Budak 9 Tahun Berjaya Siapkan 100 Ppe Untuk Petugas Hospital


Nur Afia Qistina Zamzuri, baru 9 tahun tapi dah berjaya siapkan 100 pasang uniform PPE untuk kegunaan petugas di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah. Terima kasih adik Afia! Semoga dipermudahkan urusan adik sekeluarga. 9 tahun tapi dah berjaya siapkan 100 pasang uniform PPE untuk kegunaan petugas di Hospital

Usia 9 tahun sudah pandai jahit PPE Biarpun baharu berusia sembilan tahun namun kehebatan Nur Afia Qistina Zamzuri dalam bidang jahitan sehingga mampu menyiapkan peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk kegunaan petugas barisan hadapan harus dipuji.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman berkata, Nur Afia Qistina diibaratkan sebutir permata dari Kampung Kepis Hilir yang mempunyai bakat besar dalam dalam bidang tersebut.


“Nur Afia Qistina mengisi waktu terluangnya dengan menyiapkan PPE. Pada usia semuda itu, dia membantu kedua orang tuanya dengan cara ini berbeza dengan rakan sebayanya yang lain.


"Kehebatannya ini adalah mencerminkan asuhan dan didikan ibu dan ayahnya," katanya selepas menyampaikan sumbangan duit raya serta buah kurma di kediaman keluarga ini di Kampung Kepis Hilir, Johol semalam.


Saiful Yazan menyampaikan duit raya dan buah kurma kepada adik Nur Afia Qistina di rumahnya di Kampung Kepis Hilir, Johol.


Saiful Yazan berkata, beliau difahamkan bahawa ibu Nur Afia Qistina hanya mengambil tempahan menjahit pakaian secara kecil-kecilan tetapi mampu mendidik seorang anak yang berbakat besar dalam bidang jahitan.


“Saya yakin dengan izin-NYA, suatu hari nanti adik Nur Afia Qistina akan berjaya dalam bidang yang diceburi dan mampu mengharumkan nama keluarga serta masyarakat Johol,” katanya.


Sementara itu, ibunya, Hasnah Hud, 38, berkata, sehingga kini sebanyak 130 PPE telah disiapkan dan diserahkan kepada pihak Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.


"Ketika ini kami sedang menyiapkan tempahan baju raya pelanggan kerana bahan untuk menjahit PPE telah habis dan masih menunggu penghantaran daripada pihak HTAN," katanya








Bakti lima beranak
MESKIPUN kebanyakkan rakan sebayanya ketika ini mungkin mengisi waktu senggang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti seperti menonton televisyen atau membelek telefon pintar, tetapi tidak buat Nur Afia Qistina Zamzuri dan adik-adiknya.

Baru berusia sembilan tahun, Nur Afia Qistina bersama ahli keluarganya mengisi waktu lapang dengan menyiapkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas kesihatan.

Ketika penulis bertanya, adakah tidak mengapa menjahit PPE, tapi tidak mendapat upah?

“Tak apa, ini juga tanggungjawab kakak (panggilannya di rumah) untuk sama-sama hapuskan Covid-19,” matang jawapannya.

Melihat gambar yang diutuskan rakan penulis daripada salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls), Izza Izelan mengenai aktiviti Nur Afia Qistina membuatkan penulis kagum dengan kebolehan anak kecil itu.

Menerusi foto itu kelihatan Nur Afia Qistina sedang sibuk dibantu seorang kanak-kanak perempuan menyiapkan PPE dan ternyata bukan sekadar gaya, tetapi dia mempunyai bakat besar untuk kerja menjahit.

Ibunya, Hasnah Hud berkata, Nur Afia Qistina mula menunjukkan minat menjahit pada usia lima tahun memandangkan Hasnah adalah tukang jahit di Kampung Kepis Hilir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Katanya, pada usia lima tahun, Nur Afia Qistina berkeinginan untuk membantunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan. Pada usia tujuh tahun, Nur Afia Qistina sudah boleh mengendalikan mesin jahit dan memotong pola kain.

NUR ARIANA Qistina adik kedua Nur Afia Qistina membantu memotong lebihan benang selepas PPE siap dijahit.

“Apabila saya mendapat tahu ada pihak ingin mendapatkan bantuan daripada tukang jahit untuk membuat PPE, saya memaklumkan kepada Nur Afia Qistina dan dia teruja untuk membantu sama.

“Memandangkan dia sudah pandai mengendalikan mesin jahit, jadi saya tidak perlu risau dengan hasil kerjanya kerana sebelum ini dia juga mencari wang saku lebih ke sekolah menerusi aktiviti menjahit sehingga mampu membeli telefon bimbit dan basikal dengan wang sendiri,” katanya.

Hasnah berkata, Nur Afia Qistina adalah anak sulung daripada tiga beradik dan menariknya dalam menyiapkan PPE, mereka sekeluarga secara tidak langsung terbabit sama menyiapkan pakaian perisai untuk barisan hadapan itu.

Katanya, mereka lima beranak mempunyai tugasan masing-masing untuk membantu menyiapkan PPE sejak April lalu.

Bermula Hasnah memotong kain, Nur Afia Qistina menjahit, anak keduanya, Nur Ariana Qistina berusia empat tahun memotong lebihan benang, anak bongsunya, Zyrill Isyraff berusia dua menyusun getah. Manakala suaminya, Zamzuri Shaharin melipat dan menyusun PPE yang sudah siap.

Hasna berkata, dengan adanya aktiviti sukarelawan itu mereka sekeluarga tidak bosan ketika di rumah apatah lagi kedudukan kediaman mereka di kawasan pedalaman dan suaminya bekerja sebagai penoreh getah juga kagum dengan semangat anak-anak mereka.

Jelasnya, dia tidak pernah memaksa anak-anak untuk membantu membuat aktiviti sukarelawan itu kerana mereka juga perlu menyiapkan belajar secara atas talian, tetapi apabila siap kerja sekolah dan hujung minggu semuanya tidak sabar untuk melakukan aktiviti itu.

KELUARGA Zamzuri yang menjadi ‘wira’ membantu barisan hadapan negara dengan cara tersendiri.

“Walaupun mereka seronok membuat aktiviti ini, tetapi saya dan suami pastikan anak-anak perlu menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran terlebih dahulu kerana kami tidak mahu mereka mengetepikan tugas hakiki sebagai murid sekolah.

“Jadi pada sebelah petang dalam tempoh PKP ini bermula Isnin hingga Jumaat, menyiapkan PPE adalah aktiviti riadah memandangkan kedudukan rumah jauh dengan jiran lain, tidaklah anak-anak bosan kerana tidak dapat keluar rumah. Hujung minggu pula dari pagi hingga petang,” katanya.

Wanita berusia 38 tahun itu menjelaskan, kain PPE disediakan pihak Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk mereka sekeluarga menyiapkan pakaian itu dan ketika ini lebih 100 pasang disiapkan dan dihantar untuk kakitangan hospital itu.

Katanya, sebagai anak sulung, Nur Afia Qistina sudah faham mengenai situasi negara ketika ini yang dilanda pandemik Covid-19 dan sentiasa berlapang dada untuk membantu kakitangan barisan hadapan di hospital dengan cara menyiapkan PPE.

“Suami dan saya selalu memberitahu anak-anak keadaan negara ketika ini dan kakitangan barisan hadapan yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan masyarakat terjaga.

“Dalam masa sama, bapa saudara mereka juga ada yang berkhidmat dalam barisan keselamatan negara. Jadi, anak-anak terutama Nur Afia Qistina faham kita perlu menyokong dan membantu wira berkenaan dengan hanya duduk di rumah dan menjadi sukarelawan menyiapkan PPE,” katanya.

Malah, Nur Afia Qistina juga memberitahu penulis, dia bercita-cita ingin menjadi tukang jahit terkenal di Malaysia pada masa depan.


