Buat Anak Sulung Mengalah Dan Tidak Memberontak Mama Papa Hanya Perlu Gunakan 5 Ayat Keramat Yang Memang Magical


Jika anda sering berdepan dengan situasi anak sulung dan adiknya bergaduh, mungkin boleh gunakan pendekatan ini. Menurut perkongsiannya di Facebook, Sharifah Zahidah memberitahu cara untuk menenangkan kedua-dua pihak tidak mudah tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Kaedah ini bukan terhad kepada anak perempuan sahaja, tetapi juga anak lelaki. Sama-sama kita baca perkongsian ibu ini agar memberi sedikit idea bagaimana untuk mengendalikan ‘drama’ depan mata.
Inilah taktik paling cepat dan berkesan yang saya gunakan untuk ‘lenturkan’ ego Kakak. Maklumlah, anak sulung ni kadang, ada ‘ragam’ dia sendiri bila dia dah dapat adik. Ada 5 ‘ayat keramat’ yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak anggap adiknya adalah ‘pencabar’ baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.
Dan yang penting, ayat keramat ni bukan sekadar nak tone down anak sulung ketika marah saja, tapi nak INSTALL THE RIGHT BELIEF SYSTEM tentang SIAPA DIRINYA DI MATA IBUBAPA. InshaALLAH, kena dengan caranya, anak sulung kita akan jadi PEMBANTU kita yang berjaya dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.
Adiknya umur berapa tahun, tak jadi masalah. Yang penting, taktik ni dah boleh praktis kepada anak sulung yang dah berumur 2 tahun ke atas, atau yang dah boleh faham bahasa. Pereferably, start 3 tahun ke 4 tahun ke atas. Cuba try gunakan ayat ni depan anak sulung, dan perhatikan bagaimana ‘egonya’ lentur dan tiba-tiba, dari jadi PESAING adik-adik, dia boleh berubah jadi ‘PELINDUNG’ adik-adik.
=========================
SITUASI BEREBUT BARANG =========================
Selalu kan, anak-anak ni berebut barang?
Kalau anak-anak berebut barang, jangan sewenang-wenang menangkan adik yang kecil tak mengerti apa-apa lagi.
Tapi jagalah perasaan si anak sulung yang dah mula pandai kecil hati, cemburu dan kecewa itu. Jadi, dalam situasi berebut barang, tunjukkan macam kakak yang menang.
Guna ayat keramat, “Adik, minta izin dulu dari Kakak/Abang..” Walaupun adik baru berusia 6 bulan yang obviously takkan faham pun minta izin tu apa, tapi sebenarnya kita bukan bercakap dengan adik, kita sebenarnya ‘bercakap’ dengan si anak sulung untuk lenturkan ego dia, biar dia mengalah, biar dia lembut hati dengan adiknya selalu. 
Selalunya, lepas suruh adik ‘minta izin’ untuk guna sesuatu barang, automatically Kakak pun akan bagi izin dan BERHENTILAH sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.
Tak perlu berceramah pada Kakak suruh mengalah, atau beri arahan kasar suruh Kakak jangan berebut atau sebagainya. Cara marah dan guna kuasa veto suruh kakak lepas barang pada adik, MEMANG BERKESAN kadangnya, tetapi IANYA MENINGGALKAN KESAN yang TIDAK BAIK terhadap hubungan adik-kakak untuk jangka panjang. Guna taktik ayat keramat di atas, inshaALLAH, kakak mengalah, hubungan adik beradik pun lebih harmoni selepas ini.
Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys kakak dia sanggup kongsi dengan adik tanpa drama derita dan air mata lagi. InshaALLAH.
==============================
SITUASI BERGADUH, SI ADIK MENJERIT ==============================
Ni commonlah kan. Adik tak pandai cakap lagi, bila dia marah atau tak puas hati, dia akan menjerit dan menangis. Lepastu, bila seorang dah menjerit, seorang lagi pun selalunya akan sama-sama menjerit dan guna intonasi tinggi sebab tak puas hati atau sebab rasa TERANCAM dengar adik jerit.
Ya lah, selalu bila adik jerit mesti ibubapa serbu dan terus salahkan anak sulung, kan?
So, jeritan adik sangat memberi ‘ancaman’ yang build ‘tense’ dalam diri Kakak. Tense ni lama-lama akan buat Kakak benci adik sebab sikit-sikit menangis dan at last, dia yang kena.
Maka, kakak dengan adik masing-masing jadi tak rapat kerana Kakak yang lebih selesa ‘menjauhkan’ diri dari si adik. Perasan kan masalah ni?
Jadi kembali pada situasi jerit-jerit ni, memang kita kena tenangkan Si Adik. Ada kalanya, adik marah tu SEBAB ANAK SULUNG/KAKAK/ABANG yang kacau.
Jadi, guna ayat keramat “Adik, cakap baik-baik dengan Kakak..” Sebagai hint, nak beritahu pada Kakak, “Kakak dulu yang kena ajar adik bercakap dengan baik..”
Adik yang menjerit menangis tu kita tenangkan macam biasa. Dan Kakak yang dengar ayat keramat tu pun, automatically akan mula ‘lembut’ dan tone down. Tiba-tiba, dia pun mengadu dengan kata dalam nada suara yang rendah dan lembut. Tiada lagi adegan jerit-jerit marah-marah. Mudah kan?
“Anak faham ke reverse phsychology macam ni…?”
Jawapan saya, inshaALLAH, anak faham. Tapi bukan buat sekali dua, buatlah beberapa kali. Jangan harap express result ya. Kita pun belajar sesuatu, kena ulang berkali-kali. Sama jugalah dengan anak-anak. Beri masa. Sabar itu adalah ASAS dalam mendidik anak-anak.
==============================
SITUASI MINTA TOLONG ANAK SULUNG JAGA ADIK ==============================
Ni antara ayat yang paling  selalu saya guna.
Untuk ajar Kakak menjadi Kakak yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara saya meeting, mengajar, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Untuk pastikan sesi Kakak babysitting adik berjalan tanpa adegan yang tak diingini, awal-awal lagi saya akan pesan kepada adik, TAPI MAKE SURE KAKAK YANG DENGAR YA.. “Adik, Adik dengar cakap Kakak ya..” Dan selepas itu, sambunglah dengan segala amanat kita untuk si Kakak. Contohnya, “Adik, adik dengar cakap kakak ya. Kakak tak bagi panjat kerusi, adik jangan panjat ya.. Kakak suruh makan duduk, adik duduk ya. Adik DENGAR CAKAP kakak ya..”
Dan kemudian, baru ulangkan skrip di atas kepada Kakak pula. Selalunya, kalau adik buat apa-apa yang bahaya atau yang saya tegah awal-awal, memang Kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya. Dia takkan biar adiknya sendirian dalam bahaya. Syaratnya, kena buat taktik di atas.
Automatically, perasaan sebagai SEORANG KAPTEN KAPAL YANG BERTAGGUNGJAWAB terhadap anak kapalnya, akan terus teraktif dalam diri Kakak.
==============================
SITUASI PUJUK ANAK SULUNG YANG MERAJUK/SEDIH HATI ==============================
Selalunya, anak yang berusia 2 tahun ke atas dah pandai merajuk dan ‘bawa diri’. Simple, sebab keinginan yang tak dipenuhi selalunya.
Logik anak-anak ni, kalau ibubapa sayang mereka dan hargai mereka, semua kehendak mereka mesti ditunaikan. Mereka tak faham, kadang-kadang, larangan dan penegasan juga adalah salah satu tanda kita sayang mereka.
Jadi, dalam situasi anak-anak merajuk ni, depan-depan adik, kita tuturkan ayat keramat kita. Make sure, kakak dengar. “Adik, tengok Kakak lukis ni, hebat kan Kakak? SubhanALLAH..” atau
 “Adik, tadi Kakak solehah sangat, sebab Kakak tolong ibu kemas mainan tadi.. Adik TIRU/IKUT PERANGAI KAKAK ya..”
By the time anak sulung dengar yang DIA KENA JADI CONTOH/ROLE MODEL kepada adik-adik, selalunya dia pun akan terus sejuk dan tak jadi nak buat perangai tak solehah dia.
Ya, anak-anak umur 3 tahun ke atas, sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh. Dia boleh relate, mana perangai dia patut buat, dan mana yang dia patut tak buat. Dengar ayat keramat tadi, terus dia malu nak buat perangai yang bukan-bukan.
==============================
SITUASI BEREBUT PERHATIAN IBU/AYAH & ANAK SULUNG CEMBURU ==============================
Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk ‘move on’ dan terima hakikat yang dia kini berkongsi kasih sayang dengan adiknya.

