Buang Masa Bentuk Pasukan Petugas Khas Kaji Kes Batu Puteh Kata Peguam


FMT ReportersPeguam A Srimurugan berkata, semakan itu mungkin tidak boleh dilakukan selepas luputnya tempoh 10 tahun dari tarikh penghakiman. (Gambar AFP)PETALING JAYA: Pembentukan pasukan petugas khas yang akan mengkaji kes kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah langkah yang sia-sia kerana tempoh untuk Malaysia memfailkan semakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan terhalang, kata seorang peguam.
A Srimurugan berkata, Perkara 61 (5) Statut ICJ menyatakan bahawa permohonan untuk semakan itu mungkin tidak boleh dilakukan selepas luputnya tempoh 10 tahun dari tarikh penghakiman.
ICJ membuat penghakimannya pada 23 Mei 2008.
“Kita berada di tahun 2021 dan jelasnya kita terhalang untuk melakukan apa-apa tindakan undang-undang. Apa gunanya membentuk pasukan petugas khas ini?” soal Srimurugan. Beliau mengulas perkara itu selepas kerajaan mengumumkan ahli pasukan petugas khas dan akan mengemukakan laporan menjelang 29 April tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, empat peguam, iaitu Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Tengku Fuad Ahmad dan Baljit Singh Sidhu akan membantu pengerusi pasukan itu, Mohamed Apandi Ali.
Pada 9 Okt, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas diketuai bekas Peguam Negara Apandi yang akan mendapatkan pandangan pakar undang-undang antarabangsa berhubung permohonan semakan keputusan ICJ itu.
Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Apandi, Abu Bakar dan Firoz Hussein mempunyai konflik kepentingan kerana mereka sebelum ini berada dalam jawatankuasa untuk memfailkan permohonan semakan itu.
“Apandi memfailkan semakan manakala Firoz Hussein dan Abu Bakar menjalankan penyelidikan berhubung perkara itu,” katanya.
Permohonan semakan itu difailkan pada Februari 2017 ketika Barisan Nasional (BN) masih berkuasa tetapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menulis kepada ICJ untuk menarik balik permohonan itu pada 28 Mei 2018.
Pada Mei, Mohd Hatta Sanuri memfailkan tuntutan saman untuk mendapatkan penjelasan kerajaan mengapa permohonan semakan ditarik balik biarpun terdapat bukti baharu yang menyebelahi Malaysia berhubung pulau dengan ukuran tidak lebih separuh padang bola itu.
Hatta menamakan kerajaan dan Perdana Menteri sebagai defendan.
Dalam pembelaan, Putrajaya membatalkan idea untuk membuat permohonan semakan itu selepas mengambil kira pandangan konsultan perundangan asing dan implikasi kos.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/buang-masa-bentuk-pasukan-petugas-khas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Depan Ph Gelap Jika Abai Suara Akar Umbi Kata Penganalisis

Masa Depan Ph Gelap Jika Abai Suara Akar Umbi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 277 hits
November 21 2021 Penyokong PH membantah gabungan itu menerima dan mencalonkan katak politik pada PRN Melaka PETALING JAYA Pakatan Harapan akan kalah pada pilihan raya umum ke 15 jika gabungan itu tidak mendengar suara akar umbinya menurut s...
Janji Pelesu 1 Masa Inilah Nak Selesaikan Kes Adib

Janji Pelesu 1 Masa Inilah Nak Selesaikan Kes Adib

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 298 hits
Jawatankuasa khas siasat kes Adib mampu capai pengakhiran muktamad kata Idrus November 14 2021Melalui jawatankuasa itu pihaknya yakin siasatan akan dilakukan tanpa takut dan tanpa bermaksud memberikan keuntungan kepada pihak tertentu bagi m...
4 Lawyers Join Apandi S Task Force On Pulau Batu Puteh

4 Lawyers Join Apandi S Task Force On Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 254 hits
The special task force will seek the views of international legal experts on the request to review the ICJ decision on sovereignty over Pulau Batu Puteh PETALING JAYA The government has unveiled the names of the seven members of the special...
1mdb Diurus Seperti Kedai Kopi Kata Sri Ram Dalam Kes Najib

1mdb Diurus Seperti Kedai Kopi Kata Sri Ram Dalam Kes Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 463 hits
AGENDA DAILY Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Jho Low adalah cerminan imej bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pengurusan syarikat 1Malay...
Prn Melaka Pasukan Penguat Kuasa Khas Pantau Pusat Penamaan Calon Cpo

Prn Melaka Pasukan Penguat Kuasa Khas Pantau Pusat Penamaan Calon Cpo

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 418 hits
Fareez AzmanAbdul Majid berkata pasukan itu akan mengambil tindakan tegas kepada mana mana pihak yang melanggar peraturan sepanjang proses berkenaan Gambar fail AYER KEROH Sebuah pasukan penguat kuasa bersepadu membabitkan polis Kementerian...
Diplomat Ekspatriat Boleh Masuk Sabah Tanpa Kelulusan Khas Mulai Esok Kata Masidi

Diplomat Ekspatriat Boleh Masuk Sabah Tanpa Kelulusan Khas Mulai Esok Kata Masidi

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 363 hits
Masidi Manjun berkata pemegang MyPR bukan Sabah atau Kad Permit Masuk atau Endosmen Permit Masuk dalam pasport yang sedang bermastautin di Semenanjung Sarawak dan Labuan juga dibenarkan masuk ke Sabah untuk tujuan sosial KOTA KINABALU Diplo...
2 Individu Ini Kata Kerja Sebagai Rider Food Delivery Tak Ada Masa Depan Dikecam Netizen

2 Individu Ini Kata Kerja Sebagai Rider Food Delivery Tak Ada Masa Depan Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 342 hits
2 individu ini kata kerja sebagai rider food delivery tak ada masa depan dikecam netizenSejak bermulanya pandemik Covid 19 ramai yang kehilangan pekerjaan memandangkan majikan juga tiada pilihan selain memberhentikan pekerja bagi menanggung...
Kes Kematian Zulfarhan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Hukuman Mati

Kes Kematian Zulfarhan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 279 hits
Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulk...
Isu Judi Arak Anwar Tidak Bantu Masa Dia Menteri Kewangan Kata Hadi Awang

Isu Judi Arak Anwar Tidak Bantu Masa Dia Menteri Kewangan Kata Hadi Awang

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 339 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengenang perjuangan parti itu mengehadkan judi dan jualan arak termasuk di Kelantan yang dipimpin mereka sekian lama Katanya ketika memulakan di Kelantan pada tahun 1990 ketika pentadbiran allahyarham...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Kkv Alamanda

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sticker Custom Kecil Tapi Berimpak Besar

Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta