Buat Kerja Part Time Foodpanda
Assalamulaikum korang,
Actually bulan Mei tahun ni BBL nak ke Osaka, Jepun. Tiket dah beli pertengahan 2018 lepas. Fuh semangat tu kemain mengelabah tengok AirAsia buat promo tiket flight murah pergi sana. Alang-alang nak melawat negeri orang, kenalah prepare duit belanja. Al maklum nak pergi tempat maju nie. Nak pendekkan cerita BBL buat la part time sebagai Foodpanda rider. Setakat ni alhamdulilah dapat la side income sikit setiap minggu.
Best tak jadi Foodpanda rider?
Best bila order banyak masuk sampai tak menang tangan dan tak best bila pishang tunggu order masuk. Saya buat Foodpanda area Subang sebab kawasan ni beroperasi 24 jam selain ramai customer. Means orang Subang agak 'malas' nak keluar dari rumah dorang. Lapar je, boleh order online selain banyak food store dalam coverage Subang.
Macam mana Foodpanda rider bekerja?
Ha ni soalan paling cepumas BBL dapat bila orang tanya tentang food rider. Semua order customer akan masuk melalui applikasi khas. Maksudnya, semasa waktu bekerja..sistem akan menghantar order request secara automatik terus ke app. Bila dengar notifikasi berbunyi..terus accept job tersebut dan bergegas ke vendor untuk pick up makanan. Then hantar makanan ke alamat customer.
Jangan risau semua alamat customer boleh access dengan google map atau waze. BBL guna google map je senang. Coverage penghantaran adalah dalam 5km je. Kadang-kadang dekat je jarak dari vendor ke rumah/pejabat customer. Biasanya jarang order jauh-jauh dalam ping.
Boleh ke buat part time?
Lagi soalan popular orang tanya. Foodpanda ada applikasi khas untuk jadual kerja. Jadual akan keluar setiap hari Rabu, means korang boleh book shift mana nak kerja seminggu awal. Waktu ni pilih la nak kerja hari apa, pukul berapa, berapa jam dalam app tu. Macam gambar bawah ni.
Kalu rasa rajin boleh amik dua shift berturut atau boleh split dua shift. Contoh pagi amik shift 3 jam pastu malam amik shift 4 jam. Tengahari balik rehat kemudian sambung balik kerja. Sangat flexible waktu kerja. Terpulang pada kerajinan korang nak buat Foodpanda. Nak duit lebih, amik la shift banyak sikit. Ada je rider amik shift 10 jam sehari.
Nak buat part time pun boleh, full time pun boleh. Check roaster je, kalu kebetulan hari ni korang free dan rasa nak buat panda..check shift available tak then terus grab shift. Senang je sebab semua pakai applikasi.
Gaji macam mana pulak..
Setiap 1 jam Foodpanda bayar RM5.00 & RM6.00 pada weekend. Ni basic payment. Lepas 3 bulan bekerja, gaji akan naik sejam RM6.00 & RM7.00 weekend. Bila dah 6 bulan kerja gaji naik RM7.50 sejam & RM8.50 pada weekend. Manakala 1 trip delivery akan dapat tips RM3.00. Dalam masa sejam mungkin boleh dapat 4 order bergantung kepada permintaan order dalam kawasan tersebut.
Ada rider buat partime Jumaat, Sabtu & Ahad dapat income lebih kurang RM250.00 plus. So dapat la duit sementara tunggu gaji hujung bulan kan. Yang bestnya..Foodpanda bayar gaji secara mingguan. Setiap hari Selasa akan dapat gaji. Kalu sengkek tengah bulan, buat panda ada la duit belanja makan. Kadang-kadang tak merasa seminggu sebab masa berlalu cepat..tut tut gaji dah dapat. Tu la benefit kerja panda.
Macam mana nak register Foodpanda ni..
First kena register kat https://rider.foodpanda.my & setakat ni Foodpanda hanya available untuk kawasan Kuala Lumpur (Lembah Klang, Shah Alam, Klang), Johor Bharu, Penang dan Kota Kinabalu. Mungkin next time akan expend ke seluruh Malaysia.
Nanti dah register, anda akan dapat sms untuk datang ke office Foodpanda untuk dengar taklimat. Then "praktikal" bersama senior tentang cara penghantaran dan boleh terus register jadi Foodpanda rider.
Tempoh hari BBL buat praktikal dalam sejam lebih terus pandai cara penghantaran dan boleh register untuk id password applikasi Foodpanda. Pergi office amik merchandise - baju pink, bag thermos dan beg Foodpanda (yang besar kat belakang motor tu). Esoknya terus boleh buat panda.
- kit kerja diberi secara percuma -
Nak ada apa jadi rider Foodpanda?
First kena ada motorsikal. Kalu tak ada macam mana nak hantar makanan kan. Incase tak ada motor, coming soon anda boleh sewa motorsikal elektrik dengan Foodpanda (ini akan datang tapi tak sure bila). Eloknya ada motorsikal sendiri la..senang sikit
No 2 mesti ada lesen P, roadtax mesti hidup..lagi bagus ada personal insurance risau apa-apa yang tak baik berlaku semasa deliver food. Mintak jauh la perkara buruk berlaku seperti kemalangan.
No 3 akaun bank CIMB. Gaji dibayar melalui CIMB Bank. Bank lain tak ada masalah cuma lambat sikit la. Hari Selasa, rider yang ada akun CIMB akan dapat dulu, bank lain tunggu float clear baru merasa duit..beza sehari macam tu je. Nak cepat BBL suggest bagi no akaun CIMB atau rider panggil sotong hahahahaha
Pengalaman jadi rider Foodpanda
Setakat ni alhamdulilah masih baik dan seronok dapat hantar makanan panas-panas ke customer. Belum pernah lagi dapat customer cerewet. Yang salah masuk alamat tu standard le. Hingga entri ni siap, saya buat rider waktu siang je..tak amik lagi shift malam. Maybe next time nak try kerja malam tapi risau hujan je. Maklumlah sensetif sikit kalu kena air hujan ni. Kan deman pulak.. hehehe
Okay lah BBL nak check roaster kerja dulu. Kan kuota shift penuh pulak. Kalu korang ada apa-apa soalan boleh komen. Nanti saya jawab okeh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/01/buat-kerja-part-time-foodpanda.html