Kadang-kadang, time kita nak menyusukan, beri makan, layan adik atau apa saja dengan adik, time itu jugalah kakak pun buat-buat terdesak nak itu ini sampai tergendala kerja kita. Dalam situasi ni, ingat ibubapa, jangan sekali-kali ABAIKAN perasaan anak sulung.
Anak sulung kita dah pandai ‘kecil hati’ dan pandai ‘buat judgment’ samada kita sayangkan dia atau tak. Sedangkan adik-adik yang masih baby/kecil lagi tu belum faham lagi sepenuhnya apa yang berlaku.
Bila Kakak/Abang cemburu dengan layanan, simply JELASKAN dengan simple keperluan adik dan minta adik ‘minta maaf.’
“Adik nak Ibu suap makan ya? Ok, adik minta kakak tunggu sekejap, dan adik minta maaf kakak ya.. Lepas ni, Ibu suap kakak pula makan, ya?” Dan tarik tangan adik acah-acah minta maaf dengan Kakak. Sambil beritahu kepada Kakak, adik kecil lagi, adik lapar, adik minta maaf sebab adik nak makan dulu dan sebagainya.
Si Kakak/Abang yang DAPAT PENGHORMATAN sebegitu, lazimnya akan cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia, “Tak apalah, ibu bagi adik makan dulu. Kesian adik tu lapar..”
Ini situasi benar yang selalu saya hadapi. Bila Kakak rasa ‘hak’ dia terancam, minta adik minta maaf. Dan dia pun, akan mula bertolak ansur dan dia tahu, dalam ‘hak’ dia untuk dapatkan perhatian ibubapa, adik juga mempunyai hak yang sama.
==============
KESIMPULAN
==============
Sampai bila kena guna taktik ni? Takkan sampai bila-bila?
Ya! Memang takkan sampai bila-bila. Cuba buat beberapa hari ke beberapa minggu saja. Lambat laun, Kakak memang tak kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku ‘perebutan’ meraih cinta dan perhatian ibubapa.
Tapi yang penting, kita ni parents WAJIB attend kakak pula selepas tu. Jangan diabaikan kakak pula. Mentang-mentang dia dah bertolak ansur, kita abaikan dia saja lepas tu. JANGAN ya.
HARGAI KEPERCAYAAN yang anak beri kepada kita. Dah attend adik dan janji nak attend kakak pula, jangan buat-buat lupa dengan janji kita. ATAU nanti, KESEMUA AYAT KERAMAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA AKAN TERUS HILANG SEGALA ‘BISANYA.’ Di saat tu, sebut apa saja pada Kakak, semuanya jadi tak lut.
Sebab apa tak lut? Sebab anak dah hilang percaya. Ada banyak sebab kenapa kata-kata kita dah kurang lut dengan anak-anak, inshaALLAH lain kali saya cerita.
Cuma basically, ini adalah 5 AYAT KERAMAT yang boleh kita gunakan untuk LENTURKAN ego anak sulung dan supaya hatinya terpujuk untuk SENTIASA BERSIKAP RAHMAH DAN TOLERABLE dengan adiknya.
Ada banyak lagi ayat keramat lainnya, antara yang famous adalah, “Adik sayang Kakak, adik rindu kakak, Ibu sayang kakak” dan sebagainya. Tapi sebab ayat ni dah ramai orang tahu, saya tulis ayat yang jarang disebut seperti 5 contoh di atas tu. Ada masa, kita sambung lagi.
Kalau anda rasa bermanfaat, boleh dikongsi dengan yang lain. Kita mungkin tak ada masa menulis begini, tapi kita BOLEH DAPAT PAHALA YANG SAMA DENGAN PENULIS, andai bantu sebarkan kebaikan ini kepada orang lain. Mudah nak kumpul pahala sebenarnya!

