Bubar Parlimen Hapuskan Dominasi Haloba Dap Dalam Kerajaan
Parti rasis tak senang kedudukan istimewa Islam, Melayu dalam Perlembagaan21 Jamadilawal 1440H, Ahad– Kepincangan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menjurus kepada gelombang sekularisme dan liberalisme ekstrem, menuntut kepada satu pembaharuan politik termasuk pembubaran Parlimen.Tindakan itu perlu bagi menyelamatkan agama Islam dan bangsa Melayu dari dicengkam oleh parti rasis tamak haloba, DAP, kata Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Azam AsriBeliau berkata, sejak mentadbir kerajaan, yang mana pemimpin parti itu memegang jawatan penting, DAP kelihatan secara terang-terangan mendominasi Pakatan Harapan. “Kita kena jelas DAP adalah dalang yang memperjuangkan Malaysian Malaysia sejak 1960, iaitu dasar yang jelas bertentangan dengan semangat Perlembagaan Malaysia.“Parti ini jelas membawa agenda anti-Islam, malah mempamerkan pendirian itu semenjak pimpinan parti menjadi menteri dengan portfolio yang strategik,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.Azam berkata, DAP ternyata tidak pernah senang dengan kedudukan Islam yang menjadi tunjang Perlembagaan Malaysia, sekali gus mendorong mereka melaksanakan agenda yang bersifat anti-Islam.“Usaha untuk menyamakan semua agama berlaku hampir setiap hari. Di tambah pula kewujudan pimpinan Melayu Islam yang mempertahankam usaha mereka.“Bertambah pelik kesamarataan Malaysian Malaysia yang diagungkan, tetapi mereka sendiri tidak jujur, disalurkan bajet pendidikan untuk kolej swasta, sedangkan sekolah lain banyak lagi daif dan universiti awam masih memerlukan bantuan,” katanya.Justeru, katanya, ancaman DAP harus segera ditangani, termasuk melalui kaedah pembubaran Parlimen, dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih blok kuasa baharu yang pro-Islam dan Melayu, namun tidak mengabaikan bangsa dan agama yang lain.Katanya, jika DAP masih bernafas dalam kerajaan sekarang, itu hanya membuatkan negara kita berada dalam situasi yang tidak stabil, lebih-lebih lagi janji mereka hanya manisan untuk mendapatkan undi.“Sudah sampai masanya Parlimen dibubarkan. Gabungan PH termasuk DAP ternyata tidak bererti kepada umat Islam dan orang Melayu,” katanya. - ismaweb Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://1malaynews.blogspot.com/2019/01/bubar-parlimen-hapuskan-dominasi-haloba.html