Buang Bayi Setiap 3 Hari



SETIAP tiga hari akan ada seorang bayi dibuang sama ada dijumpai mati atau hidup.

Walaupun ia sesuatu yang menyayat hati dan dianggap tidak berperikemanusiaan, tetapi itulah fakta sebenar serta realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.Malah, berdasarkan statistik dikumpulkan mendapati sejumlah 577 kes pembuangan bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014 hingga Disember 2018.Rekod itu diperolehi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan laporan diterima serta siasatan dilakukan sebelum ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zulkifli Ismail berkata, rekod menunjukkan sebanyak 103 kes buang bayi atau janin berlaku pada tahun 2014, 111 kes (2015), 115 kes (2016), 120 kes (2017) dan 128 kes (2018).Menurutnya, berdasarkan statistik kes buang bayi, negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 135 kes dalam tempoh lima tahun itu diikuti Sabah (67 kes), Johor dan Kuala Lumpur (62 kes), Kedah (42 kes), Perak (35 kes) dan Pahang (33 kes).“Sementara itu Perlis mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi terendah iaitu sebanyak tujuh kes diikuti Terengganu (12 kes) dan Melaka (13 kes),” katanya.Beliau berkata, daripada jumlah itu, 435 bayi dibuang didapati baru dilahirkan manakala 142 lagi adalah dalam bentuk janin bayi.“Berdasarkan statistik oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), PDRM bagi tahun 2014 hingga 2018, mendapati individu yang membuang bayi atau janin gemar menjadikan kawasan perumahan sebagai lokasi melakukan kegiatan itu berdasarkan 170 kes dilaporkan.“Selain itu, suspek didapati gemar membuang bayi atau janin di dalam tandas (74 kes), pusat pembuangan sampah (51 kes), masjid dan surau (44 kes), Loji, longkang dan pusat kumbahan (44 kes), tepi kedai dan bangunan (33 kes), tepi jalan (28 kes) dan semak (23),” katanya.Ditanya kes pembuangan bayi yang ditinggalkan ibu di hospital, Zulkifli berkata, sebanyak 19 kes bayi ditinggalkan di hospital direkodkan setakat ini.“Setakat ini, JKM tidak mempunyai statistik berhubung kes bayi yang ditinggal berlaku di kawasan di bandar besar atau sebaliknya.“Bagaimanapun lokasi tempat pembuangan bayi mengikut statistik D11 PDRM menunjukkan kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku di kawasan penempatan dan mempunyai bilangan penduduk tinggi,” katanya.Menurutnya, isu pembuangan bayi sukar diselesaikan sepenuhnya berikutan ia adalah masalah sosial berkait rapat dengan pelbagai faktor berkait.“Selain penambahan jumlah penduduk, faktor penghijrahan belia ke bandar besar selain kebejatan masalah sosial menyebabkan kes ini terus berlaku.“Longgarnya ikatan kekeluargaan dan pegangan agama terutama di kalangan muda turut menjadi punca. Namun tidak semua kes buang bayi membabitkan warga tempatan berikutan statistik menunjukkan tujuh kes membabitkan bayi warga Indonesia, tiga bayi Thailand manakala 376 kes lagi tidak dapat dikenal pasti bangsa bayi itu,” katanya. (HMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan kamu membunuh atau menyekat kelahiran anak-anakmu kerana takut miskin.
Bunuh (atau sekat kelahiran) anak kerana takut miskin..
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا ﴿٣١“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.” (QS. Al-Israa’: 31)Ayat suci di atas menunjukkan bahawa sesungguhnya kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya melebihi kasih sayang orang tua terhadap anak-anaknya. Allah melarang membunuh anak-anak dan Dia mensyari’atkan bahawa anak-anak berhak mendapat warisan dari orang tua mereka. Apalagi, telah menjadi kebiasaan pada orang-orang jahiliyah, mereka tidak mau memberikan hak waris kepada anak perempuan. Bahkan di antara mereka terkadang ada yang sampai tega membunuh anak perempuannya supaya tidak menambah beban hidup.Oleh kerana itulah, Allah melarang perbuatan-perbuatan tersebut dengan firman-Nya:{ وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ } “Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan” dikemudian hari. Dan kerana itulah Allah SWT mendahulukan penyebutan rezki anak, yakni pada firman-Nya: { نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ } “Kami-lah yang akan memberi rizki kepada mereka (anak-anak) dan juga kepadamu.” Dan dalam surat al-An’aam juga disebutkan: “Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka.” (QS. Al-An’aam: 151).Firman Allah SWT, {إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا } “Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.” Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, ia berkata,“Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, dosa apakah yang paling besar?’ Beliau menjawab, ‘(Iaitu) kamu menjadikan sekutu bagi Allah, padahal Dia-lah yang telah menciptakanmu.’ ‘Kemudian apa?’ Aku kembali bertanya. Beliau menjawab, ‘Membunuh anak kerana takut ia akan ikut makan bersamamu.’ ‘Kemudian apa?’ aku bertanya lagi. Beliau menjawab, ‘Bahawa kamu berzina dengan isteri tetanggamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).Sumber: Kitab Shahih Tafsir Ibnu Katsir jilid 5, Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/04/buang-bayi-setiap-3-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Kes Wanita Cederakan Bayi Kerana Tertekan Suami Berilah Isteri Waktu Bertenang Setiap Hari