 
Sumber: Sharifah Zahidah
The post Buat Anak Sulung Mengalah Dan Tidak Memberontak, Mama Papa Hanya Perlu Gunakan 5 Ayat Keramat Yang Memang Magical! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/buat-anak-sulung-mengalah-dan-tidak-memberontak-mama-papa-hanya-perlu-gunakan-5-ayat-keramat-yang-memang-magical/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gunakan Objek Untuk Bantu Anak Bina Ayat Sambil Bermain Anak Boleh Jadi Bijak

Gunakan Objek Untuk Bantu Anak Bina Ayat Sambil Bermain Anak Boleh Jadi Bijak

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 575 hits
Salah satu cara untuk galakkan anak buat ayat anda boleh buat aktiviti untuk describe berkenaan objek atau gambar Macam contoh dalam gambar ni gunakan objek Caranya adalah 1 sediakan objek atau gambar utk di describe 2 Sediakan Strip kertas...
Sumpah Mama Dan Papa Rindukan Kamu Ayah Kongsi Kisah Sedih Detik Detik Terakhir Pemergian Anak Tercinta

Sumpah Mama Dan Papa Rindukan Kamu Ayah Kongsi Kisah Sedih Detik Detik Terakhir Pemergian Anak Tercinta

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 571 hits
Sumpah Mama Dan Papa Rindukan Kamu Ayah Kongsi Kisah Sedih Detik Detik Terakhir Pemergian Anak Tercinta Ibu bapa bayi yang meninggal dunia secara mengejut pasti sukar menerima kenyataan akan kehilangan bayi mereka Mungkin sudah ditakdirkan ...
Nak Anak Berjaya Kena Bantu Mereka Dr Sheikh Muszaphar Kongsikan 5 Tipnya Mama Papa Wajib Turut Serta

Nak Anak Berjaya Kena Bantu Mereka Dr Sheikh Muszaphar Kongsikan 5 Tipnya Mama Papa Wajib Turut Serta

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 408 hits
Siapa yang tak nak anak cerdik dan berjaya dalam pelajaran kan Kejayaan anak sebenarnya bukan daripada kehebatan anak anak itu sendiri tetapi didorong dan disokong kuat oleh kedua ibu bapanya Begitu kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar di majlis ...
Nak Reject Ni Customer Tak Cukup Duit Ibu Dua Anak Hanya Tunduk Bila Dimalukan Oleh Cashier Kedai Eco

Nak Reject Ni Customer Tak Cukup Duit Ibu Dua Anak Hanya Tunduk Bila Dimalukan Oleh Cashier Kedai Eco

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 474 hits
Apabila sebut sahaja kedai Eco mula terbayang pelbagai aneka barangan yang dijual dengan harga RM2 Kedengaran sahaja RM2 tetapi yang dibawa pulang bukan setakat berpuluh puluh tetapi kadangkala beratus ratus Ini situasi bagi yang berkemampu...
Nampak Macam Anak Dara Gitu Hanya Dengan Tudung Bawal Dan Baju Kurung Lisa Surihani Dipuji Sangat Manis

Nampak Macam Anak Dara Gitu Hanya Dengan Tudung Bawal Dan Baju Kurung Lisa Surihani Dipuji Sangat Manis

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 786 hits
Nampak macam anak dara gitu Hanya dengan tudung bawal dan baju kurung Lisa Surihani dipuji sangat manis Kalau dan cantik pakailah apa sahaja pasti keayuan akan masih akan terserlah itulah dia Lisa Surihani yang merupakan pelakon dan juga is...
Mama Adik Lapar La Ajar Anak Kecil Berpuasa Makanan Terbaik Untuk Puasa Tahan Lebih Lama

Mama Adik Lapar La Ajar Anak Kecil Berpuasa Makanan Terbaik Untuk Puasa Tahan Lebih Lama

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 686 hits
Kita tak paksa anak kecil kita di bawah usia enam tahun untuk berpuasa tetapi semasa kecil inilah ibu bapa harus latih si kecil untuk berpuasa Tak kisahlah separuh atau suku hari latih anak kita untuk bangun sahur dan seterusnya menahan lap...
Selamat Hari Lahir Selamat Hari Kematian Tunggu Mama Dan Papa Di Syurga

Selamat Hari Lahir Selamat Hari Kematian Tunggu Mama Dan Papa Di Syurga

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 398 hits
Kegembiraan menyambut cahaya mata bertukar mimpi negeri apabila melihat anak yang baru dilahirkan dimasukkan ke NICU Hati ibu mana yang tidak keruan melihat tubuh kecil ini penuh dengan wayar dan terlantar di situ Tidak terhenti disitu pasa...
Dr Fadzillah Kamsah Kongsi Personaliti Anak Sulung

Dr Fadzillah Kamsah Kongsi Personaliti Anak Sulung

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 480 hits
Anak Sulung Selalu Sangat Dimarah Tapi Sebenarnya Dialah Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah Biasanya anak sulung sering dimarah dan dijadikan sasaran namun jauh di sudut hati ibu ayah anak pertama adalah yang paling istimewa di sudut hati SA ...
Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Sakit Alternatif Selain Makan Ubat

Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Sakit Alternatif Selain Makan Ubat

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1081 hits
Bila anak tak sihat selain dapatkan rawatan doktor ikhtiar melalui amalan bacaan ayat suci al Quran juga antara yang boleh membantu Kadang kita terlupa bahawa yang menyembuhkan adalah Allah Jika masih belum baik mintalah bersungguh sungguh ...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation