Japan Expo Malaysia 2019 Kenali Jepun
Japan Expo Malaysia adalah sebuah event tahunan di Malaysia. Pada tahun ini ekspo Jepun in datang lagi.E Malaysia 2019 (JEMY 2019) dengan lebih banyak penyertaan dari syarikat-syarikat Jepun, lebih banyak tawaran-tawaran menarik dan lebih ramai artis-artis Jepun yang menyertai
Setiba di pintu utama Pavilion, pengunjung akan disambut oleh dua maskot yang sangat comel, bernama MU chan dan GEN kun. Gabungan dua maskot ini memberi makna infiniti. bersesuaian dengan temanya "The Infinite Japan". Ia sebagai simbol infiniti dalam mengenali keseluruhan tentang negara Jepun termasuklah dari segi budaya dan makanannya
Setelah melepasi dua maskot comel ini, singgah sebentar di Information Counter untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Japan Expo Malaysia ini. Apa yang Japan Expo Malaysia ini tawarkan kepada pengunjung yang hadir? Apa yang ada
Di Japan Expo Malaysia ini, pelbagai keunikan produk dan servis dari Jepun dapat dilihat di sini. Termasuklah keunikan budaya dan makanan Jepun. Antara yang ada sepanjang Japan Expo Malaysia adalah Taste of Japan yang terletak di bahagian luar Pavilion, Origami Workshop di Tokyo Street tingkat 6, Martial Arts juga di Tokyo Street tingkat 6, Study in Japan berada di Tokyo Street tingkat 6, Cosplay Parade, Travel & Perfecture juga terletak di Tokyo Street tingkat 6, Fly with Japan Expo Malaysia & AirAsia dan persembahan dari artis-artis terkenal Jepun.
Jika berhajat untuk melawat Jepun, Ekspo ini menawarkan pakej-pakej percutian yang menarik dengan harga yang murah. Untuk menangi tiket percutian dari KL - Fukuoka dari AirAsia, hanya perlu dapatkan 3 stamps dengan membuat belian di 3 booth yang berbeza, yang ada di ekspo itu. Banyak lagi tawaran-tawaran menarik ke tempat-tempat menarik di Jepun dari AirAsia dan syarikat-syarikat perlancongan.
Berminat untuk melanjutkan pengajian di Jepun? Di ekspo ini juga, banyak info mengenai belajar di Jepun yang boleh diketahui dari segi tempat belajar, kursus pengajian, yuran, suasana belajar di sana, cara pembelajaran dan sebagainya. Boleh buat survey dan pertanyaan segalanya mengenai belajar di Jepun, di ekspo ini.
Paling dinanti sepanjang ekspo ini adalah persembahan artis-artis terkenal Jepun dan DJ Hello Kitty. Antara artis-artis Jepun yang turut serta memeriahkan lagi ekspo ini adalah AKB48, SORGENTI, ChocoLate Bomb, cosmic, Yumeoi Syoujyo, Harupiii, KiREI, Yoyogi Jyoshi Ongakuin, BANZAI JAPAN, KIIYAMA SHOUTEN, Kousuke Atari, ZIPANG, THE SIXTH LIE, Riona Hamamatsu, 0TU1, WIN=W1N, ToumeinaKankei Sampun Sanjubyo dan Himika Natsume
Ekspo ini hanya berlangsung selama 3 hari. Manfaatkan hujung minggu untuk terokai dan kenali dunia Jepun yang terkenal dengan adab kesopanannya, kebersihannya, budaya yang menepati masa dan sebagainya
Tarikh: 26 Julai - 28 Julai 2019
Tempat: Pavilion Kuala Lumpur (Centre Court (level 2) & level 6)Kemasukan: PERCUMA
Japan Expo Malaysia Official Website
Japan Expo Malaysia Facebook
Japan Expo Malaysia Twitter
Japan Expo Malaysia Instagram
*Some pictures credited to Japan Expo Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://soobeey.blogspot.com/2019/07/japan-expo-malaysia-2019-kenali-jepun.html