Ada Kes Wanita Cederakan Bayi Kerana Tertekan Suami Berilah Isteri Waktu Bertenang Setiap Hari

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 527 hits
Sebagai ibu kita perlukan masa rehat untuk diri sendiri Kenapa Setiap tubuh badan manusia memerlukan waktu rehat yang cukup terutama untuk fizikal dan mental setelah penat menguruskan hal rumahtangga Fizikal yang penat ditambah pula dengan ...
Usia 3 Tahun Hana Di Urus Seperti Bayi Setiap Hari Temujanji Doktor Alami 6 Masalah Serius

Usia 3 Tahun Hana Di Urus Seperti Bayi Setiap Hari Temujanji Doktor Alami 6 Masalah Serius

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 506 hits
Sepanjang mengandung langsung tiada masalah dan berat pun naik sekitar 20 kilogram Langsung tiada masalah kencing manis dan sepanjang mengandung ketika buat pemeriksaan semua normal termasuklah buat scan 3D dan 4D Namun siapa sangka di usia...
Saya Berdoa Setiap Hari Supaya Kuat Seperti Ibu Nenek Dan Dia

Saya Berdoa Setiap Hari Supaya Kuat Seperti Ibu Nenek Dan Dia

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 370 hits
Saya Berdoa Setiap Hari Supaya KUat Seperti Ibu Nenek Dan Dia Penyanyi Ernie Zakri telah menulis satu twit di akaun Twitter miliknya selain turut berkongsi foto bersama ibu saudaranya yang merupakan seorang penyanyi terkenal Ziana Zain Post...
Bermain Handphone Setiap Hari Kanak Kanak 4 Tahun Rabun Jauh 650 Degree

Bermain Handphone Setiap Hari Kanak Kanak 4 Tahun Rabun Jauh 650 Degree

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 530 hits
Gara gara bermain bermain telefon bimbit setiap hari seorang kanak kanak berusia empat tahun disahkan mengalami rabun jauh 650 degree Maklumat ini telah didedahkan oleh pakar ophthalmologist dari Taiwan yang merawat kanaka kanak tersebut me...
Budak 4 Tahun Mengalami Rabun Jauh Selepas Diberi Bermain Handphone Setiap Hari

Budak 4 Tahun Mengalami Rabun Jauh Selepas Diberi Bermain Handphone Setiap Hari

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 420 hits
Awal April ini seorang pakar ophthalmologist dari Taiwan berkongsi satu kes yang melibatkan seorang pesakit kanak kanak yang pernah dirawatnya Kanak kanak berkenaan berusia empat tahun tetapi disahkan mengalami rabun jauh nbsp Menurut pakar...
Mengindahkan Setiap Hari Jumaat Dalam Kehidupan Seorang Islam 9362

Mengindahkan Setiap Hari Jumaat Dalam Kehidupan Seorang Islam 9362

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 423 hits
KALIMAT SEDERHANA YANG LUAR BIASAKalimat ini adalah kalimat yang ringkas namun syarat makna dan memiliki keutamaan yang luar biasa Kata Nabi shallallahu alaihi wa sallam pada Abdullah bin Qois Wahai Abdullah bin Qois katakanlah laa hawla wa...
Hati Hati Memberi Makan Buah Hati Bayi 10 Hari Ini Meninggal Akibat Diberi Bubur Pisang

Hati Hati Memberi Makan Buah Hati Bayi 10 Hari Ini Meninggal Akibat Diberi Bubur Pisang

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 335 hits
Setiap orang pasti membutuhkan makan termasuk bayi Untuk bayi makanan yang diperlukannya untuk tumbuh kembang sebelum ia berusia enam bulan adalah Air Susu Ibu Setelah berumur enam bulan maka bayi memerlukan makanan pendamping ASI yang dimu...
Joielle Baby Rangkaian Produk Bayi Terbaik Yang Wajib Setiap Ibu Dapatkan Untuk Si Kecil Kesayangan

Joielle Baby Rangkaian Produk Bayi Terbaik Yang Wajib Setiap Ibu Dapatkan Untuk Si Kecil Kesayangan

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 680 hits
Assalamualaikum Hai Sebenarnya CikSha dah lama runsing dengan keadaan kulit Cik Merah tu Dulu takda la sensitif sangat Tapi lately ni nampak la kulit dia mudah naik rashes Bila sapu ubat cream aqueos yang klinik bagi baik la kulit dia Tapi ...
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Penemuan Patung Kuno Unik Dan Luar Biasa

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Tum Tum Raya Shiha Zikir Ieda Zikir

Black Hanifah Feat Adira Suhaimi Syawal Rindu Chord

Rayuan Haji 2025 Mungkin Hanya 2844 Kekosongan Untuk Diisi 84000 Orang

Senarai Ubat Tonsil Yang Mujarab

Skuad Tok Gajah Tidak Akan Beraksi Dalam Liga M Kenapa Orang Lain Buat Kenyataan Untuk Sri Pahang

Pemilik Kapal Buat Laporan Polis Terhadap Ngo Semboyan Malaysia