Buffet Buka Puasa Di Halaman Shah Alam Hanya Rm60
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih dalam mood nak mencari tempat berbuka lagi kan biasalah dalam minggu kedua dan ketiga tu kita sibuk nak cuba semua tempat berbuka yang istimewa. Termasuklah kat satu lokasi ini iaitu Halaman Shah Alam
Halaman ini adalah sebuah Event Venue & Catering Services yang menyediakan bufet buka puasa Ramadan kali ini. Kalau korang nak cari tempat ini ia terletak di dalam Intekma Resort & Convention Centre Seksyen 7 Shah Alam. Ada satu dewan namanya Halaman Sari yang dibina khas untuk buat pelbagai majlis seperti perkahwinan, resepsi, pernikahan, fesyen show dan banyak lagi lah
Dewan ini sangat istimewa kerana ia terletak di atas bukit dan dengan pemandangan indah yang nampak Masjid Negeri Shah Alam. Bila korang masuk dan tengok ia sangat luas ada ada stage kat depan untuk dibinakan pelamin. Kat sini fully aircond dan mampu memuatkan lebih dari 1000 orang dalam satu masa. Maha masuk pun rasa selesa nak makan kat sini tak sempit nak berjalan
Bufet buka puasa di sini menyediakan pelbagai jenis juadah tradisional paling menarik mestilah Kambing Golek bersama sos lada hitam. Kemudian ada juga Murtabak yang di masak secara live di luar dewan bagi memberi rasa yang panas dan enak kepada tetamu yang datang berbuka di sini
Selain itu juga, ada beberapa lagi gerai yang diadakan di luar yang perlu kepada masak secara live seperti gerai Roti John, Mee Goreng, Kueh Teow Goreng, Ikan Bakar dan juga Ayam Goreng Berempah. Semua ini korang boleh makan panas-panas dan boleh tambah beberapa kali selagi makanan masih ada
Kat dalam dewan pula mereka ada sediakan menu utama iaitu lauk-pauk tradisional seperti Kari Ayam, Itik, Daging, dan banyak lagi. Juga ada ulam-ulaman dan juga sambal Melayu sangat mengancam. Tidak ketinggalan kerabu yang menggunakan bahan semulajadi yang segar membuka selera korang
Akhir mesti pergi buka puasa nak cari pencuci mulut kan. Di sini ia ada lebih daripada 20 jenis dessert Melayu dan juga yang antrabangsa. Korang boleh dapat Karipap, Pulut Panggan, Kuih Koci, Puding Roti dan banyak lagi. Juga ada kek dan puding yang cantik dan indah dipandang dan sedap dimakan.
Harga sangat berpatutan iaitu hanya :RM60.00 nett untuk DewasaRM30.00 nett untuk Kanak-kanak (5-12 tahun)RM160.00 nett Pakej Keluarga (2 dewasa dan 2 kanak-kanak)
Jadi tunggu apa lagi mungkin korang yang area Shah Alam dan berhampiran dengannya boleh lah datang sini. Kat sini ada kawasan parking yang luas cuma kena naik bukit sikit lah sebab ia atas bukit tadikan. Kemudiah ada kemudahan surau untuk solat serta bilik air yang selesa. Cuba tau jangan tak cuba. Selamat berbuka
Tempahan dan pertanyaan hubungi :Tel : 01132155555 (Sales Office) 0199309606 (Ismail) 0193933160 (Nora)Laman web : https://halaman.com.myFacebook : https://www.facebook.com/Halaman.EventSpace.CateringServicesInstagram : https://www.instagram.com/Halaman.shahalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/05/buffet-buka-puasa-di-halaman-shah-alam-rm60.html