Buat Header Blog Senang Dan Cantik Di Bannersnack Dot Com
hi there, blog bertukar header lagi. Kali elemen warna pink dimasukkan. Dan kali ini header rasa agak simple dan untuk tahun ini, mrs pip decided untuk menulis hal-hal yang berkaitan dengan life mrs pip sebagai seorang surirumah. mrs pip percaya, setiap surirumah mesti ada banyak kisah dan cerita dalam rumahtangga, cuma kita kongsi yang postif dan baik baik saja ok T_T
buat header blog di bannersnack dot com
kalau korang pun tiba-tiba rasa mau tukar header yang simple-simple dan maintain menarik serta cantik header tu, jangan susah-susah nak hire designer. korang simpan duit tu walaupun setakat nak tukar header mungkin korang kena caj RM10.00 sahaja, tetapi kenapa perlu membazir kalau boleh buat sendiri. Dan duit RM10.00 tu baik korang melabur simpan dalam ASB, cukup hujung tahun boleh dapat dividen + bonus, biar sedikit asalkan bijak urus kewangan
eh, tetiba tahun 2020 ini terasa sedar diri untuk urus kewangan dengan lebih bijak dan sila rajin cari sumber bacaan yang bermanfaat dan diyakini untuk tahu hal-hal kewangan, antara blog yang mrs pip suka baca sekarang ialah https://ringgitohringgit.com/ , memang banyak perkara yang berkaitan dengan pengurusan kewangan mrs pip belajar di blog tersebut
ok, kembali kepada cerita tukar header ini, kalau korang tak tahu di mana nak buat header secara online guna desktop , korang bolehlah guna https://app.bannersnack.com/ dan ianya adalah percuma (limit untuk 10 banner per lifetime), dan sangat mudah untuk login dengan hanya menggunakan akaun GMail korang sahaja
korang boleh pilih pelbagai pilihan template, colors, gradients, textures, sizes dan images dan apps bannersnack ni sangat user friendly (bagi pendapat mrs pip lah) ... kalau korang rasa-rasa nak guna semua full features yang ada dalam bannersnack, makanya korang kena bayar untuk GO PREMIUM
thanks for reading, dan happy blogging semua
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2020/02/buat-header-blog-senang-dan-cantik-di-bannersnackdotcom.html