Siapa Akan Teruskan Panji Perjuangan 100 Tahun Lagi
Muhammad Luttfi Abdul Khalid  29 April tarikh penjajah British di Iraq serah diri kepada tentera Turki Uthmaniyah 104 tahun dahulu 

SAYA baru sahaja  selesai menonton episod terakhir daripada drama bersiri Turki bertajuk  Kutul Amare, tentang penglibatan tentera penjajah British di Iraq
Kemudian, saya tersedar bahawa tarikh  hari ini iaitu 29 haribulan April adalah tarikh yang sama tentera  penjajah British di Iraq menyerah diri kepada tentera Turki Uthmaniyah  104 tahun dahulu
Subhanallah
Kekalahan dan penyerahan diri tentera  penjajah British di Kut Al Amara, Iraq adalah satu kekalahan besar yang  sangat memalukan Empayar British dalam Perang Dunia Pertama
Tentera British memasuki medan perang  yang dikenali sebagai Kempen Mesopotamia di Iraq setelah mendapat  kontrak untuk eksplorasi minyak dari empayar Iran ketika itu, sekitar  tahun 1914 melalui Anglo-Persian Oil Company
Diringkaskan cerita, tentera British  terpaksa berundur ke Kut Al Amara setelah mereka berhadapan dengan  siri-siri serangan tentera Turki Uthmaniyah dari Baghdad, yang  kemudiannya mengepung mereka di luar kota. Yang memisahkan antara  kedua-dua tentera ini adalah tebing sungai-sungai Furat (Euphrates) dan  Dijlah (Tigris) sahaja
Kepungan berlaku selama hampir lima bulan (143 hari) iaitu dari 7 Disember 1915 hingga 29 April 1916
Penyerahan kalah ini menyaksikan seramai  30,000 orang tentera British yang terbunuh atau cedera manakala 13 orang  Jeneral, 481 orang pegawai dan 13,300 anggota tentera British di Kut Al  Amara telah dijadikan tawanan perang
Penyerahan diri (surrender) oleh tentera  British dilakukan oleh Major jeneral Charles Townsend tanpa syarat  kepada tentera Turki Uthmaniyah pada 29 Arril 1916, 104 tahun dahulu
Surat khabar Tercuman-i Hakikat  menerbitkan berita tentang kekalahan tersebut dengan tajuk “The Biggest  Disaster Of The British In History”
Allahu Akbar Walillahil Hamd
Sepanjang pengetahuan saya, belum ada  lagi mana-mana kajian atau penulisan dalam Bahasa Melayu tentang  peperangan yang sangat bersejarah ini. Saya percaya pihak sejarahwan dan  pemimpin-pemimpin tentera British cuba menyembunyikan berita ini
Saya berharap ada di antara para pembaca yang tergerak dan becita-cita untuk melakukan kajian lanjut untuk maslahat semua orang
**********************
Kenapa British datang ke Iraq dalam kempen yang dinamakan sebagai Kempen Mesopotamia
Tujuannya adalah kerana Emas Hitam atau yang lebih terkenal dengan nama Petroleum
Mereka (British/Barat) datang ke dunia  Islam dan Benua Timur kerana ingin mendominasi sumber-sumber kekuatan  dan pusat-pusat strategik kuasa dunia, yang banyak terdapat di dunia  Islam
Penjajahan adalah satu proses semula jadi  untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut yang dijelmakan melalui campur  tangan politik, peperangan (dan serangan) dan seterusnya cengkaman ke  atas negara-negara atau wilayah-wilayah yang ditawan
Barat telah bangkit melalui revolusi  perusahaan dan bahan-bahan yang akan membantu menjayakan cita-cita dan  hasrat tersebut terdapat di luar dunia Barat
Legasi penjajah ini masih wujud, dalam  bentuk para pemuja dan penyembah-penyembah tamadun barat yang  materialistik. Yang bergerak melalui institusi-institusi,  gerakan-gerakan sivil, parti-parti politik, kerabat-kerabat diraja,  kumpulan bangsawan, para cendekiawan dan para intelektual
Mempelajari kisah peperangan ini juga  boleh menjadi satu latar belakang dan konteks kepada apa yang sedang  berlaku di Asia Barat dan perkembangan geo-politik serta perlumbaan  kuasa sekarang
Apa yang sedang berlaku di Iraq sekarang  dengan campur tangan kuasa-kuasa Barat dan Eropah ada kaitan rapat  dengan sejarah ekspedisi-ekspedisi tentera British di Kut Al Amara,  Baghdad dan Basrah 100 tahun lebih dahulu
Semua itu ada kaitan dengan Palestin dan negara haram Israel
Maka menjadi kewajipan kepada umat Islam  dan para pemuda-pemudinya membaca, meneliti dan mengkaji sejarah yang  berlaku dan telah direkodkan, sebagai langkah persediaan untuk  mengalahkan segala bentuk strategi dan tipu daya musuh. Dan juga untuk  menjulang bendera kedaulatan Islam
Tentera Khilafah Turki Uthmaniyah telah membuktikannya 104 tahun yang lalu
Siapakah di antara kita yang akan meneruskan panji-panji perjuangan ini selama 100 tahun lagi
*Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/siapa-akan-teruskan-panji-perjuangan.html