ZYRILL Isyraff adik bongsu Nur Afia Qistina turut membantu menyusun getah untuk dimasukkan di dalam PPE.
.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2020/05/budak-9-tahun-berjaya-siapkan-100-ppe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Foto Tenaga Medis Saat Bertugas 100 Tahun Lalu Sang Penyelamat Nyawa Sejak Dahulu

Foto Foto Tenaga Medis Saat Bertugas 100 Tahun Lalu Sang Penyelamat Nyawa Sejak Dahulu

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 316 hits
Mereka selalu jadi garda terdepan setiap ada wabah meghadang atau saat perang berlangsung Respek banget
Siapa Akan Teruskan Panji Perjuangan 100 Tahun Lagi

Siapa Akan Teruskan Panji Perjuangan 100 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 510 hits
Muhammad Luttfi Abdul Khalid 29 April tarikh penjajah British di Iraq serah diri kepada tentera Turki Uthmaniyah 104 tahun dahulu SAYA baru sahaja selesai menonton episod terakhir daripada drama bersiri Turki bertajuk Kutul Amare tentang pe...
Tahniah Warga Penjara Sabah Berjaya Hasilkan 17 000 Ppe Covid 19

Tahniah Warga Penjara Sabah Berjaya Hasilkan 17 000 Ppe Covid 19

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 369 hits
Seorang penghuni penjara boleh hasilkan 400 hingga 500 set PPE COVID 19 PENJARA SABAH HASILKAN 17 000 PPE Sebanyak 17 000 set peralatan perlindungan diri dihasilkan penghuni penjara di Sabah untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalik...
Pemprov Kaltim Siapkan Dana Tambah Tunjangan Petugas Medis Pasien Corona

Pemprov Kaltim Siapkan Dana Tambah Tunjangan Petugas Medis Pasien Corona

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 234 hits
Tunjangan bagi petugas medis memang menjadi tanggungan pemerintah pusat yang dialokasikan dari APBN Pun demikian dengan operasional medis dalam kasus Corona juga menjadi tanggungan APBD Kaltim
Jelang Psbb Pemkab Karawang Siapkan 100 Ton Beras Untuk Warga

Jelang Psbb Pemkab Karawang Siapkan 100 Ton Beras Untuk Warga

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 226 hits
Selain itu sejumlah bantuan akan segera digulirkan dalam waktu dekat kepada masyarakat yang sudah terdata sebagai penerima manfaat imbas Covid 19
Qatar Airways Mahu Beri 100 000 Tiket Percuma Untuk Petugas Perubatan Seluruh Dunia

Qatar Airways Mahu Beri 100 000 Tiket Percuma Untuk Petugas Perubatan Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 304 hits
DOHA Syarikat penerbangan Qatar Airways menawarkan 100 000 tiket percuma kepada petugas barisan hadapan dari sektor penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membantu membantera...
Ketua Tim Gugus Tugas Sebut Pandemi Covid 19 Siklus 100 Tahun

Ketua Tim Gugus Tugas Sebut Pandemi Covid 19 Siklus 100 Tahun

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 253 hits
Hal tersebut yang menjadikan pemerintah untuk menetapkan Covid 19 jadi bencana non alam berskala nasional Dia mengingatkan upaya untuk melindungi warga negara dari bahaya Covid 19 ini haruslah menjadi tanggung jawab semua pihak
Berjalan Rentas Tambak Johor Budak 2 Tahun Bersama Ibu Sarat Mengandung

Berjalan Rentas Tambak Johor Budak 2 Tahun Bersama Ibu Sarat Mengandung

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 489 hits
Gara gara tidak dapat memperbaharui pas lawatan sosial anak lelakinya seorang ibu mengandung nekad berjalan kaki merentas Tambak Johor dari Singapura bersama seorang anak lelakinya yang berusia dua tahun Sambil mengheret bagasinya Jessie Ne...
Selepas 12 Tahun Penyelidikan Indonesia Berjaya Hasilkan Durian Tak Berduri

Selepas 12 Tahun Penyelidikan Indonesia Berjaya Hasilkan Durian Tak Berduri

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 415 hits
Mesti ramai yang berfikir Sudah namanya durian mestilah berduri Rambutan mestilah berambut Tapi tahu tak sebenarnya ada durian yang tak berduri Licin dan gondol Sekumpulan penyelidik agrikultur di Indonesia telah mendedahkan kejayaan mereka...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya

Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal