Bshr 2019 Bantuan Sara Hidup Rakyat Dapat Meringankan Beban Rakyat
Dalam dunia yang penuh mencabar kini rakyat sangat terbeban dengan kenaikkan kos sara hidup untuk menyara keluarga. Dengan bantuan Kerajaan Malaysia, setiap tahun Kerajaan telah memperuntukkan belanjawan bagi golongan berpendapatan rendah B40 dengan memberikan bantuan kepada size isi rumah untuk golongan ini. Dahulu dikenali BR1M - Bantuan Rakyat Satu Malaysia dan kini telah ditukarkan kepada BSHR - Bantuan Sara Hidup Rakyat
Bagi Bantuan Sara Hidup 2019 yang akan datang, Kerajaan Malaysia telah memanfaatkan seramai 4.1 juta isi rumah dengan bantuan kewangan dengan peruntukkan sebanyak RM5 billion. Untuk BSH tahun 2019 akan datang ada beberapa syarat dan kelayakan untuk menerima BSH dalam kategori berikut :-Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah : RM1,000.00 + RM120 / anakIsi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 - RM3,000 : RM750.00Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 - RM4,000 : RM500.00Bagi isi rumah yang berpendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak yang berumur 18 tahun kebawah akan mendapat bantuan tambahan seorang RM120 kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka
Dengan adanya Bantuan Sara Hidup Rakyat dari Kerajaan Malaysia ini dapat membantu meringgankan beban rakyat bagi golongan berpendapatan rendah B40. Bagi rakyat golongan ini mama yakin sedikit sebanyak mereka bersyukur kerana dapat bantuan ini dan dapat menggunakan dalam waktu keadaan sesak. Yer bukan semuanya golongan orang senang pasti ada juga golongan yang susah dan sangat-sangat memerlukan bantuan seperti ini.
Selain itu, mereka juga dapat menggunakan duit bantuan ini untuk membeli barangan dapur atau barangan persekolahan anak-anak mereka kelak. Walaupun jumlah bantuan yang dapat bukan jumlah yang besar tetapi bagi golongan ini sangat memerlukan untuk menampung kehidupan mereka. Jadi kepada penerima BSH ini gunakanlah wang BSH dengan berhemah dan tidak membazirnya ke arah lain
Untuk pengetahuan semua, BSH akan bakal dibuka pada bulan Januari 2019 jadi jangan lupa kemaskini borang BSH 2019 secara online atau manual di cawangan LHDN berhampiran. Dengan bantuan sebegini dapatlah meringgankan bebanan rakyat bagi golongan berpendapatan rendah B40. Terima kasih Kerajaan Malaysia
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mamajue.com/2018/12/bshr-2019-bantuan-sara-hidup-rakyat.html