Buat Kajian Teliti Sebelum Benar Penggunaan Ketum


BH ONLINE
 Buat kajian teliti sebelum benar penggunaan ketum. - Foto NSTP
KERAJAAN Thailand baru-baru ini mengeluarkan ketum yang sekian lama digunakan sebagai ubat herba, daripada senarai dadah berbahaya, sekali gus membolehkannya digunakan secara terbuka. Ketika tindakan itu dikritik banyak pihak, ada pula cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan kebenaran menanam ketum di Malaysia.
Wartawan BH, Faris Fuad mendapatkan pandangan Pensyarah Kanan dan Penyelidik di Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Darshan Singh serta Ketua Jabatan Jenayah di Tetuan Akram Hizri Azad dan Azmir, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid, mengenai polemik antara manfaat dan mudarat ketum.
Soalan (S): Apa pandangan supaya penggunaan ketum dibenarkan seperti dilakukan Thailand?
Jawapan (J): Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengikut jejak Thailand. Kita perlu faham, Malaysia mempunyai masalah penyalahgunaan dadah yang berlarutan lama. Kita mempunyai dasar yang tidak akan sekali-kali bertolak ansur terhadap isu dadah dan individu menyalahgunakannya.
Thailand pula mengambil masa lama untuk membuat kajian terhadap kesan membenarkan penggunaan ketum. Mereka mengadakan pertemuan secara aktif dengan penanam ketum untuk melihat wujud penyalahgunaan atau dijual secara haram. Mereka juga mendapatkan maklum balas masyarakat mengenai isu ketum. Kerajaan Thailand turut menyediakan dana cukup untuk penyelidik melihat kebaikan dan keburukan ketum selain keuntungannya, jika dijual dari sudut ekonomi. Semua perkara itu membantu Thailand membuat keputusan.
Di Malaysia, kita tidak mencapai lagi tahap di mana satu keputusan boleh diambil untuk menentukan kebenaran menggunakan ketum. Ada beberapa isu berlegar. Pertama, penyelidik di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) meneruskan kajian mereka untuk menunjukkan faedah terapi daripada penggunaan ketum, terutama merawat kesakitan dan kemungkinan bagi rawatan penyalahgunaan opioid atau morfin dan heroin. Kurang perbincangan antara penyelidik isu ketum dan pembuat dasar di Malaysia, malah mereka masih melihat ketum sebagai masalah dadah yang serius berbanding Stimulan Jenis Amfetamin (ATS) yang mula meningkat naik di negara ini.
Pembuat dasar atau kerajaan perlu menjalankan beberapa kajian bagi melihat impak penggunaan ketum di negara ini sebelum mula berbincang untuk membenarkan penggunaan bahan itu. Kita tidak perlu terburu-buru dan ikut langkah Thailand.
Malaysia sudah tentu boleh mengambil sikap tunggu dan lihat. Jika ketum tidak memberi mudarat sosial dan kesihatan kepada Thailand, maka kita boleh mula membincangkan bagaimana ia boleh dikawal dan dibenarkan digunakan di negara ini.
Saya khuatir jika ketum dibenarkan, ia boleh menimbulkan beberapa isu tidak sepatutnya. Sebab itu, saya menekankan kajian menyeluruh bagaimana isu penanaman ketum boleh diselesaikan, bagaimana kita mengawal penjualan dan amaran terhadap masyarakat yang menyalahgunakan bahan berkenaan.

