Bufet Ramadan 2021 Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral
Bufet Ramadan 2021 - Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Pastinya banyak promosi dan diskaun 'early bird' yang berlangsung di hotel-hotel dan restoran untuk hidangan berbuka puasa. Kalau anda tengah-tengah mencari tempat makan best untuk berbuka puasa, apa kata anda berbuka puasa di Aloft Kuala Lumpur Sentral. Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Nook kali ini? Mari Momi kongsikan
Di Nook tahun ini menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang bertemakan "Warisan Melayu" dari negeri Johor ke negeri Kelantan. Anda bakal menikmati pelbagai hidangan yang sangat menepati citarasa Malaysia dari pembuka selera sehingga pencuci mulut. Hidangan ini disediakan oleh Cef Eksekutif , Cef Arfizan dan Cef Rais bersama pembantu-pembantunya
Sous-Vide Beef
Setiap buffet Ramadan pasti ada kelainannya dengan hidangan 'signature' yang bakal menarik tumpuan anda. Antara hidangan yang boleh dicuba seperti 'Kambing Bakar' dan 'Sous-Vide Beef : rendang daging lembu yang dimasak dengan kuah pudina dan air asam kerisek'. Selain itu, hidangan kegemaran rakyat Malaysia turut dihidangkan seperti "Sup Periuk", "Bubur Lambuk", "Sate Station", "Rojak Station", "Kerabu Jantung Pisang", "Pajeri Nenas Manis", "Nasi Briyani Johor", "Assam Pedas Ikan Pari", "Rendang Ayam Negeri Sembilan", "Noodle Station" dan banyak lagi yang pasti buat anda teruja.
Antara hidangan lain yang anda boleh cuba ialah "Wok-fried Kam Heong Crab", "Wok Fried Chicken Kung Po", "Pan-seared Fish Fillet with Bisque sauce & crispy leek", "Pizza", "Chicken Cordon Blue with Thyme Jus", "Lala Omelette", "Nasi Ayam Hainan" dan banyak lagi. Untuk pencuci mulut pula, anda bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis pencuci mulut seperti "Kuih Lapis", "Cendol & Puding Mangga", "Claypot Bubur Pulut Hitam", "Sago Air Gula" dan "Kolak Ubi". Selain itu, anda juga bakal menikmati "Tapai Ubi", "Bubur Pulut Hitam", "Toffee Bread Pudding with Vanilla Sauce", "Salted Caramel Chocolate Pie", "Matcha Religieuse", "Tapai Ubi" dan banyak lagi. Pilihan air yang bakal menghilangkan dahaga anda seperti "Air Tebu", "Sirap Bandung", "Air Kurma", "Air Jagung", "Teh Tarik", "Nescafe Tarik" dan "Kopi Hang Tuah".
Harga Bufet Ramadhan 2021 Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Dah tengok kan hidangan-hidangan menarik untuk berbuka puasa? Jadi jom berbuka di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral bermula sepanjang bulan Ramadhan 2021 iaitu 6.30 petang hingga 10.30 malam dari 15 April 2021 - 15 Mei 2021 . Harga Buffet Ramadhan Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral adalah seperti berikut :
Dewasa (Seorang) - RM148 / Nett
Early Bird Offer! Tempah awal untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral sehingga 31 Mac 2021 pada harga :
Dewasa (Seorang) - RM108 / Nett
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral, sila hubungi (60) 3 2723 1154 atau email ke kulal.b&
[email protected]. sila layari Laman Rasmi - Aloft KL Sentral , Facebook Aloft KL Sentral dan Instagram Aloft KL Sentral.
Terima Kasih Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2021/03/bufet-ramadan-nook-aloftkls.html