kat sini. Lepas habis makan boleh terus jalan kaki ke Jakel Mall atau jalan TAR tu.
Menu Juadah Istimewa🔥 Telur Itik Masak Cili Padi🔥 Ekor Asam Pedas🔥 Rendang Daging🔥 Kambing Golek🔥 Nasi Briyani🔥 Ayam Masam Manis🔥 Lala Masak Halia🔥 Nasi Ayam klasik🔥 Aiskrim Malaysia
Membawa selera masakan kampung sebagai tarikan utama pelanggan untuk datang berbuka puasa di Silka Maytower Kuala Lumpur. Pastinya setiap hidangan mampu membuatkan diri teringat kampung halaman tak kala berada di ibu kota. Sementara tunggu cuti balik raya, lepaskan rindu masakan bonda dengan berbuka kat sini.
stall Nasi Briyani
daging golek istimewa
kepah lala
telur itik masak cili padi
favorite BBL setiap kali masuk bulan puasa - siput sedut
ayam & daging bakar
tauhu sumbat
ikan bakar
Untuk pencuci mulut chef sediakan aiskrim malaysia - very the klasik perisa jagung, milo, asam merah & bandung untuk anda nikmati selepas berbuka. Teringin waktu keci selalu mintak duit seposen dengan mak pastu pergi beli aiskrim ni.
Kuih-muih tradisional pun turut tersedia. Air Batu Campur (ABC), Air Cendol, aneka perisa aiskrim dan rojak buah jangan lupa cuba sekali.
Alhamdulilah kami dah cuba makanan menu kampung. Bulan puasa ni jemput la datang dengan family berbuka kat sini. Jangan cakap BBL tak bagitau ada tempat best nak iftar ramadan.
Nak tempah boleh call +603 2692 9298 / whatsapp +6016 2011 655 atau e-mail ke
[email protected]Silka Maytower Kuala Lumpur (depan Jakel Mall KL)
7, Jalan Mushi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur
Facebook : facebook.com/silkamaytower
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/04/buffet-ramadan-2019-selera-ramadan.html