Dua Tiga Kali Makan Di Restoran Nasi Ayam Hainan
Assalamualaikum WBT
NAMPAKNYA Pak Inche dah tersampuk dengan Restoran Nasi Ayam Hainan Makanan Cina Muslim pulak. Tak serik makan dalam gelap hari tu, diajak Sk pergi lagi makan di restoran yang terletak di Taman Senai Utama ni. Sk layankan, adik yang ambil pesanan tu siap dah kenal kami walaupun baru datang kali kedua. Dia kata, hari tu pun duduk meja ni (meja sama) juga.
Tak sabar-sabar nak makan walaupun dah pesan banyak kali, Camera Eat First. Dia cuma menurut perintah kalau Sk yang belanja 😄. Ni PI makan Cantonese Kuey Teow
Sk pulak makan Hot Plate Yee Mee. Susah betul ambil gambar makanan dalam gelap ni. Kami duduk luar kedai yang kurang pencahayaan
Dapat jugaklah rasa Nger Heong ni. Hari tu batalkan pesanan sebab macam dorang tak sempat nak buat. Pelanggan ramai dan black out pulak masa tu.
Ni malam tadi pulak, datang kali ketiga dan kali ini bertiga dengan Iman. Sebenarnya, dalam beberapa hari lepas pun PI ada mengajak ke sini tapi Sk menolak. Yang ni Sk pesan Fried Prawn Dumpling, sedap.. tapi kekurangannya cicah dengan sos cili bukan garlic chilli oil. Empat ketul ni tak silap RM5.50
Sk pesan Mee Kari Nyonya dan minta kurangkan santan tapi staf yang ambil pesanan beritahu, kuah tu memang datang dari kilang macam tu. Pelik jugak bila dia sebut kilang tu, agaknya sebab restoran ni kan ada cawangan, jadi nak kekalkan standard makanan, ada kilang khas yang keluarkan produk dia. Tak serik, onz ajelah, santan pekat pun.
PI dan Iman makan Nasi Ayam. Nasi Ayam ada pelbagai pilihan, nak ayam steam ( Hainan), goreng atau roasted. Boleh add on sayur, sambal, sup, nasi juga macam di restoran nasi ayam yang terkenal tu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/07/dua-tiga-kali-makan-di-restoran-nasi.html