Dr Darshan Singh. S: Polemik dalam isu membabitkan ketum adalah antara manfaat dan mudarat. Boleh jelaskan?
J: Pada masa ini, orang awam mempunyai persepsi negatif atau mendapat maklumat salah berkenaan ketum. Saya percaya media juga ada mengeluarkan pandangan negatif terhadap ketum dengan banyak laporan disiarkan mengenai penyeludupan daun ketum secara haram di negara ini.
Walaupun penyelidik berjaya menunjukkan kebaikan dan kesan minimum penggunaan ketum berbanding dadah seperti heroin dan methamphetamine, ramai masih gagal melihat ketum dari sudut pengurangan kemudaratan di negara ini.
Kajian di lapangan menunjukkan ketum boleh digunakan terhadap individu yang ambil heroin dan methamphetamine, berikutan itu ia membantu mereka mengurangkan kebergantungan terhadap dadah berkenaan serta kurangkan intensiti gejala tarikan. Individu boleh menggunakan ketum sebagai bahan selamat dengan harga berpatutan untuk menggantikan dan mengurangkan ketagihan dadah.
Ada beberapa orang kurang berminat menyertai program rawatan kerana diskriminasi masyarakat, maka mereka memilih melakukan rawatan sendiri menggunakan ketum bagi menangani masalah ketagihan dadah. Malangnya, ada beberapa pihak tidak menggunakan ketum dengan betul, sebaliknya dicampur ubat batuk atau 'chakaroi' menyebabkan ketagihan dan masalah kesihatan.
Ada juga bukti menunjukkan mereka yang menyuntik dadah, boleh mengelak berbuat demikian dengan menggunakan ketum. Trend itu mengurangkan penyebaran HIV dalam kalangan pengguna dadah yang berisiko atau terbabit aktiviti seksual.
Pada masa ini, kita boleh menjangka kira-kira 20,000 pengguna ketum di negara ini dengan penduduk di Kedah dan Perlis sudah menggunakan ketum sekian lama dan kita tidak pernah dengar ada yang maut akibat penggunaan bahan berkenaan secara kerap. Ia tidak semestinya seseorang menggunakan ketum pada jangka masa panjang akan memberi kemudaratan teruk kepada kesihatan. Jika ia berlaku, baru kita boleh kata ketum itu memudaratkan.
Sekarang, maklumat kemudaratan penggunaan ketum tidak disiasat secara menyeluruh lagi, maka kita tidak boleh kata bahan itu berbahaya. Satu perkara yang menyedihkan apabila agensi penguatkuasaan selalu mengatakan ketum bahaya untuk dibenarkan penggunaannya di Malaysia.
S: Ketum antara herba digunakan sekian lama untuk tujuan kesihatan. Apakah ia terbukti dari segi klinikal?
J: Ketum sudah digunakan beberapa abad sebagai perangsang ringan dadah untuk menambah stamina dan tenaga, selain merawat dan menyelesaikan masalah kesihatan seperti cirit-birit, batuk, tekanan darah tinggi atau luka. Namun setakat ini tiada kajian sains untuk menyokong dakwaan itu.
Bagaimanapun, kita ada bukti dan data sains mengatakan ketum berpotensi untuk merawat atau mengurangkan intensiti gejala kesakitan. Bermakna, ia mempunyai sifat analgesik sebagai ubat penahan sakit seperti opioid (candu/morfin) dan mengurangkan risiko kesan sampingan berbanding opioid. Oleh itu, ketum dapat dikembangkan sebagai pilihan rawatan untuk merawat kebergantungan opioid dan simptom kesakitan.
Selain itu, ketum boleh memberi kesan kepada mood seseorang. Ada kajian menunjukkan ketum boleh merawat individu gelisah, murung dan stres. Di luar bandar, warga lebih tua biasanya menggunakan ketum pada waktu petang untuk bersosial dengan rakan. Penggunaan ketum tidak menyebabkan seseorang bertindak ganas seperti kesan jenis dadah lain.
Saya juga melihat pengguna methamphetamine menggunakan ketum untuk merawat masalah kesihatan mental. Setakat ini, tiada rawatan diluluskan untuk mengubati pengguna berkenaan, kecuali khidmat kaunseling. Namun, mereka memilih untuk menggunakan ketum kerana boleh menstabilkan mood yang sentiasa berubah.
S: Pengawal selia perubatan beberapa negara melihat tindakan Thailand berisiko wujudkan ketagihan dan penyalahgunaan. Apa komen?
J: Di AS, ketum dikategorikan sebagai dadah dan herba selamat untuk preskripsi dan menangani masalah penagihan dadah lain. Namun, penjualan dan pengagihan yang tidak dipantau menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Perkembangan ini menyebabkan pengawal selia perubatan seperti FDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan) menyarankan penggunaan ketum di bawah senarai dadah berbahaya seperti heroin dan morfin.
Kebanyakan produk ketum tidak selamat digunakan kerana ia selalu diubah sesuai dengan bahan tidak dikenali di AS. Walaupun ketum dilapor menyebabkan ketagihan dan penyalahgunaan, tiada kajian menyeluruh menunjukkan penggunaannya secara kerap dan pada jangka masa panjang akan menimbul kesan serius termasuk ketagihan serta penyalahgunaan.
S: Ketum sebagai ubat alternatif kepada metadon bagi merawat pesakit yang mengalami ketagihan opioid seperti heroin. Apa komen?
J: Ya. ketum boleh dijadikan rawatan alternatif kepada metadon, namun pada masa ini, kita perlu membuat lebih banyak kajian mengenai keberkesanan ketum terhadap metadon kerana ia mempunyai sifatnya tersendiri. Kita percaya ketum boleh digunakan sebagai kaedah rawatan baharu terhadap ketagihan opioid.
S: Kebenaran penggunaan ketum membuka banyak ruang khususnya penyelidikan terhadap manfaat tanaman itu. Sejauh mana ia benar?
J: Ramai pakar sains bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia mengkaji sifat dan keberkesanan ketum. Malah, ramai warga AS menjalankan kajian mengenai ketum berminat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap ketagihan opioid. Mereka mahu mewujudkan rawatan baharu yang mempunyai kesan minimum dan merawat ketagihan opioid.

Ketum adalah bahan terlarang seperti diperuntukkan dalam Jadual Ketiga Akta Racun 1952 dan selanjutnya menjadi kesalahan di bawah Seksyen 30(3) akta sama, sekiranya seseorang itu didapati memiliki, memproses, mengeksport, mengimport, menjual (dan sebagainya) bahan terbabit. - Foto NSTP S: Manfaat perubatan tinggi dijadikan pertimbangan untuk mewajarkan kebenaran penggunaan ketum. Wajarkah kita mengambil risiko untuk ini?
J: Kita perlu secepat mungkin mengkaji secara menyeluruh kesan membenarkan penggunaan ketum di Malaysia. Kita tidak boleh sewenangnya mengikut langkah Thailand yang membenarkan penggunaan ketum.
Sudah tentu kebenaran guna ketum akan menyelesaikan masalah kesesakan banduan di lokap, meminimumkan kos prosiding di mahkamah dan menjana pendapatan ekonomi negara. Saya berpendapat perlu ada banyak kajian dari pelbagai sudut, sebelum mengambil langkah membenarkan penggunaan ketum di negara ini.
Kita tidak mahu rakyat mempersalahkan kerajaan kerana melonggarkan undang-undang dengan membenarkan penggunaan ketum termasuk penanaman pokok berkenaan. Sebagai contoh penggunaan ganja dibenarkan di AS untuk aktiviti rekreasi, namun perkara itu menyebabkan ramai anak muda mereka terjebak dengan ganja sehingga menjejaskan pembelajaran dan masalah kesihatan.
Kita tidak mahu perkara sama berlaku di Malaysia. Maka, sangat penting pihak berkepentingan memberi pandangan dan penyelesaian berkaitan isu ketum yang sudah berlarutan lamanya di Malaysia.
S: Mana lebih tepat menggambarkan penggunaan ketum. Membawa manfaat atau mengundang mudarat?
J: Saya rasa sesi dialog berkaitan isu ketum perlu menyentuh aspek perubatan kerana ketum mempunyai sifat unik terhadap aspek penjagaan kesihatan. Kajian awal mengatakan ketum boleh dijadikan rawatan kepada individu menyalahgunakan morfin, heroin dan opioid.
Saya juga minta orang ramai jangan menyalah guna ketum kerana ia boleh mengakibatkan ketagihan. Sejak air ketum dijual meluas, orang ramai guna pelbagai kaedah untuk menghasilkan air itu. Pengguna ketum diminta lebih berhati-hati apabila membelinya kerana tidak tahu kandungan air berkenaan.
Kawal ketat salah guna bahan elak ketagihan
Soalan (S): Sejauh mana ketum membimbangkan dan apa kedudukan tanaman itu dari segi akta di negara kita?
Jawapan (J): Ketum sejenis tumbuhan yang mengandungi bahan psikotropik dinamakan Mitragynine. Ia bahan terlarang seperti diperuntukkan dalam Jadual Ketiga Akta Racun 1952 dan selanjutnya menjadi kesalahan di bawah Seksyen 30(3) akta sama, sekiranya seseorang itu didapati memiliki, memproses, mengeksport, mengimport, menjual (dan sebagainya) bahan terbabit.
Setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah badan penguatkuasaan yang sering terbabit dalam kes tangkapan pesalah yang memiliki tumbuhan atau hasil pemprosesan ketum. Antara isu utama dihadapi pihak berkuasa adalah faktor di mana ketum adalah tumbuhan asli di Asia Tenggara. Oleh demikian, ia bukan hanya ditanam pihak tertentu, malah tumbuh meliar di sekitar Malaysia.
Keadaan ini menyukarkan pihak berkuasa mengesan dan seterusnya membendung penanaman dan pemprosesan ketum. Acap kali tangkapan dibuat selepas bahan tumbuhan itu dituai dan selanjutnya diproses menjadi minuman serta dijual di port rahsia.
Realitinya, kes penyalahgunaan ketum pada peringkat membimbangkan kerana kes tangkapan membabitkan tumbuhan dan hasil pemprosesan ketum, terutama di kawasan luar bandar adalah signifikan. Tidak kurang juga tangkapan dibuat berkenaan pemprosesan secara besar-besaran menunjukkan wujudnya sindiket yang memproses serta mengedar ketum dalam skala luas.

Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid. S: Apa pandangan mengenai cadangan supaya kerajaan membenarkan penggunaan ketum seperti dilakukan Thailand?
J: Kerajaan tidak sepatutnya mengambil langkah sama. Meskipun ia dibenarkan di negara itu, harus ditekankan bahawa kebanyakan negara lain seperti Australia, New Zealand, Kanada, United Kingdom (UK), malah Amerika Syarikat (AS) juga kini dalam usaha mengharamkan penggunaan ketum bagi tujuan perubatan mahupun penggunaan rekreasi.
Isu utama diketengahkan dalam penggunaan ketum adalah kesan penggunaan bahan itu kepada pengguna. Ia satu bahan yang dikategorikan sebagai psikotropik dan membawa sensasi euphoria serta mempunyai kesan yang hampir sama dengan bahan opioid dan selanjutnya boleh membawa kepada kebergantungan serta ketagihan.
Penyokong penggunaan ketum sering kali menyatakan kesan penggunaan bahan itu bagi merawat pelbagai penyakit dengan bergantung penggunaan bahan terbabit secara tradisional sejak turun-temurun. Namun tidak wujud sebarang bukti klinikal konklusif yang dapat membuktikan kebaikan penggunaan bahan terbabit dari segi perubatan. Malah, berdasarkan penyelidikan sedia ada, kesan buruk akibat penyalahgunaan ketum jauh mendahului sebarang kesan perubatan yang wujud (sekiranya terbukti). Inilah rasional mengapa kebanyakan negara memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan bahan terbabit biarpun dari sudut perubatan mahupun rekreasi.
Harus ditekankan bahawa dalam menentukan sama ada sesuatu bahan terbabit sepatutnya dibenarkan ataupun sebaliknya, perkara wajib diambil kira adalah keseimbangan kesan terhadap penggunanya pada jangka masa panjang. Terdapat pelbagai bahan ubatan lain seperti morfin dan heroin sebagai contoh, di mana ia berasal daripada tumbuhan (morfin dan heroin daripada tumbuhan opium poppy yang pada peringkat awal dijadikan ubatan secara meluas.
Selepas kesan dan impak buruknya dikenal pasti, ia secara terus diharamkan untuk penggunaan bebas dan sebaliknya dikawal ketat serta hanya digunakan bagi tujuan klinikal. Itu pun hanya boleh dikeluarkan pihak tertentu seperti doktor perubatan.
Jika Malaysia ingin membenarkan penggunaan ketum secara meluas, kajian saintifik yang mendalam diperlukan serta harus mendapat persetujuan badan saintifik dan perubatan dunia bagi membuktikan bahawa bahan terbabit benar-benar selamat digunakan. Jika ini berjaya dijalani, penggunaan bahan itu juga perlu secara terkawal dan bukannya bebas.
S: Benarkah kebenaran penggunaan ketum akan mengurangkan risiko penyalahgunaan bahan itu?
J: Bagi memahami impak penyalahgunaan ketum, kita harus memahami cara ia disalah guna terlebih dahulu. Kerap kali di Malaysia kedengaran penggunaan bahan ketum diproses untuk menjadi minuman. Kebiasaannya, penyalahgunaan bahan berkenaan membabitkan tindakan mencampur air ketum dengan bahan lain, terutama ubat batuk. Ubat batuk digunakan biasanya daripada jenis Kodein, juga salah satu bahan terlarang dan di bawah kawalan ketat.
Namun, pesalah kini lebih kerap mencampurkan air ketum dengan bahan ubat batuk Diphenhydramine yang didapati di farmasi. Ia juga bahan terkawal, akan tetapi lebih mudah dibeli. Hasil campuran ubatan terbabit dengan air ketum (dan juga bahan lain) menghasilkan kesan euphoria atau khayal lebih kuat serta lama. Inilah kesan yang membawa kepada penyalahgunaan bahan terbabit.
Seperti dinyatakan sebelum ini, penyalahgunaan ketum dalam satu tempoh masa boleh membawa ketagihan akibat kesan opioid, selain kebergantungan mental. Jika penggunaan ketum secara terbuka dibenarkan kerajaan, maka ia boleh membawa kepada peningkatan kadar ketagihan, terutama sekiranya ia tidak dikawal ketat.
S: Ketum dikatakan boleh menjadi ubat alternatif kepada metadon bagi merawat pesakit yang mengalami ketagihan opioid seperti heroin. Mungkinkah ia berguna dalam rawatan pemulihan penagih?
J: Memang terdapat kalangan pengguna ketum menggunakan ia bagi tujuan rawatan gantian untuk mengawal impak ketagihan dadah seperti heroin dan menjadi alternatif kepada bahan metadon. Akan tetapi, harus dilihat sama ada rawatan tersebut efektif atau sama ada penggunaan ketum boleh mencapai kesan dikehendaki dalam menangani ketagihan.
Metadon bahan digunakan di Malaysia dalam usaha membantu penagih dadah jenis opioid untuk menangani kesan ketagihan teruk akibat penggunaan dadah berpanjangan. Pengeluaran bahan metadon dikawal ketat dan hanya mereka yang berdaftar boleh mendapatkan dos berkenaan. Penggunaan metadon juga terkawal kerana pengguna perlu menggunakan dos terbabit di pusat di mana bahan terbabit diberikan (sebagai contoh di hospital).
Ini memastikan tiada penyalahgunaan bahan berkenaan berlaku dan dos penggunaan terkawal. Ia juga mengelakkan berlaku pertukaran antara ketagihan kepada satu bahan, kepada ketagihan bahan yang lain.
Sekiranya kerajaan ingin menggunakan bahan seperti ketum sebagai alternatif kepada metadon, kajian saintifik dan klinikal mendalam perlu dijalankan dan keputusan tidak boleh dibuat berdasarkan laporan anekdotal semata-mata. Malah, harus juga ditekankan penggunaan ketum boleh membawa ketagihan agak teruk.
Tanpa sebarang kajian saintifik dan klinikal mendalam, adalah terlampau terburu-buru untuk satu keputusan dibuat di peringkat ini.
S: Selain manfaat perubatan, pertimbangan dibangkitkan untuk membenarkan penggunaan ketum adalah permintaan tinggi. Apa komen?
J: Permintaan tinggi terhadap bahan terlarang tidak sepatutnya menjadi satu pemangkin kepada keputusan sesebuah kerajaan dalam membenarkan penggunaan bahan itu. Antara tugas kerajaan dalam memimpin adalah untuk menggubal undang-undang berlandaskan kepentingan masyarakat dan negara, bukan kehendak sesetengah pihak dan populariti isu dibangkitkan. Risiko perlu dipertimbangkan, terutama kepada kesihatan dan masa depan masyarakat adalah jauh lebih penting, berbanding kepentingan permintaan dan keuntungan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/buat-kajian-teliti-sebelum-benar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Kahwin Lagi Dah Plan Nak Czer Aida Jebat Nabil Mahir Bakal Timang Baby Girl

Sebelum Kahwin Lagi Dah Plan Nak Czer Aida Jebat Nabil Mahir Bakal Timang Baby Girl

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 273 hits
Penghujung September ini pastinya satu kegembiraan buat pasangan Aida Jebat dan Nabil Mahir yang bakal menimamg cahaya mata perempuan Menerusi satu video yang dikongsikan di saluran YouTube mereka Wuvv Show malam tadi Ayda dan Nabil tampil ...
Tak Perlu Tunggu 100 Hari Ahli Jemaah Menteri Sudah Diberi Masa Cukup Sebelum Ini Kata Dewan Perniagaan

Tak Perlu Tunggu 100 Hari Ahli Jemaah Menteri Sudah Diberi Masa Cukup Sebelum Ini Kata Dewan Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 215 hits
Orang awam menyaksikan siaran langsung pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat PETALING JAYA Dewan Perniagaan Melayu Malaysia berpendapat tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri Ismail Sab...
Hiburan Sebelum Saya Mati Saya Nak Mati Sebagai Suami Orang Zul Ariffin

Hiburan Sebelum Saya Mati Saya Nak Mati Sebagai Suami Orang Zul Ariffin

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 197 hits
Sering dikaitkan dengan pelbagai gosip cinta sudah pasti ramai peminat yang mahukan Zul Ariffin menamatkan zaman bujangnya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMalah lelaki itu sendiri tidak menyembunyikan keinginan untuk berumah tangga Perkara i...
Ku Li Mari Kita Berdoa Gaji Ahli Kabinet Dibayar Separuh Dari Sebelum Ini

Ku Li Mari Kita Berdoa Gaji Ahli Kabinet Dibayar Separuh Dari Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 208 hits
MALAYSIAKINI Ketika pengumuman kabinet baru oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini terus berdepan dengan kesangsian sesetengah pihak seorang pemimpin veteran Umno menggesa agar orang ramai berdoa untuk mereka Menurut Tengku Razaleigh Hamzah oran...
Tendang Motosikal Pasangan Kekasih Hingga Jatuh Sebelum Samun

Tendang Motosikal Pasangan Kekasih Hingga Jatuh Sebelum Samun

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 203 hits
Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan PETALING JAYA Tiga lelaki bertindak menendang seb...
Jangan Suapkan Apa Apa Anak Saya Sebelum Beritahu Ya Jangan Main Suap Anak Orang Lain Ini Bahayanya

Jangan Suapkan Apa Apa Anak Saya Sebelum Beritahu Ya Jangan Main Suap Anak Orang Lain Ini Bahayanya

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 232 hits
Tak salah kita teruja dengan anak orang lain suapkan makanan dan sebagainya tapi bertanyalah dahulu kepada ibunya Bukan apa bimbang anak kecil itu mengalami alahan yang tidak sepatutnya Susah kita nanti Adalah sewajarnya kita beri sahaja ke...
Azan Solat Terakhir Aming Sebelum Meninggal Dunia

Azan Solat Terakhir Aming Sebelum Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 440 hits
Menurut ibunya Santi Sabri 33 kejadian itu sememangnya agak aneh namun mereka sekeluarga reda dengan apa yang terjadi Kota Kinabalu Melaungkan azan sebelum menunaikan solat pada jam 1 pagi Itu menjadi kenangan terakhir adik Muhammad Aming S...
Pemain Kacukan Malaysia Buat Part Time Di Pasaraya Sebelum Disambar Peterborough United Fc

Pemain Kacukan Malaysia Buat Part Time Di Pasaraya Sebelum Disambar Peterborough United Fc

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 180 hits
Nak berjaya memang tak senang Paling penting ialah usaha dan yakin dengan kemampuan diri sendiri Semoga FAM cepat ikat pemain ini wakili Harimau Malaya Penulis Gary Lugard di Semuanyabola com Kobe Jae Chong dianggap sebagai salah seorang pe...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias