Buffet Nook Aloft Kl Sentral Citarasa 3 Negara Mexico Itali Malaysia
Assalamualaikum korang,
Ogos ini Junior Sous Chef restoren Nook Hotel Aloft KL Sentral membawa selera baru istimewa kepada pelanggan yang mahu menikmati sajian lain lain kebiasaan. Tiga chef Junior Sous iaitu Chef Izmin, Chef Wan & Chef Ahmad masing-masing dengan pengalaman 10 tahun dalam masakan memperkenalkan menu dari 3 negara - Mexico, Itali & Malaysia ke meja hidangan anda.
Pertama, sajian berinpirasi Itali - Polpette Al Formagio e Pomodoro & Salmone Putanesca sentuhan Chef Izmin yang arif dalam masakan Itali. Malah beliau berpeluang menuntut ilmu dari Chef Samuele Alvisi di Prego, The Westin Kuala Lumpur yang sangat terkenal specialty sajian Itali.
Salmone Putanesca
negara Ittali dan pizza berpisah tiada betul tak
Kedua, menu Mexico sentuhan Chef Wan akan menyajikan hidangan Lamb Fajitas & Mexican Chicken Lasagna buat mereka yang craving menu America Latin ni. Bukan calang-calang bakat Chef Wan ada tau.. sembilan tahun menjadi sorang chef hotel
Mexican Chicken Lasagna
off course Nachos!
Ketiga semestinya makanan selera Malaysia oleh Chef Ahmad seperti Smoked Beef Brisket with Yellow Sauce & Fried Prawan 'Sambal' style pasti membuatkan anda lupa menu diet.
Fried Prawan 'Sambal' style
Smoked Beef Brisket with Yellow Sauce
Tak cukup tu ada lagi menu air tangan Chef Ahmad untuk anda nikmati sepanjang berada di restoren Nook ni. Memang sedap terutama pembuka selera. BBL pun terliur bila tengok semua gambar.
aneka asam pedad DIY yang sedap & pedas.. yummy
Tidak cukup itu, pelbagai lagi menu sampingan lain yang popular termasuk menu Indian, Chinese, signature Nook - Laksa Sarawak (pes yang dibawa dari Sarawak) serta aneka pilihan pencuci mulut boleh anda nikmati.
Harga Makan Malam Buffet @ NookDewasa RM 118 nettKanak-kanak RM 59 nett
Special hari Jumaat & Sabtu ada Nook Sea Meat Buffet pada harga dewasa RM 128 nett & kanak-kanak RM 64 nett. Boleh enjoy fresh seafood macam lobster, ketam, salmon, udang, tiram, kepah, pepahat & beberapa lagi. Sama ada mentah atau dah masak, terpulang kepada citarasa anda. Bon appetit..
Tempahan boleh hubungi 03 2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/08/buffet-nook-aloft-kl-sentral-citarasa-3.html