Buang Broken Links Tutorial Ringkas Semak Buang Dan Ketahui Kesannya Kepada Blog Website Anda
Broken links merupakan beban bagi sesebuah website atau blog. Jika ada, anda perlu tahu cara untuk buang broken links ini supaya website/blog anda dipercayai sepenuhnya. Paling tak best, akibat broken links (dead links) ini, website anda boleh menerima kunjungan trafic yang berkurangan!
Tambah minyak lagi,
Enjin carian seperti Google mungkin menganggap laman web yang mengandungi banyak pautan yang rosak sebagai tanda kurang berkualiti. Ini boleh menyebabkan penurunan kedudukan laman web anda dalam hasil carian.
Saya pasti tiada owner website atau blog yang nakkan perkara ini terjadi.
Pernah tak anda semak sama ada website anda ada broken links atau tidak?
Jika belum, mari kita belajar bersama-sama cara semak broken links, maksud server responses, dan selepas itu kita buang broken links ini daripada website / blog anda.
Cara Semak Broken LinksAda cara mudah untuk lakukan semakan berapa banyak dan dimanakan berlakunya broken links pada website / blog anda
1. Semak di laman web broken links generator2. Hanya semudah memasukkan url website3. Klik dan tunggu senarai link pada posting yang bermasalah
Baik, sebelum saya teruskan kepada cara dan terangkan maksud-maksud term yang bakal anda jumpa dalam senarai broken links, saya nak kongsikan kenapa perlu untuk kita buang broken links pada website atau blog kita ni
Kesan Negatif Broken Links Pada Website/ BlogApa yang kita sebagai blogger dan website owner takuti apa bila berkaitan dengan SEO ni ialah :Penurunan trafik Kepercayaan search enjin seperti Google semasa menganalisa website/blogBounce rate tinggi menyebabkan hilang kepercayaan pengguna/pembaca terhadap website (spam score)
Broken links can impact SEO in several ways: Site quality: Google wants to recommend useful, up-to-date sites. Too many broken links can signal that your site isn't up to date or is poorly maintained. Crawl errors: Google's site crawlers, or “bots,” crawl the web by following links between pages. Sumber: The Impact of Broken Links on SEO
Jadi, adakah anda tidak mahu kualiti website/blog anda terjaga?
Jika jawapan anda, anda nak website anda dipercayai, tidak mahu kehilangan trafik maka anda wajib uruskan kesemua broken/dead links ini secepat yang mungkin!
Jangan risau, tak susah pun nak buang broken links ni, mudah sahaja cuma bila dah terlalu banyak, itulah yang keluar ayat, aduh susahnya
haha, ok jom kita mulakan sekarang
Cara Buang Broken Links Setelah anda masukkan url website anda tadi, di laman website broken links generator kan, akan keluarlah senarai yang panjang.
Gambar di atas adalah hasil carian broken links pada website saya, www.emmemarina.com , sebenarnya panjang lagi list tersebut. Namun saya nak tunjukkan contoh sahaja ya
Jika anda lihat, ada tiga jenis "server responses" yang dinyatakan; 404, Timeout, dan Bad Host
Apakah maksud term ini?
Maksud 404, time out dan bad host pada dead weblinks url
404 - bermaksud url link yang sudah tiada, sama ada artikel link sudah dipadam, domain sudah expired, erti kata lain, url link tersebut sudah tidak wujud lagi. Bila pembaca klik, akan muncul 404 error atau page not found
Time out - link tersebut mengalami gangguan loading yang agak lama, berat, biasanya saya tak remove link ini, kerana link tersebut tetap wujud cuma ianya slow lah
Bad host - bad hosting ini agak berkait dengan time out, tetapi berkenaan hosting dari website link. Maksud lain, link tersebut menggunakan website dengan shared hosting, biasanya shared hosting ni pilihan ramai kerana lebih murah, dan tak semestinya wajib beli website dengan hosting yang mahal. So jika anda klik url dan ianya masih wujud, terpulang kepada anda nak remove link tersebut atau tidak
Paling penting, kita buang broken links dengan server responses "404"
Nak semak sama ada link tersebut macam mana? Anda klik sahaja pada url link ya
Saya kongsikan paparan page error 404 dan bad host yang perlu dibuang.
