Budak Tak Dengar Kata Ni Pernah Tak Kita Ucap Pada Anak Kena Ubah Kata Kata Sebab Tu Anak Makin Degil


Jika anda mendapat anak yang susah mendengar cakap, jangan terus menyangka memang nasib anda dapat anak yang begitu. Itu maksudnya menyalahkan nasib atau menyalahkan Tuhan.

 
Kedegilan anak ada satu peluang untuk anda belajar bagaimana untuk memperbaiki diri. Kita diuji untuk menjadi lebih upaya dan lebih baik.
Sebenarnya, anak datang kepada kita untuk kita asuh dan didik dengan baik.
TANYA INI PADA DIRI
Maka bertanyalah diri mengapa dia tidak mendengar cakap? Dimana saya boleh memperbaiki diri.
1. Adakah kerana dia terlalu kecil untuk faham?
2. Adakah perhatiannya pada masa itu kepada perkara lain?
3. Adakah dia telah immune dengan nada yang anda gunakan lantaran tidak mahu mendengar kata-kata anda?
4. Adakah anda mengelarnya dengan panggilan yang menjerut hatinya. Contoh :
-budak tak mendengar kata ni
-budak tuli ni
-ada telinga tapi tak mendengar?
5. Adakah kerana dia memahami komunikasi bukan hanya dengan perkataan tetapi memerlukan visual atau contoh pergerakan kerana dia memahami sesuatu dengan visual atau dengan membuat?
6. Adakah anda terlupa untuk memohon doa agar anak itu mudah mendengar kata?
7. Adakah anda terlupa untuk benar-benar memohon maaf dari ibu atau bapa kerana kedegilan anda semasa kecil dulu?
8. Adakah anda memang merasakan anak anda ini memang degil dan tiada harap untuk mendengar kata? Jika ya, ianya akan menutup jalan untuk anak itu mendengar kata. Bersangka baiklah dan berdoalah agar anda menjumpai jalan untuk mendidik anak-anak anda agar mendengar kata yang baik dari anda.

JANGAN PUTUS ASA
Belajarlah dari teladan Nabi Nuh a.s. dimana anaknya tidak mahu mendengar dakwahnya…sehingga ke akhir hayat anaknya, sebelum dihanyutkan oleh air banjir…Nabi Nuh a.s. terus mengajak dan terus memberi nasihat.
Ibu mendoakan agar semua yang membaca ini diberi Allah keyakinan bahawa anda mampu mendidik anak-anak dengan penuh kasih-sayang dan tegas supaya anak-anak anak menjadi anak-anak yang berjasa dan berakhlak mulia serta berjaya dunia akhirat.
JANGAN MUDAH TERPERANGKAP MENYALAHKAN NASIB
Paling Ibu doakan agar anda tidak termasuk ke dalam perangkap menyalahkan nasib.
Terlalu mudah kadang-kadang tu seseorang menyalahkan keadaan atau nasib.
” Saya penat..itu sebab saya cepat melenting..”
” Saya ni memang baran…”
” Anak saya tak serupa anak orang lain, cakap lah baik..nanti lagi mengada-ngada “
Sikap begini tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Anak kecil tidak mahu mendengar kata, bolehlah dimarah-marah…tapi kalau sudah remaja…banyak lagi masalah lain yang akan timbul!
SOLUSI : AMBIL TANGGUNGJAWAB
Keluarlah dari belenggu menyalahkan keadaan.
Take ownership of your mistake…contoh
” Oh, saya penat tadi, lalu kurang sabar…saya akan memperbaiki diri…saya akan terus berusaha. Semoga Allah memudahkan..”
” Saya ni baran sejak kecil…namun, saya akan berusaha mencari jalan mengurangkan baran saya..saya akan mencari jalannya..”
” Memang anak saya ni kalau saya bercakap baik dia menjadi mengada-ngada…tentu ada sebabnya dia jadi begitu…saya akan cari jalan bagaimana nak didik dia dengan berkata baik dan dia boleh mendengar tanpa mengada-ngada… “
Salam kasih
Sumber:
Ibu Rose

Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
#AstroRia
The post “Budak Tak Dengar Kata Ni!” Pernah Tak Kita Ucap Pada Anak? Kena Ubah Kata-Kata, Sebab Tu Anak Makin Degil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/budak-tak-dengar-kata-ni-pernah-tak-kita-ucap-pada-anak-kena-ubah-kata-kata-sebab-tu-anak-makin-degil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shuk Sahar Did4kwa Cur4ng Wanita Ini Siap Kata Ada Anak Bersama

Shuk Sahar Did4kwa Cur4ng Wanita Ini Siap Kata Ada Anak Bersama

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 1801 hits
Belum pun reda dengan isu kes curang melibatkan beberapa selebriti tanah air terbaru muncul pula d kwaan yang mengatakan pelawak dan penyampai radio Hot FM yang dikatakan pernah cur4ng dengan isterinya d kwa Terpaksa Ggurkan Anak Menerusi l...
Nak Ke Najib Zahid Dengar Kata Ku Li

Nak Ke Najib Zahid Dengar Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 257 hits
Berkorban jika sayangkan orang Melayu itu pesanan diberi ahli politik kanan Umno Tengku Razaleigh Hamzah kepada dua orang kuat parti berkenaan ketika ini Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi Kata Tengku Razaleigh kedua dua mereka perlu melaku...
Benarkah Mi Instan Ganggu Pertumbuhan Anak Ini Kata Ahli

Benarkah Mi Instan Ganggu Pertumbuhan Anak Ini Kata Ahli

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 254 hits
Apakah Anda termasuk orangtua yang suka memberikan mi instan kepada anak Berdasarkan data UNICEF tahun lalu 24 4 juta balita Indonesia 11 juta balita Filipina dan 2 6 juta balita Malaysia mengalami kekurangan gizi dari mengkonsumsi mi insta...
Orang Umno Kena Dengar Kata Kj

Orang Umno Kena Dengar Kata Kj

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 246 hits
Jika benar umno mahu berubah inilah masanya umno singkirkan atau rehatkan ahli mereka yang terpalit dengan isu rasuah besar Mahkamah telah tentukan hukuman dakwaan dan apa yang diketahui rakyat juga telah jelas Ketika era pentadbiran najib ...
Tak Ada Istilah Keluar Pn Umno Sebelum Ini Tak Pernah Menyertai Pn Kata Penganalisis

Tak Ada Istilah Keluar Pn Umno Sebelum Ini Tak Pernah Menyertai Pn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 311 hits
Penganalisis politik berpandangan Perikatan Nasional kekal menerajui kepimpinan Negara di bawah Muhyiddin Yassin susulan sokongan ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional serta ahli Dewan Undangan Negeri dalam pembentukan kerajaan pusat dan ...
Kejar Dr Mahathir Ucap Selamat Hari Raya Kata Azmin

Kejar Dr Mahathir Ucap Selamat Hari Raya Kata Azmin

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 303 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tindakannya itu tidak harus dipolitikkan meskipun pandangan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berbeza pada masa ini Foto oleh Ahmad ZamzahuriKULIM 2 Ogos Tindakan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Moha...
Parti Baru Dr M Melayu Makin Berpecah Kata Takiyuddin

Parti Baru Dr M Melayu Makin Berpecah Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 412 hits
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjangkakan orang Melayu akan terus berpecah jika Dr Mahathir kekal dengan keputusan untuk menubuhkan parti politik berteraskan Melayu dan pribumi Saya tak pasti apa tujuan Tun untuk menubuhkan satu l...
Bahagialah Ikut Cara Kita Barulah Rezeki Makin Dekat Ada Lebih Dahulukan Pasangan Anak

Bahagialah Ikut Cara Kita Barulah Rezeki Makin Dekat Ada Lebih Dahulukan Pasangan Anak

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 424 hits
Pernah tak kita mengalami situasi di mana ada je duit dalam tangan lepas beberapa hari kita rasa eh kejapnya habis Kadang tak perasan pun duit kita tu habis kat mana Dengan keadaan ekonomi sekarang ada anak lebih seorang sesekali risau juga...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba