Facebook Pm Anwar Dibanjiri Ucapan Penghargaan Rakyat Kemboja Terhadap Usaha Damai


Facebook PM Anwar Dibanjiri Ucapan Penghargaan Rakyat Kemboja Terhadap Usaha Damai
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak  ucapan penghargaan daripada rakyat Kemboja menerusi media sosial susulan pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja, hari ini.
Rata-rata hantaran yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Anwar dan Pejabat Perdana Menteri, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas peranan Malaysia sebagai pemudah cara untuk perjanjian bersejarah berkenaan yang bertujuan memulihkan kestabilan di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.
“Terima kasih atas usaha gigih anda membantu kami,” tulis pengguna Facebook, Keo Dalis.
Seorang lagi pengguna, Hei Nail menulis, “Terima kasih atas usaha untuk mewujudkan perdamaian,” manakala Teav Kim Leamg pula membuat hantaran, “Saya rakyat Kemboja. Terima kasih atas kebaikan anda yang sentiasa membantu dan menyokong Kemboja mencapai keamanan.”
Ramai pengguna menyifatkan perjanjian damai itu sebagai lembaran baharu bagi keharmonian serantau. Hantaran itu yang menerima lebih 4,900 komen turut menyaksikan rakyat Malaysia memberikan pujian terhadap kepimpinan Anwar dalam memupuk keamanan dan diplomasi serantau.
Seorang pengguna menulis,“Ramai kawan saya dari Kemboja dan Thai like bila saya kongsi tentang ini hari ini … tahniah PMX,” manakala seorang lagi mendoakan perjanjian itu membawa “manfaat kepada rakyat dan negara.”
Perjanjian damai berkenaan yang dimeterai di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 itu menandakan langkah penting dalam usaha membina semula kepercayaan dua hala antara Thailand dan Kemboja selepas pertelingkahan sekian lama.
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN memainkan peranan sebagai perantara dalam memudah cara rundingan yang membawa kepada perjanjian bersejarah berkenaan. Sementara itu, dalam ruangan komen hantaran yang sama Anwar menyifatkan peristiwa berkenaan sebagai “detik bersejarah” untuk diplomasi ASEAN serta kesinambungan daripada gencatan senjata yang dipersetujui di Putrajaya pada 28 Julai.
Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada rakan serantau dan antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang telah membantu meyakinkan Kemboja dan Thailand untuk berdamai.
Beliau juga menekankan pentingnya untuk memperluas agenda keamanan ke wilayah lain yang dilanda konflik, khususnya Gaza supaya keadilan dan kemanusiaan dapat dikembalikan sebagai teras orde dunia.
“Perjanjian damai itu menjadi bukti bahawa suara ASEAN semakin berpengaruh sebagai penghubung keamanan, membuktikan yang kesederhanaan dan dialog mampu menyelesaikan pertikaian,” kata beliau.
BACA: Malaysia Sedia Sertai Misi Pengaman PBB Ke Gaza – PM Anwar
Sumber: BERNAMA
The post Facebook PM Anwar Dibanjiri Ucapan Penghargaan Rakyat Kemboja Terhadap Usaha Damai appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/26/facebook-pm-anwar-dibanjiri-ucapan-penghargaan-rakyat-kemboja-terhadap-usaha-damai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjanjian Damai Kl Pm Anwar Main Peranan Penting Yakinkan Kemboja Thailand Trump

Perjanjian Damai Kl Pm Anwar Main Peranan Penting Yakinkan Kemboja Thailand Trump

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 226 hits
Perjanjian Damai KL PM Anwar Main Peranan Penting Yakinkan Kemboja Thailand Trump Donald Trump memuji peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke arah merealisasikan perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja P...
Sanusi Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar

Sanusi Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 202 hits
Sanusi Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar KUALA LUMPUR 23 Okt Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini bersetuju untuk menamatkan pertikaian peribadi mereka dalam prosiding kes saman fitnah yang dibic...
Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 206 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan PM Pakistan Shehbaz Sharif dan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan Mullah Mohammad Hassan Akhund pada 18 Oktober 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 19 O...
Tiada Istilah Anak Tiri Dalam Kerajaan Madani Peruntukan Dibuat Ikut Keperluan Rakyat Pm Anwar

Tiada Istilah Anak Tiri Dalam Kerajaan Madani Peruntukan Dibuat Ikut Keperluan Rakyat Pm Anwar

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 181 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada istilah anak tiri dalam Kerajaan MADANI kerana setiap keputusan peruntukan dibuat berdasarkan keperluan rakyat dan pembangunan seimbang di seluruh negara Beliau yang juga Menteri Kew...
Rm1 Bilion Subsidi Ayam Kepada Kartel Disalur Kembali Kepada Rakyat Pm Anwar

Rm1 Bilion Subsidi Ayam Kepada Kartel Disalur Kembali Kepada Rakyat Pm Anwar

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 148 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Melaka di Politeknik Merlimau Jasin pada 19 Oktober 2025 Foto Abdul Razak Abdul RahmanJASIN 19 Okt Setelah sekian lama kartel bermaharajalela menerima manf...
Pm Anwar Bidas Gelaran Perdana Menteri Telefon Usaha Diplomasi Tak Wajar Diperlekeh

Pm Anwar Bidas Gelaran Perdana Menteri Telefon Usaha Diplomasi Tak Wajar Diperlekeh

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 154 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang memperlekeh usaha diplomasi kerajaan dengan menggelarnya sebagai Perdana Menteri Telefon PM Anwar bidas gelaran Perdana Menteri Telefon Memetik ...
Tanda Terima Kasih Rakyat Kemboja Pmx Penuhi Harapan

Tanda Terima Kasih Rakyat Kemboja Pmx Penuhi Harapan

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 168 hits
Rakyat Kemboja baru baru ini membanjiri Facebook PMX dengan ucapan thank you Malaysia selepas Perjanjian Damai KL ditandatangani antara Thailand dan Kemboja Perjanjian tersebut berjaya mengakhiri ketegangan yang telah berlarutan bertahun ta...
Pm Anwar Bertemu Trump Hargai Perjanjian Damai Kl Pelan Gaza

Pm Anwar Bertemu Trump Hargai Perjanjian Damai Kl Pelan Gaza

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 207 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025 Foto Instagram Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 27 Okt Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan pen...
Mcmc Siasat Aduan Liputan Di Sibu Sahkan Rangkaian Stabil Kecuali Gangguan Sementara Akibat Insiden Bekalan Elektrik

Tiada Syarat 80 Peratus Kandungan Tempatan Dalam Lesen Penyiaran Mcmc

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled

Drama Bad Cop

Anwar Makes High Stakes Bid To Boost Pkr S Fortunes In Sabah

Sukar Bernafas Punca Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kumpulan Dolla Terbela

Program Arab Saudi Winter Is Alive

Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

10 Cadangan Perfume Lelaki Bau Alam Air Terjun Segar Natural Menarik

Bila Dah Lama Tak Update Blog

Heidi Klum S Legs And Feet In Tights 22