Jika anda lihat, kebanyakkan status link 404 adalah dari blogger profile.
Apa maksudnya ni
Ini maksudnya profile user tersebut tidak wujud, atau bukan dari google account. Anda harus remove dead link ini terus dari website
Memadamkan komen mereka tidak menghilangkan masalah, apa yang anda harus buat ialah buang terus komen tersebut termasuklah komentarnya.
Baca sini:Khidmat Upah Buat Website: Kenali 4 Jenis Website Yang Sesuai Untuk Bisnes AndaSurirumah Zero Hutang Dan Hidup Tenang Tanpa Hutanghttps://www.emmemarina.com/2023/11/cara-beriklan-di-group-facebook-sebagai-facebook-page.html
Cara remove unknown blogger profile dead linksPergi ke dashboard blog anda, bagi blogger website, anda pergi ke "comment", klik pada "publish comment", anda akan jumpa unknown user ini. Part ini renyah sedikit ya, disebabkan blog saya sudah agak lama (10 tahun), jadi saya ada lebih kurang 600 lebih komen yang saya perlu skroll dan cari perkataan "unknown"
Memang penat
Kemudian, bagaimana cara untuk kita elak perkara ini terjadi lagi
Ok. caranya, anda pergi ke setting blogger, cari comment dan setkan kepada approve google user sahajaapprove comment, jadi hanya comment yang anda approve barulah akan publish di website anda.dengan cara ini, anda meminimakan risiko mereka yang spam, atau letakkan link pada komen. Link-link pada komen juga boleh jadi asbab kepada broken links ini.
Jadi cara terbaik adalah control siapa yang boleh komen dan on kan approval komen. Jangan kerana anda nak sangat dapat ramai komen, jadi anda tidak onkan "comment moderation"
Ok. Siap cara bagaimana nak buang dead link daripada account blogger ni
Bagaimana pula dengan link daripada posting? Jom
Lihat semula pada gambar di atas, ada link daripada posting. Bermakna link tersebut kemungkinan dah berubah, expired, atau sudah tidak digunakan lagi. Maka, ia akan memberi error setiap kali pembaca klik pada link tersebut.
Cara nak buang broken links pada posting blog/websiteTekan pada url untuk lihat pada posting yang manakah anda perlu remove link.
Boleh lihat contoh gambar ye, di website broken links checker sudahpun memaklumkan apakah link yang perlu kita perbetulkan, sama ada nak tukar lain atau nak remove itu terpulang kepada anda.
Tekan pada url pula untuk lihat link error tersebut pada posting yang mana satu. kemudian, anda cari posting tersebut dan pergi ke text yang mengandungi error link. contoh seperti gambar di bawah
Apa yang saya buat, paling mudah unlink sahaja. jika posting tersebut memberikan value sales, atau mengukuhkan lagi closing anda, anda mungkin perlu tukar link tersebut. Bergantung ya
Ok.
Sekiranya anda menukar link, anda buat editing entri, selepas itu anda haruslah update pada google search console pula. Sangat disarankan untuk anda, update url posting tersebut pada google search console setelah membuat editing
Cara update posting di google search consolePergi ke laman web, GSC, terus tekan ke url inspection
Masukkan link entry/posting yang anda sudah update, kemudian tekan "request indexing". Selesai
Ulang sahaja proses ini sehingga habis ye
Untuk time out, buat masa ini saya tidak buang, ini kerana ianya masih valid
Mudahkan rupanya nak buat semakan broken links pada blog/website anda
Ya. cumanya anda kenalah spend time untuk uruskan
Ok. bagaimana kalau anda malas dan tiada masa untuk uruskan tugasan ini? Marilah hubungi saya, saya ada buat servis buang broken links juga. Ambil masa nak siap kerana saya suri rumah sepenuh masa, but anda tak perlulah buat. haa, gitu
Nak tahu lebih lanjut, klik sahaja link whatsapp saya ni, kita boleh bincang servis buang broken links
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2024/02/buang-broken-links.html