Buat Sendiri Bergedil Tauhu Ayam
Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Buat Sendiri Bergedil Tauhu Ayam | Kisah weekend lepas... Disebabkan anak-anak dah lama tak makan bergedil, kebetulan semua bahan ada... So, Fiza merajinkan diri buatkan bergedil untuk anak-anak.
Bahan Untuk Bergedil Tauhu Ayam
Antara bahan yang diperlukan untuk buat bergedil tauhu ayam adalah seperti tauhu 5 ketul, isi ayam agak-agak 400gram macam tu. Lagi banyak lagi sedap. Kemudian, beberapa biji bawang merah dan bawang putih. Hirisan daun bawang, lada putih, 2 biji telur dan sedikit garam sebagai perasa.
Untuk cara membuatnya pulak... Pertama, kisarkan tauhu hingga halus. Ayam pun sama jugak, kisar sampai halus. Bawang merah dan bawah putih pun kisar halus. Then, campurkan semua. Tambah 2 biji telur, masukkan daun bawang, serbuk lada dan garam. Kalau nak tambah hirisan lobak merah pun boleh. Disebabkan Fiza takde, Fiza hanya letak daun bawang sahaja. Bila semua dah digaul rata, bolehla kukus selama 40 minit. Dah masak, nak goreng... Kena potong terlebih dahulu dan salutkan dengan telur. Dah boleh goreng. Ada jugak yang buat salutan guna serbuk roti. Fiza nak elak guna tepung, so Fiza salut guna telur je... Pun dah ok.
Mudah kan?
Daripada bagi nugget yang ada di pasaran, better buat bergedil sendiri ala-ala nugget ni, confirm anak-anak suka. Fiza suka makan bergedil stail macam ni dengan sambal kicap. Sedaaaappp sangat. Alhamdulillah...
Actually, Fiza dah banyak kali repeat buat. Cumanya, baru sekarang teringat nak share di sini bila tertengok gambar di dalam galeri phone. Sebelum kena delete, better update di sini... Sekurang-kurangnya ada jugak bahan nak bercerita. Kann?
Oh! Ya, satu info pasal tauhu ni. Ada orang kata... Siapa yang ada masalah tiroid, kena elakkan... Sebab ianya berasaskan soya. Kalau makan, boleh menyebabkan letih, lesu dan lemah dalam masa yang sama.
Sejauh mana kebenarannya... Wallahu'alam.
Setakat ni untuk Fiza... So far ok je. Lagipun Fiza makan dalam kuantiti yang sedikit. Buat raso-raso. Hehe...
Kalau korang ada pengalaman, share la di ruangan komen yea. Siapa tahu... Ada yang tak boleh makan tauhu lansung.
Terima kasih...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2024/07/buat-sendiri-bergedil-tauhu-ayam.html