Bubar Bersatu Atau Bubar Umno



Kemelut dalaman Bersatu dan kekuatan parti serpihan Umno itu menjadi perhatian, terutamanya dari keupayaannya mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk bersama sekutunya Umno, PAS, GPS dan parti dari Sabah

Ketika Umno dan BN memperkatakan tentang kesediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, keupayaan Bersatu menjadi tanda tanya apakah parti pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu ampuh untuk mempertahankan penguasaannya

Maka, ada suara-suara yang meminta supaya perdana menteri yang juga bekas timbalan presiden Umno itu kembali ke pangkuan parti dominan orang Melayu terbabit

Bahkan beberapa pemimpin Bersatu sendiri mendedahkan bahawa terdapat pelawaan daripada pucuk pimpinan Umno supaya Bersatu kembali semula bersama Umno


Apakah ada keperluan untuk Bersatu berbuat demikian, apakah ajakan itu masih relevan dalam situasai politik ketika ini?
Jika diukur dari segi kekuatan, memang tidak dapat dinafikan Umno masih lagi sebuah organisasi yang kukuh dan utuh meskipun dilanda badai pada PRU14 lalu

Umno adalah sebuah organisasi politik yang teratur dan lengkap dari akar umbi sehinggalah kepada pucuk pimpinannya. Ia memiliki sistem pengurusan yang sistematik


Kekuatan akar umbi
Muhyiddin perlu memikirkan pencaturan politik dan juga partinya, jika Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) ingin terus relevan menerajui negara

Sesuatu yang perlu diakui tanpa Umno dan PAS untuk menghadapi PRU15, Bersatu tidak memiliki kekuatan. Kekuatan dari segi jentera dan organisasi yang tersusun sehingga ke akar umbi

Bahkan, Bersatu yang digerakkan bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, tidak mempunyai kekuatan akar umbi, ataupun jumlah cawangan seperti Umno.
Pada PRU14 lalu, Bersatu perlu akui selain daripada faktor penolakan terhadap BN masa itu serta dibantu dengan aura Mahathir pada ketika itu, kekuatan jentera mereka bergantung kepada DAP dan PKR

Jika mengambil kira semua itu, untuk menghadapi PRU15, Bersatu memerlukan Umno dan juga PAS. Dua parti ini mempunyai kekuatan jentera pilihan raya yang Muhyiddin sedia mengetahuinya

Agihan kerusi pastinya akan timbulkan satu lagi polemik jika Bersatu dan Umno akan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam PRU15 nanti

Umum mengetahui, kekuatan Bersatu hari ini disebabkan tindakan wakil rakyat Umno dan PKR yang bertindak keluar parti


Apakah Umno sedia untuk melepaskan kerusi tradisi mereka yang dimenangi dalam PRU lalu kepada Bersatu?
Ini semua perlu diambil kira oleh Bersatu untuk mengekalkan survivalnya

Umno dengan memomentum yang dimilikinya selepas PRU14 melalui kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional berkemungkinan besar akan memperoleh sokongan padu di kerusi majoriti Melayu

Pun begitu ada ura-ura mengatakan bahawa Umno telah bersedia untuk "berkorban" dan memberi laluan untuk Bersatu bertanding di kerusi tradisi mereka

Muhyiddin perlu memikirkan kedudukannya dan juga Bersatu, jika perlu untuk kembali ke pangkuan Umno dan membubarkan Bersatu bagi menyelamatkan kedudukannya dan menguatkan parti Melayu, tidak ada salahnya untuk beliau kembali bersama Umno

Bahkan Muhyiddin sudah begitu lama dalam Umno sebelum dipecat, Umno bukan sesuatu yang asing bagi beliau

Cuma persoalannya, apakah pemimpin Bersatu yang berada di tampuk kuasa ketika ini sedia untuk menjadi anggota biasa dalam Umno, begitu juga dengan kesediaan Umno untuk menerima bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan pasukannya

Isu ini tampak sensitif untuk dibincangkan, bahkan pemimpin kedua-dua parti bila dihubungi kurang senang untuk mengulas mengenai perkara ini

Bagaimanapun hala tuju parti dan PN perlu difikirkan sekarang agar bahtera yang ketika ini belayar di tengah lauatan tidak rosak dilanda badai dalam PRU15 nanti

HASPAIZI ZAIN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/bubar-bersatu-atau-bubar-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubar Sahaja Bersatu Masuk Umno Seperti S46

Bubar Sahaja Bersatu Masuk Umno Seperti S46

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 280 hits
Bersatu menerima tamparan hebat apabila pemimpin vokal Umno Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mencadangkan agar parti itu dibubarkan dan ahlinya menyertai Umno seperti Semangat 46 Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata Bersatu tidak boleh menjadi...
Bersatu Sertai Umno Pas Bermesyuarat Formal Esok

Bersatu Sertai Umno Pas Bermesyuarat Formal Esok

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 351 hits
MALAYSIA DATELINE Sekretariat tiga parti termasuk Bersatu buat kali pertama secara formal akan mengadakan mesyuarat esok yang akan diwakili lima pemimpin bagi setiap parti Sebelum ini di peringkat parti antara Umno dan Pas mengadakan mesyua...
Kolum Apa Beza Bersatu Dengan Umno

Kolum Apa Beza Bersatu Dengan Umno

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 292 hits
KOLUM Ironinya kelangsungan Bersatu semakin diperkatakan tatkala pimpinannya berada di kemuncak kuasanya Pada 9 Mei 2018 Bersatu tidak lebih sebagai sebuah parti politik yang belum genap dua tahun usianya diterajui Mahathir Mohamad yang ber...
Mca Mic Berebut Kerusi Majoriti Melayu Sebelum Umno Bersatu Dan Pas Berunding

Mca Mic Berebut Kerusi Majoriti Melayu Sebelum Umno Bersatu Dan Pas Berunding

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 515 hits
MALAYSIA DATELINE Dua parti sekutu Umno sejak era kerajaan Perikatan dilihat merancang untuk bertanding di kerusi majoriti pengundi Melayu pada PRU15 nanti mendahului rundingan antara Umno dengan Bersatu dan Pas Presiden Ikatan Muslimin Mal...
Umno Nak Ker Berkorban Demi Bersatu

Umno Nak Ker Berkorban Demi Bersatu

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 258 hits
Seorang ahli Majlis Tertinggi PPBM berkata Umno perlu banyak berkorban sekiranya ia mahu gabungan politik Perikatan Nasional diteruskan dengan lebih serius Malah menurut Wan Saiful Wan Jan PN berpotensi menjadi lebih stabil daripada Pakatan...
Umno Pekan Puji Ppbm Tak Letak Calon Bukti Parti Melayu Kembali Bersatu

Umno Pekan Puji Ppbm Tak Letak Calon Bukti Parti Melayu Kembali Bersatu

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 317 hits
PETALING JAYA Umno Pekan hari ini memuji keputusan PPBM tidak bertanding pilihan raya kecil DUN Chini pada 4 Julai Setiausaha Ahmad Aazmey Abu Talib berkata ini membuktikan parti Melayu kembali bersatu perkembangan yang boleh membantu jente...
Pemimpin Umno Sifatkan Bersatu Sebagai Bankrap Politik

Pemimpin Umno Sifatkan Bersatu Sebagai Bankrap Politik

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 632 hits
KERELAAN Parti BERSATU berunding dengan rakan lamanya dalam Pakatan Harapan iaitu PKR menggambarkan begitu terdesaknya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencari jalan melepasi ujian getir sidang Parlimen Julai depan seterusnya ...
Ppbm Akan Kembali Ke Pangkuan Umno Atau Ahli Baru Muafakat Nasional

Ppbm Akan Kembali Ke Pangkuan Umno Atau Ahli Baru Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 477 hits
Bulat air kerana pembentung bulat kata kerana muafakat Apa yang dapat kita tafsirkan dari gambar di atas 8 Jun yang lalu Setiausaha Agung PAS Dato Takiyuddin Hassan telah memberikan gambaran akan ada satu bentuk kerjasama di antara Muafakat...
Ph Tak Takut Bubar Parlimen Ph Tunggu Keputusan Kes Mahkamah Orang Umno

Ph Tak Takut Bubar Parlimen Ph Tunggu Keputusan Kes Mahkamah Orang Umno

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 332 hits
Antara sebab mengapa dikatakan Pakatan Harapan takut jika Parlimen dibubar bagi membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan Menurut pandangan penulis PH sebenarnya tidak takut sebaliknya menunggu keputusan kes di mahkamah terhadap beberapa orang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities