Citarasa Nusantara Ramadan Bufet Di Royale Chulan Penang 2021
Bufet Ramadan Datang lagi. Alhamdulilah kami dijemput oleh pihak Hotel Royale Chulan Penang untuk menjadi tetamu bagi memeriahkan tradisi Ramadan bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja dengan pilihan masakan Malaysia yang menarik dan pelbagai!

Rindu nak buat food review
Bertemakan Citarasa Nusantara, Hotel Royale Chulan Penang tidak pernah mengecewakan kami dengan menu-menu yang pelbagai dari kerabu yang menyelerakan hingga kacang ais dan cendol yang sejuk, dan untuk semua yang ada di dalamnya, ada sesuatu yang dapat dinikmati oleh semua orang dan turut serta dalam perayaan!

Sedap Daging Kerutuk makan dengan Nasi Briyani Nazareth

Nasi Briyani Nazareth

Udang Harimau Goreng Berlada

Sayur Lemak Utara

Royale Ayam Goreng Berempah

Ikan Goreng Bawang dan Cili

Daging Masak Kerutuk

Ayam Masak Merah Lebuh Acheh
Menjanjikan banyak warna, tekstur dan rasa, barisan istimewa bufet ini menawarkan persembahan panas dan sejuk yang enak termasuk kegemaran orang ramai, Royale Kambing Golek dengan Sos Lada Hitam, Sup Tulang Rawan, Burger Cincang Ismid Ulam Raja, Kari Kepala Ikan Mamu Labu, Nasi Hujan Panas Daun Pudina, Nasi Briyani Nazareth.

Stall Hokkien Mee, Mee Mamak, Char Koay Teow, Royale Shell Out, Mamu Labu Fish Head Curry

Chulan Pasembur

Ais kacang dan Cendol pun ada

Kambing Golek Royale bersama sos black pepper

Royale Shellout

Sate dan Ikan Bakar

Murtabak Ayam

Bubur Lambuk
Terdapat 5 action stall terdiri daripada Kambing Golek Royale bersama sos black pepper, Sate, Chulan Pasembor, Sup Soto Ayam, Murtambak Ayam, Bubur Lambuk, Royale Shell Out, Hokkien Mee dan banyak lagi sampai tak terkata haha.

Kerabu Ikan Bilis

Acar Rampai dan Kerabu Ayam

Sambal Kicap dan Belacan

Jeruk Bawang dan Air Asam Kerisik

Kerabu Mango

Kuih-muih Tradisi

Pelbagai pencuci mulut


Pelbagai pembuka selera bergaya kerabu, dan banyak lagi, ditambah dengan banyak pilihan pencuci mulut yang sedap seperti Ais Kacang Pelangi, Cendol Pekan Lama, Sago Gula Melaka dan pelbagai kuih tradisional Melayu.Harga Bufet
Citarasa Nusantara Bufet Ramadan akan disediakan dari 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dan berharga RM88nett per dewasa, RM68nett setiap warga emas dan RM48nett setiap kanak-kanak.
Promosi Pembelian Awal
Hotel ini kini menawarkan promosi awal pembelian Buy 5 Free 1 dari 4 Mac hingga 3 April 2021 dan Buy 8 Free 1 dari 4 April hingga 9 Mei 2021.
Promosi Bungkus Je..Berbuka Di Rumah
Selain Buffet Ramadan tahun ini, Royale Chulan Penang juga mengembalikan promosi Bungkus Je .. Berbuka Di Rumah setelah berjaya dilancarkan tahun lalu. Promosi ini membolehkan para tetamu setia hotel terus menikmati makanan iftar hotel dengan harga yang berpatutan dalam keselesaan rumah mereka sendiri!





Bungkus Jer
Promosi akan tersedia dari 1 April 2021 hingga 11 Mei 2021 dengan menu set bermula dari RM29.90 untuk 2 orang, RM79.90 untuk 4 orang dan RM129.90 untuk 6 orang. Penghantaran Percuma juga disediakan untuk kawasan terpilih dengan pesanan minimum bermula dari RM30nett.
Cepat korang tempah awal. Memang kami rekemen sangat korang berbuka dekat Hotel Royale Chulan ini. Berbaloi dengan harga dan menu. Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi:
04 259 8888 ext 8910 atau WhatsApp ke 016 330 3408.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eldarwena.com/2021/03/citarasa-nusantara-ramadan-bufet-di.html