Buat Sendiri Sizzling Yee Mee Kegemaran Anak Anak
Buat Sendiri Sizzling Yee Mee Kegemaran Anak-Anak. Assalamualaikum wbt & hello October! Bila anak-anak makin besar, makin pandai depa request nak makan tu nak makan ni... Tapi bila setiap kali keluar makan kat luar, depa dok request makanan yang sama ja iaitu Sizzling Yee Mee. Bila dah asyik request menu yang sama ja mestilah CH perasan yang mereka suka makan. Jadi lebih baik la CH buat sendiri dan anak-anak boleh makan banyak
Buat Sendiri Sizzling Mee Kegemaran Anak-Anak
Resipi Sizzling Mee ni CH belajar dengan mak saudara suami. Siap praktikal buat step by step lagi. Terima kasih Mama atas tunjuk ajar.
Belajarnya dah lama tapi baru-baru ni saja yang CH buat.. Nasib baik resipi yang di turunkan tu CH masih ingat. Alhamdulillah, Sizzling Mee CH menjadi.
Sizzling Yee Mee
Dulu masa tak tahu cara nak buat, CH ingatkan susah. Rupanya senang saja... Nak tahu senang atau tak, korang tengok resipi di bawah.
Resipi Sizzling Yee Mee Mudah dan Sedap
Resipi Sizzling Mee Mudah Dan Sedap
Bahan:
1 bungkus yee mee1/2 kg ayam - di potong kecil ( saiz ikut suka)10 biji cendawan shitake - rendam sehingga lembut dan dibelah 210-15 biji chicken ball - di belah 26-10 ulas bawang putih - di cincang halus2 cm halia - dihiris 2 ketul kiub pati ayam3-5 sb kicap manis3-5 sb sos tiram2sb kicap pekat - takde pun takpe. Cuma kuah nanti tak hitam macam kat kedai la1sb lada hitam tumbuk/ serbuk5-8 biji cili kering - di potong 2. Letak sikit if taknak pedas. CH tak letak. Tepung jagung secukupnya. Garam secukupnyaMinyak secukupnyaair secukupnya6 biji telur1 ikat sawi / pak choi
Caranya:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi dan sedikit garing. Masukkan ayam dan gaul rata
Tambah halia dan lada hitam. Gaul rata sehingga ayam separuh masak.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, kiub ayam, cendawan shitake dan garam secukupnya. Biarkan sehingga mendidih atau sehingga ayam masak.
Tambah cili kering. Gaul rata.
Bancuh tepung jagung dengan air. Masukkan dalam kuah. Gaul rata sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah tidak pekat macam kat kedai, tambah bancuhan tepung jagung lagi sehingga mendapat kepekatan yang kita mahukan.
Dah siap kuah.
Bila nak makan, panaskan kuah dalam kuali kecil yang lain sehingga mendidih. Masukkan yee mee dan sayur sawi. Biarkan sehingga yee mee lembut dan sayur separa masak, masukkan telur. Biarkan telur separa masak.
Angkat dan hidangkan dalam pinggan.
selamat mencuba uolls
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.yatizul.com/2020/10/buat-sendiri-sizzling-yee-mee-kegemaran.html