Bufet Ramadan 2021 The Eatery Restaurant Four Points By Sheraton Puchong
Bufet Ramadan 2021 - The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bufet Ramadan kembali lagi pada bulan Ramadan ini. Kalau anda tengah-tengah mencari tempat makan best untuk berbuka puasa, apa kata anda berbuka puasa di The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong. Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh The Eatery Restaurant kali ini? Mari Momi kongsikan
Di The Eatery tahun ini menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang bertemakan "Tradisi Warisan". Anda bakal menikmati pelbagai hidangan yang sangat menepati citarasa Malaysia dari pembuka selera sehingga pencuci mulut. Setiap buffet Ramadan pasti ada kelainannya dengan hidangan 'signature' yang bakal menarik tumpuan anda. Antara hidangan yang boleh dicuba seperti "Kambing Panggang Bersama Herba", "Ayam Sambal Hijau", "Pajeri Nenas", "Udang Bakar" dan banyak lagi pilihan makanan.
Antara hidangan lain yang anda boleh cuba ialah "Gulai Kawah", "Rich Aromatic Lamb Bone Broth (Sup Kambing)", "Lemang" dan "Ketupat Bersama Rendang Dan Kari". Selain itu, anda juga boleh cuba hidangan internasional di gerai seperti "Japanese Tempura", "Teppanyaki" dan "Pasta". Tidak dilupakan, pencuci mulut untuk penutup buka puasa anda. Antara hidangan yang boleh anda rasa ialah "Dodol", "Onde-Onde", "Bubur Kacang", "Pengat Pisang", "Sago Gula Melaka", "Kuih Muih Tempatan" dan banyak lagi termasuk pastri, manisan dan biskut.
Harga Bufet Ramadhan 2021 Di The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong
Dah tengok kan hidangan-hidangan menarik untuk berbuka puasa? Jadi jom berbuka di The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong bermula sepanjang bulan Ramadhan 2021 iaitu 7:00 malam hingga 10.30 malam dari 13 April 2021 - 12 Mei 2021 . Harga Buffet Ramadhan The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong adalah seperti berikut :
Dewasa (Seorang) - RM145 / NettKanak-Kanak (Seorang) - RM72.50 / Nett** 4 hingga 12 tahun sahaja.
Early Bird Offer! Tempah awal untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga di The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong sehingga 12 Apri 2021 pada harga :
Dewasa (Seorang) - RM85 / NettKanak-Kanak (Seorang) - RM42.50 / Nett** 4 hingga 12 tahun sahaja.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong, sila hubungi +60 3 5891 8855 atau email ke
[email protected]. Ikuti mereka di media sosial : Facebook dan Instagram.
Terima Kasih The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2021/03/bufet-ramadan-2021-eatery-four-points-puchong.html