Buffet Ramadan 2019 Djarilicious Plaza Metro Kajang
Assalamualaikum semua,
Kita teruskan entri Buffet Ramadan 2019 dengan satu lagi tawaran menarik untuk iftar bulan puasa nanti. Kali ini BBL baru je balik try makan menu masakan kampung Djarilicious Catering di Plaza Metro Kajang. Lokasi dewan ni kat level 4 satu aras dengan Food Corner & Lotus Five Star Cinema. Orang Kajang mesti tahu kan..
Harga Buffet Ramadan Djarilious @ Plaza Metro KajangDewasa RM 45.90 (PROMO RM39.90)Kanak-Kanak RM 35.90 (PROMO RM29.90)
Group Booking OnlineDewasa RM399 (10 pax PERCUMA 1 VOUCHER - sah untuk kunjungan akan datang)Kanak-kanak RM25.00
Sabtu & Ahad Dewasa RM 54.90 (PROMO RM49.90)Kanak-kanak RM 44.90 (PROMO RM39.90)*Bawah umur 5 tahun PERCUMA *Menu special Kambang Bakar
Group Booking OnlineDewasa RM499 (10pax) / Kanak-kanak RM35.00/pax
Nak dapat harga PROMO tu senang je. Anda cuma perlu buat tempahan awal secara online/call/whatsapp sahaja sama ada sebelum 6 petang bulan Ramadan nanti. Lagi bagus whatsapp sebelah pagi confirmkan seat berapa orang nak datang.
Kalu walk in terus, kira harga normal price. Ha nice kan.. Bagi yang tinggal area Kajang, Balakong, Cheras Selatan tu boleh datang berbuka di sini sambil shopping baju raya nanti.
Menu special - Nasi Lemak Champion, Kambing Golek, Daging Maska HitamBuat pertama kali Djarilious membuka dewan Plaza Metro Kajang dari jam 6.30 petang - 9.30 malam untuk tetamu menikmati lebih 40 sajian Melayu. Ada 8 gerai dengan hidangan menu
Gerai 1 : Nasi Lemak Champion
Gerai 2 : Sate ayam & daging, kambing golek
Gerai 3 : Pecal, rojak buah
Gerai 4 : Kuih muih melayu, roti jala
Gerai 5 : Teh tarik corner
Gerai 6 : Air
Gerai 7 : Cendol, ABC
Menu utama buffet terhidang masakan Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Ayam Cili, Ayam Masak Kicap, Ayam Goreng Berempah manakala peminat lauk daging boleh la cuba rasai Daging Rendang, Daging Maska Hitam, Gulai Kawah.
Pastinya lauk Masak Lemak Ikan Masin Nenas, Masak Lemak Pucuk Ubi Daging Salai mengubat rindu masakan orang di kampung. Ikan bakar bersama air asam turut disediakan.
Yang pasti lala & kupang paling sold out tempoh hari..sekejap je dah habis semua tetamu makan. Nampak sangat favorite orang ramai kan.
Basahkan tekak selepas satu hari menahan dahaga dengan pelbagai air seperti air bandung, air mangga, air cendol, air batu campur dan juga aiskrim malaysia. Fuh sejuk je lidah bila makan aiskrim lepas berbuka nie.
Dewan ini boleh memuatkan hampir 300 pax dalam satu masa. Bahagian buffet ada meja untuk 50 pax. Sesuai sangat kalu datang secara kumpulan atau nak buat majlis berbuka puasa beramai-ramai.
Kemudahan Tersedia1. Surau2. Parking kereta banyak3. Tengah-tengah bandar Kajang
Bulan puasa nanti bawalah keluarga datang berbuka puasa di sini bersama Djarilicious Catering.
Untuk tempahan sila hubungi atau whatsapp je016-509 8532 (Hotline)016-920 8532 (Amy)016-660 8532 (Farhan)
Facebook | Instagram
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/03/buffet-ramadan-2019-djarilicious-plaza.html