Syarikat Glocom Di Kuala Lumpur Dan Perisik Perisik Reconnaisance General Bureau Korea Utara


Pada 2017, agensi media antarabangsa Reuters telah membongkar aktiviti perniagaan sebuah syarikat dinamakan “Glocom” daripada pejabatnya yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Menurut agensi berita itu, berdasarkan laporan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Majlis Keselamatan badan dunia itu, syarikat “Glocom” ini hanyalah syarikat samaran (front companies) yang dioperasikan oleh agen-agen perisik Korea Utara.Pejabat GLOCOM dikatakan terletak di bangunan ini di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Apakah yang dijual oleh syarikat “Glocom” ini daripada pejabatnya di Kuala Lumpur?

Syarikat ini menjual kira-kira 30 jenis perkakasan radio medan (battlefield radio equipment) untuk kegunaan pihak-pihak tentera dan polis menerusi laman webnya di glocom.com.my, yang telah diturunkan pada 2018. Selain itu Glocom juga menjual sistem radar dan sistem elektronik yang lain.

Dan menurut pemerhati, banyak pihak berminat dengan sistem radio medan yang dihasilkan oleh syarikat Glocom ini, mungkin kerana ia berkesan atau pembelinya juga telah dikenakan sekatan ekonomi oleh PBB juga.

Menurut laporan juga, pemegang-pemegang saham bagi syarikat Glocom ini adalah warga Korea Utara, sebagaimana yang tertera di dalam laman web syarikat itu serta rekod pendaftaran syarikat di agensi kerajaan.

Menurut laporan oleh PBB itu lagi, pada Julai 2016 satu penghantaran radio medan menggunakan perkhidmatan udara daripada China ke Eritrea telah berjaya dipintas oleh pihak berkuasa di sebuah negara ketiga yang tidak dinamakan.

Rampasan itu terdiri daripada 45 kotak mengandungi radio-radio medan dan perkakasan sokongannya dengan label tertera “Global Communication Co” atau nama pendeknya “Glocom.”

Menurut laporan oleh badan dunia itu lagi, syarikat “Glocom” itu dikawal selia dan diuruskan oleh agen-agen perisik Korea Utara daripada “Reconnaisance General Bureau” (RGB), sebuah agensi perisikan Korea Utara yang bertanggungjawab terhadap operasi luar negara dan perolehan senjata. Antara produk yang dijual oleh syarikat GLOCOM.

RGB ini juga dipanggil “Chongch’al Ch’ongguk” a.k.a. KPA Unit 586.

RGB ini adalah agensi perisikan luar negara Korea Utara yang paling utama dan ia terdiri daripada enam bahagian, sebagaimana yang diperkatakan oleh penganalisis perisikan antarabangsa.

Ia terdiri daripada operasi, pemantauan, teknologi dan kemampuan siber, perisikan luar negara, rundingan antara Korea serta perkhidmatan sokongan.

RGB ini jugalah yang dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan siber terhadap musuh-musuh Pyongyang.
Laporan PBB mengenai syarikat “Glocom” yang diuruskan oleh agen-agen perisikan Korea Utara itu sedikit sebanyak memberikan kita gambaran tentang peranan yang dimainkan oleh lelaki warganegara itu, Mun Chol Myong yang kini berada “at the centre of dispute” antara kerajaan Malaysia dan Korea Utara.

Sebagaimana yang kita ketahui, mahkamah Malaysia telah memerintahkan Myong diekstradisi ke Amerika Syarikat.

Perintah ekstradisi oleh mahkamah Kuala Lumpur itu telah mengakibatkan kemarahan Pyongyang yang bertindak memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Kuala Lumpur yang telah terjalin sejak 1973.

Korea Utara tidak mahu menyerahkan Myong kepada AmerikaSyarikat kerana ia tahu modus operasi syarikat-syarikat samarannya seperti “Glocom” bakal terdedah apabila lelaki tersebut berada di dalam genggaman pihak berkuasa AmerikaSyarikat.

Menerusi ekstradisi Myong ke Amerika Syarikat, Washington akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam strategi dan taktik yang digunakan oleh syarikat-syarikat samaran Korea Utara di seluruh dunia dalam “mengalahkan” sekatan ekonomi yang dikenakan terhadapnya oleh PBB dan Amerika Syarikat.

Ini akan mengakibatkan segala operasi syarikat-syarikat samaran Korea Utara di seluruh dunia berada dalam bahaya.

Mungkin kerana itulah ia bersungguh-sungguh tidak mahu mahu menyerahkan Myong kepada Amerika Syarikat, kerana implikasi penyerahan warganya itu adalah amat buruk kepada keseluruhan operasi syarikat-syarikat samaran Korea Utara.

Dalam kenyataan Wisma Putra semalam, ia turut mendedahkan bahawa Korea Utara telah membuat “demarches” supaya kerajaan Malaysia campurtangan dalam urusan perundangan agar warganya itu tidak diekstradisi ke Amerika Syarikat.

“Demarches” ini membawa maksud usaha-usaha diplomatik oleh Korea Utara supaya Malaysia tidak menghantar rakyatnya ke pangkuan musuh ketatnya iaitu Amerika Syarikat.

Selepas segala usahanya gagal, Korea Utara bertindak untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Sebagai tindak balas, Malaysia turut memerintahkan kesemua kakitangan diplomatik Korea Utara dan tanggungannya supaya meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam bermula daripada semalam.

Pengumuman keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan dengan Malaysia telah dilakukan oleh agensi berita rasmi negara itu, KCNA yang berkata, Kuala Lumpur telah “melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan.”

Kenyataan itu juga menyebut, tindakan Malaysian itu adalah sesuatu yang “hostile” dan dilakukan di atas tekanan daripada Amerika Syarikat.

Myong, 50-an, ditahan oleh polis Malaysia pada 2019 dan selepas lebih setahun perbicaraan di mahkamah, pada 9 Mac lalu beliau diperintah supaya diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Lelaki warga Korea Utara itu didakwa dengan empat tuduhan pengubahan wang haram serta dua tuduhan konspirasi untuk membersihkan wang haram.

Malaysia adalah diantara negara Asia Tenggara “yang paling mesra” dengan rejim di Korea Utara sehinggalah pembunuhan Kim Jong Nam, iaitu abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un di KLIA beberapa tahun lepas. - DEFENCE SECURITY ASIA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/syarikat-glocom-di-kuala-lumpur-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pyongyang Putuskan Hubungan Diplomatik Malaysia Usir Semua Kakitangan Kedutaan Korea Utara Keluar Dalam Tempoh 48 Jam

Pyongyang Putuskan Hubungan Diplomatik Malaysia Usir Semua Kakitangan Kedutaan Korea Utara Keluar Dalam Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 370 hits
The ReporterNegara komunis yang diketuai Kim Jong Un iaitu Korea Utara mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia sebagai tindakan balas terhadap Malaysia yang mengekstradisikan seorang rakyatnya ke Amerika Sya...
Sorotan Hubungan Malaysia Korea Utara

Sorotan Hubungan Malaysia Korea Utara

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 262 hits
MALAYSIAKINI Hubungan Malaysia Korea bermula pada awal 1973 dan telah menyaksikan pencapaian memberangsangkan dalam bidang diplomatik dan perdagangan sehinggalah Kim Jong nam saudara tiri pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong un dibunuh d...
Malaysia Amat Kesal Keputusan Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik

Malaysia Amat Kesal Keputusan Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik se...
Percutian 1 Malam Di Cheylonz Hotel Sambil Menikmati Pemandangan Pencakar Langit Kuala Lumpur

Percutian 1 Malam Di Cheylonz Hotel Sambil Menikmati Pemandangan Pencakar Langit Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 369 hits
Salam and Hi I m back guys Permulaan tahun 2021 agak sukar juga bagi aku kali ini last week aku baru sahaja kehilangan mak lang aku Tuhan lebih menyayanginya Last week juga merupakan tahun kelahiran aku yang ke 27 Diam tak diam umur aku nai...
Kakitangan Pejabat Kedutaan Korea Utara Mula Mengosongkan Bangunan Video Inside

Kakitangan Pejabat Kedutaan Korea Utara Mula Mengosongkan Bangunan Video Inside

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 220 hits
Ridauddin DaudMac 19 2021Petugas media tempatan dan asing juga kelihatan sudah mula berkumpul di hadapan bangunan itu sejak jam 7 30 pagi tadi Astro AWANIPETALING JAYA Tidak beroperasi pada Sabtu dan Ahad namun Pejabat Kedutaan Korea Utara ...
1 000 Jawatan Kosong Pembanci Personel My Step Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohon Segera

1 000 Jawatan Kosong Pembanci Personel My Step Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohon Segera

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 222 hits
Cepat mohon jawatan sebagai Pembanci di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana terdapat 1 000 kekosongan jawatan sahaja yang menanti anda untuk di isi Anda perlu membuat permohonan dengan segera kerana tarikh tutupnya adalah pada 30 April ...
Putrajaya Pertahan Langkah Ekstradisi Warga Korea Utara Ke As

Putrajaya Pertahan Langkah Ekstradisi Warga Korea Utara Ke As

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 318 hits
MALAYSIA NOWPutrajaya turut melahirkan rasa kesal dan akur dengan keputusan Korea Utara Kerajaan memberikan masa 48 jam untuk pegawai diplomatik Korea Utara meninggalkan Malaysia Putrajaya hari ini mempertahankan keputusannya untuk mengekst...
Diplomat Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

Diplomat Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 176 hits
273 total views 273 views today Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar tidak membina dan tidak menghormati hubu...
Stadium Sultan Ibrahim Dan Stadium Kuala Lumpur Dipilih Untuk Projek Perintis Kemasukan Penonton

Stadium Sultan Ibrahim Dan Stadium Kuala Lumpur Dipilih Untuk Projek Perintis Kemasukan Penonton

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 372 hits
Liga Bola Sepak Malaysia mengesahkan Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras merupakan dua venue yang dipilih untuk dijalankan projek perintis kemasukan penonton ke stadium bermula awal bulan hadapa...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools