Pemain Kacukan Malaysia Buat Part Time Di Pasaraya Sebelum Disambar Peterborough United Fc


Nak berjaya memang tak senang. Paling penting ialah usaha dan yakin dengan kemampuan diri sendiri. Semoga FAM cepat ikat pemain ini wakili Harimau Malaya.| Penulis: Gary Lugard di Semuanyabola.com


Kobe Jae Chong dianggap sebagai salah seorang pemain kacukan berdarah Malaysia yang berpotensi menyarung jersi skuad kebangsaan Harimau Malaya pada masa akan datang. Terbaru, pemain itu telah menandatangani kontrak dengan kelab EFL Championship, Peterborough United FC.

Latar belakang pemain tengah berusia 20 tahun itu yang turut pernah bersama Cagliari di Itali sebelum ini cukup untuk meyakinkan pengurus pasukan, Kieran Scarff untuk menyerapkan pemain itu ke dalam skuad B-23 Peterborough selepas menjalani sesi ujian bakat singkat bersama pasukan itu.

Happy to have signed my first professional contract at @theposh 💙
Put in loads of hard work to get here and I’m not stopping now! pic.twitter.com/DnUCxnkeAw
— KJC 🇲🇾 (@KobeJae10) August 25, 2021
Malah Kobe turut cemerlang sepanjang pra musim, apabila menjaringkan dua gol ketika Peteborough menewaskan Spalding 3-2 dalam perlawanan persahabatan pada awal bulan ini.

“Beliau beraksi di Itali pada usia 15 sehingga 17 tahun, dan mempunyai latar belakang menarik. Kami melihat beliau memiliki potensi yang diperlukan maka kami mengikuti beliau sejak setahun lalu. Ia adalah satu lagi kerja pemantauan dan pengambilan pemain yang berjaya,” kata Scarff kepada media kelab itu.

“Kobe adalah pemain tengah yang boleh mara ke hadapan dan menghasilkan jaringan, dan beliau adalah seorang pemain yang kami gemari dan terus bantu untuk berkembang.” Pernah bekerja di pasaraya Mungkin ramai yang bertanggapan laluan pemain seperti Kobe Chong untuk mendapat tempat bersama sebuah kelab profesional adalah mudah kerana sememangnya berpengkalan di Eropah. Hakikatnya, ia tidak semudah yang disangka.

Ejen pemain itu sendiri mendedahkan sebelum mendapat panggilan dari Peteborough untuks sesi ujian, pemain itu pernah bekerja di salah sebuah rangkaian pasaraya Asda.

There was nothing glamorous about it. Just insane levels of self motivation and resilience.

1 week before his trial at @theposh, @KobeJae10 handed in his notice to quit working nights @asda. No more stacking shelves from 10pm to 6am.

He knew how good he’d become. We both knew pic.twitter.com/1ZsmTDPjr4
— Rock Sports Management (@RockSportsMgt) August 25, 2021 Antara tugas Kobe adalah untuk menyusun produk jualan di rak jualan bermula 10am sehingga shif beliau tamat pada jam 6pm.

Ia bukan satu pekerjaan yang glamour seperti bola sepak. Tetapi ia juga bukti kerja keras yang dilakukan Kobe Chong selama ini akhirnya membuahkan hasil apabila dipanggil menyertai ujian bersama skuad B-23 Peteborough dan diberikan kontrak bersama kelab EFL tersebut. Kobe Chong miliki platform untuk berjaya Kobe dikhabarkan telah diberi jersi No.36 oleh kelab beliau. Walaupun kini bersama skuad B-23, Kobe Chong berpeluang membarisi skuad utama The Posh sekiranya berjaya menghasilkan prestasi meyakinkan sekaligus beraksi di EFL – divisyen kedua Liga Inggeris.

Di England, skuad Peterbrough B-23 beraksi di dalam Profesional Development League. Kobe Jae Chong adalah pemain berdarah kacukan Malaysia dan Jamaica dan turut pernah melakukan pertemuan dengan wakil dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini yang berlangsung di England.

Sudah tentu kita berharap FAM mampu melengkapkan pendaftaran Kobe Chong untuk melayakkan beliau beraksi bersama pasukan negara pada masa depan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/08/pemain-kacukan-malaysia-buat-part-time.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengah Cari Peluang Jana Income Secara Online Part Time

Tengah Cari Peluang Jana Income Secara Online Part Time

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 417 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bagaimana jika saya katakan kini anda mampu menjana income secara online dan secara part time dalam matawang USD Hanya Dengan Bisnes Dropship Pada musim COVID 19 ini kita banyak menghabiskan masa di rumah...
Malaysia Kesan 43 Lagi Kes Baru Varian Delta

Malaysia Kesan 43 Lagi Kes Baru Varian Delta

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 234 hits
43 lagi varian Delta dikesan PUTRAJAYA Sebanyak 43 lagi kes varian baharu virus SARS CoV 2 yang kesemuanya adalah varian yang membimbangkan iaitu varian Delta Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata ia dikesan melalui kajian berterusa...
Malay Rulers To Meet This Friday To Discuss Malaysia S Next Pm

Malay Rulers To Meet This Friday To Discuss Malaysia S Next Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 220 hits
The Yang di Pertuan Agong will reportedly hold a meeting with the country s other Malay Rulers on August 20 to discuss the nominations for the next prime minister Citing anonymous sources The Star today reported that the meeting is schedule...
Calon Pm Dari Bn Buat Bursa Malaysia Lonjak 21 Mata

Calon Pm Dari Bn Buat Bursa Malaysia Lonjak 21 Mata

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 179 hits
Calon PM dari BN buat Bursa Malaysia lonjak 21 mata Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan positif dan ditutup lebih tinggi semalam dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI berada pada 1 523 6 mata melonjak 20 69 mata atau 1 4 p...
Ketinggalan 1 Lagi Projek Kabel Dasar Laut Malaysia Kesuntukan Masa

Ketinggalan 1 Lagi Projek Kabel Dasar Laut Malaysia Kesuntukan Masa

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 351 hits
Sebuah kapal Malaysia melakukan pembaikan kabel dasar laut Tanpa pengecualian kabotaj syarikat syarikat akan membina kabel dasar laut baharu di tempat lain dan tidak melalui Malaysia PETALING JAYA Dengan Malaysia ketinggalan dalam satu lagi...
Covid 19 Tiada Varian Lambda Dikesan Di Malaysia Setakat Ini Noor Hisham

Covid 19 Tiada Varian Lambda Dikesan Di Malaysia Setakat Ini Noor Hisham

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 315 hits
Ketua Pengarah Kesihatan menafikan kemunculan Varian Lambda di negara ini Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Kesihatan menafikan kemunculan varian Lambda di negara ini Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian penjujukan genom ya...
From Hero To Zero Not Just About Muhyiddin But Also The Story Of Malaysia Under Muhyiddin

From Hero To Zero Not Just About Muhyiddin But Also The Story Of Malaysia Under Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 431 hits
From hero to zero Muhyiddin s spectacular fall from graceRead The Vibes headlines this morning chronicling Muhyiddin Yassin s short lived reign as Malaysia s eight Prime Minister I m not shedding a tear for Muhyiddin though Because the real...
Bursa Malaysia Melonjak Naik Selepas Pengunduran Kabinet Mahiaddin

Bursa Malaysia Melonjak Naik Selepas Pengunduran Kabinet Mahiaddin

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 248 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE August 17 2021Perletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sebagai perdana menteri telah mendapat Ia diakui sendiri oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook beliau Prestasi Bursa Malaysia ...
A Better Malaysia Assembly To Save The Nation S Future

A Better Malaysia Assembly To Save The Nation S Future

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 257 hits
From Nazir RazakIn a few days time Malaysia is likely to see the swearing in of its ninth prime minister and in the days or weeks that follow a whole new cabinet of ministers will be sworn in too They will have a good honeymoon because duri...
Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Simpan Emas 1 Gram Sebulan Tanpa Ganggu Kewangan

Tips Keluarga Bahagia Yang Mudah Diamalkan

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Pilihan Dengan Harga Berbaloi

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Ramadan Ni Karipap Antara Kuih Favorite Mak Mak Untuk Berbuka

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai